20 November 2009

gatal tak kena tempat

Ok, bagi sape yg masuk blog ni dr petang semalam, sambung ke malam, dan hingga ke pagi ni. Korang akan rasa, eehhh?? nape lain lak layout ni?? Tadi lain, sekarang lain. Iye, itulah akibat tergatal tangan petang semalam. Konon dah muak ngan layout lama yang dh pakai berbulan2. Konon nak tukar lain, hah!! sekali amik ko... iye, dpt layout baru. Tapi habis ilang smua link2.

Rasa nak nangis. Tapi sebab takde guna. Meraung dalam hati sudah..

Maka, kawan-kawan sekalian. Sila la tinggalkan jejak di ruangan komen ye. Nanti saya kumpul smula link2 kamu. Kalau takde link kamu smua,mana saya nak merayau nanti. Saya juga akan berusaha segigih boleh, akan merayap ke rumah rakan2 yang linknya masih terpapar dan cilok link kawan2 lain.

Sumpah lepas ni aku tak gatal tangan lagi. Kalau nak tukar sgt pun, godek2 coding je. Takde nye aku nak carik template free dan ganti gitu je. Aku menyesal ni. Sungguh!!!

Dah.. arini nak balik JB. 3 hari lah blog ni tak beroperasi.

19 November 2009

entry terkunci

Kan org selalu kata 'syurga di bawah tapak kaki ibu' Tapi kita orang perempuan ni, lagi2 bila dah kawin, bila saksi kata 'sah' bila air mata mula merah, habis mekap dok keje air mata. Automatik syurga kita kat bawah telapak kaki suami ye kawan-kawan.

Derhaka suami kamu, derhaka la kamu. Maka, berusahalah sebaik boleh agar tidak menjuruskan suami kamu ke arah penderhakaan. Waarrgghh, apa aku merapu ni petang2 ni. Ni semua gara-gara perut macam lapar,tapi malas nak turun gi carik makan. Sebab otak dah set, nak makan keow teow goreng kat Sogo.



Okay, entry gedik yang perlu di protected. Sebab bukan untuk bacaan umum. Cukup untuk bacaan peringatan diri sendiri. Tapi bagi mereka yang aku rasa layak untuk memberi pendapat, dan rasanya aku macam percaya untuk share. Sila lah menyatakan keinginan anda tu.

Sekian. Aku nak balik dah. Tapi En Ekwan kata 'kalau nak gi Sogo, gi lah. Orang lambat skit ni' Ok. Suami dah bagi keizinan. Mari kita ke Sogo. Tapi jangan buat2 lupa mintak izin sekali lagi kalau tiba2 berhasrat nak membawa keluar beg plastik Sogo tu.