05 December 2011

How to: Fabric Frame/Panel Wall Art

Mudah. Senang dan Menjimatkan

Ni keywords kalau nak meng'DIY.. kalau DIY tu lagi costly, baik gi beli yang dah siap je. Lagi senang. Tapi sesungguhnya, untuk hiasan dinding ni.. memang lagi best kalau DIY. Sebab memang mudah. Aku buat sorang-sorang je. Sambil Cha menyibuk sama nak tolong (: Mula Ekwan kata nak tolong buat, tapi tunggu dia asyik tertangguh je. Last-last achik buat sendiri sudah. Biasalah achik mana pandai nak menyabar.. Semua kena segera.

Idea asal aku cilok dari Jessica Jones ni.. buat masa sekarang, hasil keje dia adalah sumber inspirasi aku *sesambil cilok* Hasil keje dia lawa-lawa, menarik lak tu. For more details, boleh rujuk blog Jessica ni. Aku tak amik progress details..*ada gmbr tp tak reti nak transfer dr Blackberry ni, jakun* Lain kali kot.. Buat kali ni, ni jelah yang mampu aku kongsi bersama.

Peralatan diperlukan: Staple Gun (aku takde stapler besar tu, maka hammer ngan paku tekan la dimanfaatkan), Gunting, Kain, Kayu frame (kedai hardware banyak jual) tapi aku ngelat, aku guna je kayu RIBBA frame IKEA yang dah lama terperap dalam stor..lagi mudah lah 

*kain aku beli kat Nagoya, semeter RM23.90.. tp pakai sikit je.. memang boleh buat byk set lah

*sengih* Cik Eisya sibuk nak tolong ibu paku kan kain. masa nak paku kain tu, pastikan kain tu tegang la. Kalau buat 2 org lagi senang, sorang pegang other side kain tu, tarik kasik tegang, sorang paku kat another side. Nak kemaskan kain kat border tu, rujuk blog kak Jessica (:

Siap!! Amik anak suruh jadik model untuk tunjukkan scale frame tu. So kalau korang tak guna readymade frame, bolehlah buat size ikut suka kan.. Nak buat besar2 pun tak jadik hal.

lagi gambar anak menggayakan frame kain buatan ibunya.. ye..habis satu rumah dia heret frame ni. suka bukan main... macam dia yang buat. sedangkan dia tolong sepahkan paku tekan je, sampai ibu dia terjerit-jerit takut dia terpijak paku tu. 

Okay..mudah kan. Hujung minggu ni boleh cuba. Kain kat Nagoya tak berapa menarik design dia..tak banyak pilihan. Mana nak beli kain printed lawa-lawa gini hah kat KL?? Takkan nak order dari Canada sana...tak jimat jadiknya.

Kalau tau, bagitau eh..

Selamat mencuba.. Nanti dah buat, post gambar eh.. nak tengok

Hasil keje

~la la la la la~

Oittt..apalah mulakan entry ngan ber 'la la la' gini. Orang bagilah salam, molek sikit gayanya. Okay.. sila maafkan kekhilafan diri achik.. Assalammualaikum semua!!! Apa kabar? Sehat? Lama tak bersua kan kita ni.. Achik minta maaflah.. lately ni achik busy bebenor.. Tak sempat nak luangkan masa kat sini. Sorry lah ye.. Kemerunduman ketagihan terhadap blog juga berpunca dari komitmen keje yang nak tak nak kena achik utamakan, tu dengan perasaan penuh bersalah.. terpaksa achik abaikan blog pujaan hati ni.

Tapi pagi ni, sebelum achik mula check 'task to do' untuk hari ni.. achik nak hadap blog ni dulu. Sian kat dia.. lama sangat tak cukup kasih sayang.. tak boleh lama-lama biarkan, nanti dia merajuk..

Hah..ni achik ada benda sikit nak share.. Ala benda-benda meng'DIY yang achik jatuh hati sangat 2,3 menjak ni. Sebenarnya dari dulu lagi dah memang suka..tapi lately ni makin membuak-buak.. So weekend aritu,achik cuba la aplikasikan. Nak juga tengok bakat yang ada dalam diri ni. Tengok tutorial orang macam senang, so apalagi. Sendiri kenalah cuba kan.

Hoyay!!! Gembira di tahap maksima!!

Fabric Frame Buatan Sendiri!!!

Hasil keje adalah memberangsangkan.. Memikat hati. Dah lah mudah, dalam masa 15min dah siap. Peerghhh!! Memang aku buat lagi ni kang.. kain dah lah byk lagi...

Camne nak buat?? Senang je weh...

Tapi jap lagi eh aku bagi tutorial, bukan tak nak bagi sekarang. Tak sempat dah nak taip entry ni. Nak hold entry ni, rasa macam 'published je lah dulu' Tengahari kang aachik siapkan tutorial eh..