21 May 2010

dia dah sebulan

Anak dara aku dah sebulan!!

Cepat je masa berlalu. Macam tak terasa. Hahaha, tipu..tipu. Tiap hari aku tgk kalendar, hitung hari, bila anak aku nak sebulan ni?? Kalau dia dah sebulan, maknanya tempoh berpantang, berkurung dalam rumah sudah semakin sampai ke penghujung.Berkurung lah sgt, asal laki aku balik je hujung minggu, mesti dia bawak anak bini dia kuar berjalan. Mak aku tak kata tak boleh, maka bergembira lah saya ini. Bosan kau duduk rumah dari pagi smpai ke malam, sesekali kena tgk dunia luar gak kan :)

budak tembam ni asal masuk kete, tido je kejenya

For her 1st jab, ohhh.. menjerit sampai hilang suara kau, merah padam muka. Alahaiii sian anak ibu. Nasib baik kali ni hati ibu kental sikit, kalau tak ibu pun ikut menjerit sama. Tapi Eisya mmg kuatkan, nangis kejap je. Lepas tu, terus tido. Bagus anak ibu ni kan..

dalam sebulan she gained 1.2kg.. hebat anak ibu!! while mommy ONLY lost 14kg. Another 4kg!! Kena berusaha sungguh-sungguh!!

Dah sebulan membelek, mengomol Eisya setiap hari. 24 jam mengadap dia je. Dari pagi sampai ke pagi semula. Dengan dia je. Melihat perkembangan dia. Biar tak banyak, tapi seronok bila sekarang ni, bila kita panggil dia, dia dah reti tengok. Perhati je orang cakap2 ngan dia. Pastu buat reaksi mcm2.. cebik2 mulut.. Eisya juga sgt sensitif ok.. dia mudah sgt terkejut. Kalau tido tu, selalu je tersentak-sentak. So, kalau dah letak dia atas katil, ibu ngan abah nak berborak, silalah keluar ye.

Bila dah tido bertiga satu katil ni.. rasa lain mcm lak. Risau gak, mana lah tau, tak sedar tersiku dia ke, tertindih tgn dia ke..tapi nak letak dia dalam baby cot dia, mcm tak seronok lak. Lagipun mcm leceh je nanti tgh malam nak menyusukan dia. Maka, berkongsi katil la kami anak beranak..seronok si tembam ni, kena ampit ngan mak bapak dia kiri kanan. Seronok ke?? Entah2 dia kata, buat sempit je..huhuhu..

-sebelum tido berangan dulu, biar ibu henjut sejam baru tutup mata-
ibu mengaku kalah. usia 3 minggu, masukkan dia dalam buaian. tak larat dah nak tidokan dia dgn berpangku. anak i tembam u, lenguh tangan nak pangku je.

19 May 2010

The Finale - Tak terlupakan

*sempena esok genap Eisya berusia sebulan. maka tamatlah siri kelahiran dia ke dunia ni.

Dewan Bersalin. Bilik 13
Sebab tak bleh nak amik painkiller dah, sebab nanti aku tak bleh rasa bila nak meneran kan. Nurse tu suruh je lah sedut gas yang kononnya boleh buat kau kurang skit rasa sakit contraction tu. Tapi biasalah, tipu je semua tu. Sama je rasa dia. Sakit tetap sakit beb. Tak tahu lah kalau sebab aku di induce kan, maka sakit dia lain macam sikit.
Puas nurse tu pesan 'lurus kan kaki, jgn angkat..nanti awak penat' Arrgghh!! Takde maknanya. Baring dengan kaki mengangkang tu lebih menyelesakan, dan rasa mcm kurang skit sakit. Maka, maaflah saya tak dengar kata ye. Dan saya juga degil. Nurse kata 'jangan meneran dulu' tetap gak aku meneran.
Nasib lah kamu semua, dapat patient degil mcm aku petang tu. Tak tahan beb, rasa sgt tak sabar anak keluarkan baby ni dari perut. Nurse marah pun ada aku kesah, yang penting kurang sikit rasa sakit tu. Marah lah..Tapi bila nurse tu bagi peluang aku meneran.. habis baik aku kumpul tenaga nafas semua, tapi hasilnya 'hah, tak boleh lagi.. tahan sikit, sedut gas ni' Layan je lah sedut gas tu.

Bergelut la aku laki bini, berdua dalam bilik tu menahan sakit. Tak tahan siot, rasa mcm ada benda nak terkeluar je. Apa lagi.. teran je lah.

Tak lama lepas tu, nurse masuk. Beramaian lak tu. Kali ni dengan doktor sekali. Doktor tu check bukaan, ohhh.. dah 9cm. Terus dia suruh nurse smua sediakan equipment. Aku dah siap sedia mengangkang. Bila nurse selak kain, laki aku bisik 'yang, orang rasa org tak boleh lah.. org pening' Slow je dia cakap, tapi nurse tetap dengar. Terus dia suruh Ekwan keluar, kang tak pasal-pasal dia lak yang pengsan. Huhu, kesian suami saya. Sebelum ni bersungguh-sungguh dia kata nak teman aku bersalin, tapi nak buat camne.. tiba masanya, pucat pulak muka.

