19 May 2010

The Finale - Tak terlupakan

*sempena esok genap Eisya berusia sebulan. maka tamatlah siri kelahiran dia ke dunia ni.

Dewan Bersalin. Bilik 13
Sebab tak bleh nak amik painkiller dah, sebab nanti aku tak bleh rasa bila nak meneran kan. Nurse tu suruh je lah sedut gas yang kononnya boleh buat kau kurang skit rasa sakit contraction tu. Tapi biasalah, tipu je semua tu. Sama je rasa dia. Sakit tetap sakit beb. Tak tahu lah kalau sebab aku di induce kan, maka sakit dia lain macam sikit.
Puas nurse tu pesan 'lurus kan kaki, jgn angkat..nanti awak penat' Arrgghh!! Takde maknanya. Baring dengan kaki mengangkang tu lebih menyelesakan, dan rasa mcm kurang skit sakit. Maka, maaflah saya tak dengar kata ye. Dan saya juga degil. Nurse kata 'jangan meneran dulu' tetap gak aku meneran.
Nasib lah kamu semua, dapat patient degil mcm aku petang tu. Tak tahan beb, rasa sgt tak sabar anak keluarkan baby ni dari perut. Nurse marah pun ada aku kesah, yang penting kurang sikit rasa sakit tu. Marah lah..Tapi bila nurse tu bagi peluang aku meneran.. habis baik aku kumpul tenaga nafas semua, tapi hasilnya 'hah, tak boleh lagi.. tahan sikit, sedut gas ni' Layan je lah sedut gas tu.

Bergelut la aku laki bini, berdua dalam bilik tu menahan sakit. Tak tahan siot, rasa mcm ada benda nak terkeluar je. Apa lagi.. teran je lah.

Tak lama lepas tu, nurse masuk. Beramaian lak tu. Kali ni dengan doktor sekali. Doktor tu check bukaan, ohhh.. dah 9cm. Terus dia suruh nurse smua sediakan equipment. Aku dah siap sedia mengangkang. Bila nurse selak kain, laki aku bisik 'yang, orang rasa org tak boleh lah.. org pening' Slow je dia cakap, tapi nurse tetap dengar. Terus dia suruh Ekwan keluar, kang tak pasal-pasal dia lak yang pengsan. Huhu, kesian suami saya. Sebelum ni bersungguh-sungguh dia kata nak teman aku bersalin, tapi nak buat camne.. tiba masanya, pucat pulak muka.

Aku ada lah gak skit frust, tp bila dah start meneran, tak ingat pe dah. Dalam kepala, nak cepat je keluarkan Eisya. Sangat ramai nurse dlm bilik tu, ada 7-8 orang aku rasa. 2,3 orang kat kiri kanan, yang lain kat sebelah doktor. Aku tengok muka doktor tu cool je. Rileks je dia mengadap aku. Bila dia panggil, dan start suruh meneran. Aku cuba habis baik. Ikut mcm yang nurse2 tu cakap. Tapi.. arrgghhh!! Macam takde kesan je. Tak cukup teran ke?? Tapi mereka sgt supportive. Takde marah-marah.. Cuba lagi..

3 kali rasanya aku cuba meneran, tapi tak berjaya. Nak cuba lagi macam dah tak bertenaga. Yelah, tak tido satu hari beb, pulak tu asyik sedut gas je, mana tak lalok aku jadiknya. Sampai terlelap aku kejap. Nurse tu siap kena tampar pipi aku nak suruh aku bgn, paksa aku bukak mata. Bila try sekali lagi, tetap tak berhasil. Akhirnya doktor tu suruh nurse sediakan vacuum. Jantung baby dah tak stabil, aku lak mcm tak larat je. Dan sambil tu puas dia explain procedure yang dia nak buat jap lagi. Gua dengar tak dengar je. Ni smua gas tu punya pasal lah ni.

