03 May 2011

Betul ke?

Sedang menyuap Eisya makan, sambil main kejar-kejar sama dia. Dia masuk bawak meja, ke bawah meja lah aku. Dia memapah, pegang-pegang dinding masuk bilik. Masuk lah aku mengejar dia sambil bawak mangkuk, sudu kat tangan. Nak bagi dia makan sekarang memang sungguh mencabar.

Tapi alhamdullilah, dia masih bukak mulut, telan apa yang aku suap masukkan dalam mulut dia.

Sekarang dah mula bagi dia makan baby pasta. Dan nampak gayanya dia lagi berselera. Dia dah muak kot makan nasik.

Sebenarnya aku nak tanya ni, betul ke kalau kita makan baki makanan anak kita nanti dia tak dengar kata kita? Kita yang jadik dengar cakap anak?? Aku selalu dengar orang kata gitu. Dan setiap kali aku habiskan makanan Eisya, mesti aku teringat hal ni. Tapi aku habiskan je makanan dia tu. Sayang weh nak buang. Membazir (:

Tapi betul ke??

02 May 2011

Apam Merekah Mekar : dayu dah gian buat apam

Minggu ni dah 3 kali aku buat apam.

Hahaha, iye.. itu gian namanya. Tapi aku menang gitu. Kalau dah start masak something. Aku akan ulang berkali-kali. Ekwan pun dah lali, dah redha serta siap sediakan tekak dia. Bukan apa, disambil menghabiskan bahan-bahan sedia ada. Ini adalah bagi menaiktarafkan kualiti bahan masakan tersebut. Kalau tak terus buat, nanti lupa.

Kali ni aku cuba buat Apam Mekar pula. Apam merekah.

Resipi lebih kurang resipi Apam Polkadot, tapi yang ini ditambah aiskrim soda. Memang lembut gilerlah hasilnya. Gebu sungguh. Tak macam polkadot, dia tak selembut ni. Dan membaca komen-komen dari mereka yang pernah mencuba resipi ni sebelum ni, katanya something apam ni tak merekah walaupun resipi yang sama dicuba. Maka bila hasil apam kukusan merekah, kembang mekar. Aku sungguh gembira!! Terus jerit panggil Ekwan suruh tengok dan rasa.

Apam Mekar pertama ku (:


Hasil kukusan yang membanggakan diri sendiri ini disajikan kepada rakan-rakan sepejabat sempena jamuan persaraan seorang pakcik. Alhamdullilah, tidak menerima kritikan. Lain kali boleh buat lagi. Hehehe... Aku memang suka lah buat benda-benda yang menyenangkan keje dan menyelerakan. Seronok.

Lepas ni nak cuba buat kuih puteri ayu pulak lah.

Dan nak kumpul duit, nak beli mixer power skit. Barulah lagi berkobar-kobar semangat nak mengasah bakat. Ohhh, mau oven berkuasa tinggi juga. Anyone??

*duit nuffnang tu macam seronok gak kalau beli mixer