02 August 2011

Permulaan

Semalam nyaris-nyaris terpaksa berbuka di kedai makanan segera, berdua je lak tu ngan Eisya. Aku dah nak gerak ke The Mall dah. Tapi Ekwan call kata 'tak yah gi, tunggu orang. 15min lagi orang sampai' Time tu dah 5.40 dah. Maka, duduk lah aku semula ke sofa kat nursery tu. Tapi aircond macam dah shut off, Cha dah berpeluh kepanasan. Nak tak nak, aku bawak lah dia amik angin kat luar. Seronok habis dia dapat lari-lari, main cabut-cabut rumput.

Dan akhirnya, jam 6pm baru Ekwan tiba. Nak sampai ke rumah sebelum waktu berbuka, macam perkara di luar jangkaan. Nak balik memasak, lagi mustahil. Maka, berhenti lah tepi jalan singgah beli kuih buat persediaan andai nanti azan berkumandang dalam kereta. Dah alang-alang, beli je lah terus bahan nak berbuka nanti.

Itulah kisah hari pertama berpuasa saya.

Semalam berjaya berbuka hanya dengan sebungkus laksam. Sedap laksam makcik tu. Alah, dah lapar.. smua benda pun lazat kan. Tapi yang macam tak percaya, rasa kenyang sampai ke sahur. Hebat perut aku sekarang, dulu dah isi ngan nasik sepinggan penuh pun boleh je lagi terima macam-macam. Bagus-bagus.. Ini yang aku perlukan. Minimum intake, tapi kenyang berpanjangan. Barulah sasaran boleh tercapai.

Walaupun berazam nak berdiet dan kehilangan berat badan secara maksima, pengambilan nasik di waktu sahur adalah masih diperlukan. Tapi kuantiti adalah dipotong setengah. Ingat nak isi perut dengan roti dan tuna sahaja, tapi suami saya kata 'kang pengsan jangan suruh org dtg amik' Maka, bersahur lah saya penuh kelazatan dengan nasi. Buat pelepas rindu kat nasik. Jangan sampai tekak lupa camne rasa nasik *okay, statement ni memang kedengaran melampau*

hasil masakan jam 3 pagi tadi. ikan cencaru bakar *sejak ada grill pan ni, smua benda aku na bakar* sambal dia memang aku dah buat banyak-banyak. buat stok. ingat esok nak bakar pari.. simbah jelah sambal sedia ada ni. sawi goreng sudah. udang letak 2 ekor je, sorang sekor. tapi ekwan balun dua-dua.

Petang ni berbuka apa? Seminggu ni mungkin tak sempat nak memasak untuk berbuka, sebab Ekwan training kat PJ. Pukul 5 dari PJ ke KL, nak patah balik ke Subang.. bila masa aku nak masak?? Minggu ni aku kumpul je lah resepi, minggu depan hidang atas meja. Amik gambar, tayang esok paginya. Sape terliur tanggung sendiri (: *budget hebat sgt lah masakan tu kan

Tetiba rasa nak tayang muka sendiri lah. Boleh eh..

gambar Ahad lepas bersama anakanda yang cuba melepaskan diri bila dipeluk ketat oleh ibu. konon nak gi Jalan TAR borong kain untuk majlis kawin adik aku Oktober nanti. tapi tak jadik, akhirnya ke sesi makan-makan sebelum Ramdahan bersama abang dan akak ipar. dan menonton wayang juga.


*alamak, semalam lupa submit entry PDR.. camne erk

01 August 2011

Hasil sangat memberangsangkan!!