Ingatkan bila vacuum tak yah meneran, tapi kena gak ok.. sepenuh tenaga aku meneran. Alhamdullilah, 2 kali meneran.. akhirnya Eisya berjaya dilahirkan. Sebab vacuum, aku tak rasa lah bila dia keluar kan, tahu2 doktor tu kata 'ok. it's done' Dan Eisya ada kat atas badan aku. Ya Allah, tak tahu nak kata camne perasaannya bila 1st time pegang dia yang basah berdarah, berlendir tu..panas je. Rasa nak amik, peluk cium dia. Tapi tak sempat, nurse terus amik dia. Sebelum tu, sempat lah dia tunjuk Eisya kat aku 'hidayu, ni anak awak, tgk laki ke perempuan?' Dan bila aku mcm tak menjawab, dia tanya lagi. Slow je aku jawab 'perempuan' Sedangkan aku tak tgk pun kemaluan dia, aku sibuk tgk muka dia je. Then, dia terus bawak anak aku keluar dari bilik tu.

Sesungguhnya, mengikut apa yang aku rasa dan lalui. Aku boleh kata, sakit masa nak keluarkan baby tu.. tak sakit mana pun, mcm tak rasa pape pun. Terkoyak ke apa, tak rasa pun. Entahlah, mungkin dah byk sgt rasa sakit, sampai dah tak kenal rasa sakit. Contraction tu lah yang sakit!! Serius!! Sakit contraction adalah sakit paling sakit dalam dunia!! Tak kira, aku nak gak jadik kan kenyataan ni fakta.

Sementara tu, doktor siap sedia nak menjahit. Proses ni pun bagi aku, sakitnya tak sehebat contraction. Lagipun, ko dah lalui satu proses yang mana, apa jadik lepas tu kau dah tak kesah. Buat lah apa pun, tak peduli dah. Bius pun sakit biasa2 je. Memang lah terasa ngilu sikit bila benang tu ditarik kan, tapi yelah.. sakit contraction boleh tempuh, apa lah sgt sakit kena jahit tu. Ikut rasa hati nak je aku tido, tapi sebab doktor tu asyik bercakap dan pesan macam-macam, tak tido lah saya.

Siap je jahit, nurse salinkan baju, pakaikan pad dan naik kan aku atas katil dan tolak aku keluar. Ingatkan nak terus antar ke wad, tapi dia letak aku kat luar jap. Waahhh...dpt tgk anak aku. Alahai, kesian dia. Ngan tak berstokin, mesti dia kesejukan. Ikut rasa hati nak je turun dari troli tu gi amik peluk anak aku. Dah lah dia menangis, takde pun nurse dtg tgk dia. Tapi nk buat camne, tahan je rasa sayu hati ni. Nasib baik tak lama lepas tu, ada nurse dtg amik dia bagi kat aku suruh susukan dia. Ohhh, time ni rasa sgt seronok. Skin to skin ngan anak yang dinanti-nanti. Perasaan dia tak terkata. Dah la sama-sama struggle time breastfeeding tu. Susu aku mcm takde sgt, dia lak mcm tak puas je nyusu..

Tapi tak lama, kami terus dihantar ke wad semula. Ekwan already there waiting for us. Sama-sama lah kami membelek anak. Indahnya lah rasa time ni. Sama-sama cium Eisya. Peluk dia. Rasa berbaloi sgt semua rasa sakit tu. Dan aku rasa sgt bertuah ada suami di sisi waktu-waktu begini. Tak terbayang, camne lah aku nak uruskan diri malam tu kalau sorang diri. Terima kasih sayang..

the night we spent together.. smpai pagi lah dia tido kat celah ketiak ibu dia.

Aku merasakan aku adalah antara golongan yang bertuah. Aku dengan sendirinya masukkan diri dalam kategori orang2 yang tak lama menahan sakit nak beranak. Dalam 4 jam, aku dah bersalin. Dari start air ketuban pecah, sampai ke tangisana pertama Eisya, cukup 12 jam.

Syukur.. tapi cukup gak buat aku fikir 15kali lepas ni kalau nak beranak lagi :)

Pengalaman pertama ni tak kan pernah terlupakan.. Sungguh!!

26 comments:

  1. ala tomeynye eisya..alamak baju pink tu same la ngan baju yg sy dah pack untuk p sepital..hihihi..

    en ekhwan stay ngan dayu ke malam tuh..boleh ek?..dayu dok sepital serdang first class ke?