Aku ada lah gak skit frust, tp bila dah start meneran, tak ingat pe dah. Dalam kepala, nak cepat je keluarkan Eisya. Sangat ramai nurse dlm bilik tu, ada 7-8 orang aku rasa. 2,3 orang kat kiri kanan, yang lain kat sebelah doktor. Aku tengok muka doktor tu cool je. Rileks je dia mengadap aku. Bila dia panggil, dan start suruh meneran. Aku cuba habis baik. Ikut mcm yang nurse2 tu cakap. Tapi.. arrgghhh!! Macam takde kesan je. Tak cukup teran ke?? Tapi mereka sgt supportive. Takde marah-marah.. Cuba lagi..

3 kali rasanya aku cuba meneran, tapi tak berjaya. Nak cuba lagi macam dah tak bertenaga. Yelah, tak tido satu hari beb, pulak tu asyik sedut gas je, mana tak lalok aku jadiknya. Sampai terlelap aku kejap. Nurse tu siap kena tampar pipi aku nak suruh aku bgn, paksa aku bukak mata. Bila try sekali lagi, tetap tak berhasil. Akhirnya doktor tu suruh nurse sediakan vacuum. Jantung baby dah tak stabil, aku lak mcm tak larat je. Dan sambil tu puas dia explain procedure yang dia nak buat jap lagi. Gua dengar tak dengar je. Ni smua gas tu punya pasal lah ni.

Ingatkan bila vacuum tak yah meneran, tapi kena gak ok.. sepenuh tenaga aku meneran. Alhamdullilah, 2 kali meneran.. akhirnya Eisya berjaya dilahirkan. Sebab vacuum, aku tak rasa lah bila dia keluar kan, tahu2 doktor tu kata 'ok. it's done' Dan Eisya ada kat atas badan aku. Ya Allah, tak tahu nak kata camne perasaannya bila 1st time pegang dia yang basah berdarah, berlendir tu..panas je. Rasa nak amik, peluk cium dia. Tapi tak sempat, nurse terus amik dia. Sebelum tu, sempat lah dia tunjuk Eisya kat aku 'hidayu, ni anak awak, tgk laki ke perempuan?' Dan bila aku mcm tak menjawab, dia tanya lagi. Slow je aku jawab 'perempuan' Sedangkan aku tak tgk pun kemaluan dia, aku sibuk tgk muka dia je. Then, dia terus bawak anak aku keluar dari bilik tu.

Sesungguhnya, mengikut apa yang aku rasa dan lalui. Aku boleh kata, sakit masa nak keluarkan baby tu.. tak sakit mana pun, mcm tak rasa pape pun. Terkoyak ke apa, tak rasa pun. Entahlah, mungkin dah byk sgt rasa sakit, sampai dah tak kenal rasa sakit. Contraction tu lah yang sakit!! Serius!! Sakit contraction adalah sakit paling sakit dalam dunia!! Tak kira, aku nak gak jadik kan kenyataan ni fakta.

Sementara tu, doktor siap sedia nak menjahit. Proses ni pun bagi aku, sakitnya tak sehebat contraction. Lagipun, ko dah lalui satu proses yang mana, apa jadik lepas tu kau dah tak kesah. Buat lah apa pun, tak peduli dah. Bius pun sakit biasa2 je. Memang lah terasa ngilu sikit bila benang tu ditarik kan, tapi yelah.. sakit contraction boleh tempuh, apa lah sgt sakit kena jahit tu. Ikut rasa hati nak je aku tido, tapi sebab doktor tu asyik bercakap dan pesan macam-macam, tak tido lah saya.

Siap je jahit, nurse salinkan baju, pakaikan pad dan naik kan aku atas katil dan tolak aku keluar. Ingatkan nak terus antar ke wad, tapi dia letak aku kat luar jap. Waahhh...dpt tgk anak aku. Alahai, kesian dia. Ngan tak berstokin, mesti dia kesejukan. Ikut rasa hati nak je turun dari troli tu gi amik peluk anak aku. Dah lah dia menangis, takde pun nurse dtg tgk dia. Tapi nk buat camne, tahan je rasa sayu hati ni. Nasib baik tak lama lepas tu, ada nurse dtg amik dia bagi kat aku suruh susukan dia. Ohhh, time ni rasa sgt seronok. Skin to skin ngan anak yang dinanti-nanti. Perasaan dia tak terkata. Dah la sama-sama struggle time breastfeeding tu. Susu aku mcm takde sgt, dia lak mcm tak puas je nyusu..

Tapi tak lama, kami terus dihantar ke wad semula. Ekwan already there waiting for us. Sama-sama lah kami membelek anak. Indahnya lah rasa time ni. Sama-sama cium Eisya. Peluk dia. Rasa berbaloi sgt semua rasa sakit tu. Dan aku rasa sgt bertuah ada suami di sisi waktu-waktu begini. Tak terbayang, camne lah aku nak uruskan diri malam tu kalau sorang diri. Terima kasih sayang..

the night we spent together.. smpai pagi lah dia tido kat celah ketiak ibu dia.

Aku merasakan aku adalah antara golongan yang bertuah. Aku dengan sendirinya masukkan diri dalam kategori orang2 yang tak lama menahan sakit nak beranak. Dalam 4 jam, aku dah bersalin. Dari start air ketuban pecah, sampai ke tangisana pertama Eisya, cukup 12 jam.

Syukur.. tapi cukup gak buat aku fikir 15kali lepas ni kalau nak beranak lagi :)

Pengalaman pertama ni tak kan pernah terlupakan.. Sungguh!!