Sementara nak menunggu waktu bersiap ke pejabat, memang harus dimanfaatkan 30min di subuh hari ini dengan mengemaskini blog. Bolehlah nanti melelapkan mata di tengahari (: (
Tiba-tiba rasa macam tak bermanfaat, orang pergilah tadarus ke apa.. ni update blog..apakah)

Hari pertama berpuasa, dan genaplah seminggu aku menyarung Premium Beautiful ke badan selama 8 jam setiap hari. Biar sendat, tapi puas hati. Puas hati sangat sebab hasil adalah sangat memberangsangkan. Berat mungkin tak turun berkilo-kilo. Tapi bila naik weight scale, jarum tu beranjak ke kiri secalit pun dah cukup buat hati kegirangan tak terhingga. Rasa nak menjerit kuat-kuat 'tak sia-sia wehh aku kesendatan setiap hari' Hahaha...

Pagi tadi bila mengukur badan sendiri, aku sendiri macam 'benar kah ini?' Sedikit tak percaya. Maka, buat sekali lagi. Malah, cukupkan 3 kali. Ukuran tetap sama. Sahihlah, betul lah tu. Wahh!! Achik teruja. Hasil sangat memberangsangkan. Pasti lepas ni aku tak kan ngelat-ngelat. Akan lebih disiplin. Dalam seminggu lepas, ada sehari aku tak sarung PB sebab pagi tu dah terlambat, maka PB pun terpaksa diketepikan. Tapi bila dah tengok hasil ni, aku mesti akan rasa rugi sangat-sangat kalau sehari tak sarung PB.

Pinggang achik kini 83cm!! Minggu lepas sebelum hidup selama minimum 8 jam bersama PB, pinggang achik adalah 89cm. Menyusut 6cm okay!! Achik suka!! Gembira!!

*gambar amik pagi tadi lepas bersahur dengan nasi separuh pinggan dan sup ayam masak pukul 4 pagi, ngan sambal kicap. rasa nak tambah nasik tapi laki saya tanya 'nak gi mana tu?' trus duduk smula hirup sup ayam saja*
alah, gambar tak beapa clear eh?? klik lah kasik besar. next week achik snap kasik jelas sikit ye. pinggang ku kini 83cm.. macam apa, suka bebenor gayanya kan. haruslah. 2 inci!! pinggang ku kehilangan kelebaran sebanyak 2 inci dalam seminggu!!!

Dan hati bertambah lagi gembira bila punggung jugak ada pengurangan. Biarpun sedikit, tetap ada. Jadiklah. Dari 104.5cm, kini menjadi 102cm. Bolehlah.

biar cuma berkurang 2cm, aku cukup puas hati ngan perubahan dalam seminggu ni

Ye..ye, achik memang tidak bergantung semata-mata dengan PB. Sambil sarung PB ke badan, makan kenalah jaga juga. Seminggu ni memang tak amik nasik pun. Kalau ada pun, sesenduk je kot. Tu pun sebab teringin sangat. Tapi makanan yang berminyak, bergula masih tidak dapat dikawal kadar kemasukannya ke dalam tubuh. Lepas ni akan berusaha untuk memperbanyakkan makanan berunsurkan 'oil free' *kata dah beli grill pan, apa lagi*
Bersenam pun adalah sikit.

Tapi setakat ni kurang konsisten, asyik 'terlupa' Tak cukup dedikasi lagi berjoget dengan Kak Paula setiap malam. Bulan puasa ni, entah apa citer agaknya. Kena beli tali skipping lah gayangya...

Harap-harap, dengan berpuasa ni, hasil akan lebih membanggakan minggu hadapan. Achik teruja!!!

So geng, apa lagi?? Kalau korang pun dalam percubaan nak membentuk kembali badan jadik menarik. Tambah lagi hari raya dah nak dekat kan, baju kurung moden zaman anak dara yang tergantung dalam almari dah melambai-lambai.. *geram je aku bila kemas wardrobe semalam, tgk baju kebaya lama..geram!!* Boleh lah cuba Premium Beautiful ni.

Boleh call Wani di talian ni - 0123792210 tak pun korang terjah je blog Wani - http://pinkdrops.blogspot.com/ Sebarang pertanyaan lanjut, tentang harga ke apa ke, boleh email ke wani56@gmail.com

Sekian, terima kasih.

*harap-harap mengecil lah bentuk pear kat badan ni raya nanti