02 September 2008

kurus sudah ke??

Pertanyaan kat diri sendiri yang sendiri pun tahu jawapannya.

Perasan la ko dah kurus Dayu, sama je tengok. Naik atas weight scale tu, kat situ gak jarum tu berhenti. Kurus apa nyer!!! *nanges* Tapi nape cincin ni macam longgar dah??? Kalau bukan sebab jari-jari ni dah mengecil, apa lagi. Maka sila setuju Dayu dah kurus ye..*nak gak*

Esok kena bagi taklimat sebutharga *seram la pulak tetiba* Dan Khamis kena mejelajah Hulu Selangor mencari premis untuk dijadikan pejabat cawangan baru. Ada sape kat sini agent hartanah?

-hari ni bawak balik cek bernilai RM24k..takot owwwhhh-

Puasa datang Lagi

-Putra LRT buat hal lagi, tak pasal2 lambat smpai opis..nyampahnya!! Nasib baik puasa.. Sabar je lah-

Anyway, SELAMAT BERPUASA smua!! Jangan nakal-nakal, kurang lak pahala puasa tu kang.

1st day puasa tak dapat berbuka ngan family kat JB, dapat sahur sama je lah. Sebab semalam pukul 10am kitaorg dah gerak balik KL, sebab malas nak ngadap jammed kalau balik malam *nape KL tak cuti erk awal ramadhan?? kalau tak bleh balik pagi ni, dapat lah buka ngan family semalam*

Aktiviti Hari Ahad di JB

ye..ini la aktiviti kami..melepak depan tv di hari cuti..
seronok nye kamu ye encik ekwan...berbaring2 gini di rumah bakal mertua..

harus la cik dayu join skali... hahahahah..
*amat tak senonoh, mak sibuk masak kat dapur kitaorg ngadap tv, goyang2 kaki*

Dan petang tu hujan, maka aktiviti mem'bridal terpaksa ditangguhkan. Dan digantikan dengan aktiviti memeluk bantal di atas katil *nikmatnya tido sejuk-sejuk gitu*

Petang dalam kul 5 baru kitaorg keluar. Nak jalan-jalan, Ekwan kata. Maka bawak la dia ke City Square tu. Dan tak semena-mena kami ter'shopping. 'Ter' ye..tak sengaja *mampos la..kena beratur la kuar duit ASB next week :( *

Kami juga telah menghabiskan duit beli dvd pc game *susah weh nak dpt kat LowYat tapi CS ada, nak pirate software pun melambak*

Then gi makan kat Anjung Warisan, alah kedai atas pokok tu. Yang dalam citer Dunia Anita tu. Then terus balik umah sebab tak sabar nak main game. Dan akibatnya, kami tak tido sampai pukul 3 am, sedangkan rancang nak balik awal-awal pagi Isnin.
*kami mmg giler main game, nanti kalau dah kawin kena beli PS2 sorang satu ni, tak pun apa kata mintak PSP, buat hantaran..boleh tak uncit??*

-ye, semalam telah bertemu dgn photographer tu, sukalah hasil keje dia. harga pun ok.. Dan deposit bridal juga telah di bank-in-
*cik dayu malas nak carik2 yang lain lagi*walaupun harga dia agak mahal