    ReplyDelete
  2. tersebak bile bace perenggan2 akhir tu dayu. Bila husband dayu same tgk anak yg dah dilahirkan tu. Huuu sayuuuu! (opss over :P)
    apepon, kite kene lalui nye jgkkan kalau nak jadi seorang ibu. Erm thanks for sharing. Harap kalau ade tips2..bole la kongsi yer hehe :D

    ReplyDelete
  3. sonokkkan biler kiter dh ada pengalaman n bley share pengalaman dgn org lain..btul alin pun setuju sakit contruction adalah yg paling sakit biler nk dkt deliver lg kerap rs cam nk terjun katil kan?

    apa2pun semua dh selamat..skang mmg dayu akan rs cam xnak bersalin lg serik nyer..tp biler eisya dh besar skit dayu akan rindu bau bby br lahir, rindu nk pegang baby kecik..rindu nk pregnant smula..n sure dayu akan teringin nk baby boy plak..hehe

    ReplyDelete
  4. yatie paling kelakar biler hubby dayu minta izin nak kuar....

    kisah dayu lebih kurang cam yatie bersalin anak first dulu sbb kena vacuum....

    SYABAS kerana berjaya menempuh segala kesukaran melahirkan anak...

    ReplyDelete
  5. hihihi tak tau kenape tiap kali baca pengalaman orang bersalin..mesti sebak rasa...tak sabar nak rasa perasaan tu walaupun perasaan ngeri sudah mula terasa ni..tak pe..lagi lbh kurang 25 hari je nie...waaaaaaaaaa..huhuh

    ReplyDelete
  6. betul tu dayu sakit contraction lagi maha hebat sakitnya berbanding sakit meneran ke sakit di jahit.

    sakit contraction tu buat kita degil tak dengar kata. mcm nurul pun nurse n doc tak bg teran nurul teran gak pastu check2 dh dekat 10cm mmg patut teran kan. tp tu la teran2 tak kuar2 si raina. tp nurul tak vacuum sbb nurul nk try kuar kan juga. adeii kita sama2 tak reti push kan? sedangkan dah kumpul segala tenaga nak push.

    seronokkan pengalaman melahirkan baby

    ReplyDelete
  7. bestkan dayu..pengalaman yg takkan di lupa buat selamanya..

    ReplyDelete
  8. alamak.. i'm going to face the same situation, insya allah dlm masa 6 bulan lagik..anyway, thanks for sharing.. at least dapat gak share knowledge apa yg dah dayu lalui..

    ReplyDelete
  9. baby kua mmg terase panas eh? perghhh gua jd x sabar nk bsalin neh hahaha

    oo asben bole teman x kire masuk labour room kul bape pon eh? arap2 dpt la dia tgk kang.. jgn kang dia sound ckp nk pengsan da la.. hehe

    da la reen laki bini penakut tgk darah.. huhu

    dayu.. nape ek kt dahi eisya tuh? sbb vakuum tuh ke?

    ReplyDelete
  10. terharunye ;)

    comelnye eisya tido celah tiak ibu die

    ReplyDelete
  11. Gas Etanox tu memang membuatkan kita lalok ke? Aduh mak, payah gak eh? Aishah kena Penthidine aje masa hari tu. Itu pon tertido-tido macam tak pernah tido.

    Pengalaman bersalin dan sakitnya memang takkan pernah dapat lupa Dayu. Tapi wanita ni kuat. Walau macam mana sakit pon, tetap hadapi. Kan?

    ReplyDelete
  12. when u start writing, full of passion...make me keep reading n feel dat precious moment...seriau pula nk berdepan mase tu...huhuhu...anyway..congrat sis!!!

    ReplyDelete
  13. jelesnye..dayu 1st2 dah breastfeed eisya.
    zuris...hari ke5 baru susu keluar
    merasalah kysh minum botol 5 hari
    tp musykil lak.pastu...terus dia takmau minum botol dah.
    jenuh.huhuu...

    ReplyDelete
  14. hepi 1st month besday eisya :-)..
    emmm ketara sgt bezanya hsptl serdang ngan sg.buloh..dayu sgt2 bertuah while me? huhuuuu

    ReplyDelete
  15. pengalaman bersalin ni, lagi2 yang 1st time kan, mmg tak terlupakan lah, mmg akan terbayang2, lps ni kalau jumpe misi2 tu kat luar pun mesti ingat nyer... :)
    kita org pompuan mmg hebat kan.. cuba agaknya kalau keje ni kat org laki, boleh ke derang buat?? setakat sakit bersunat tu..apalah sgt kan..heheheh

    huhhuuhu..teringat2 bau baby?? gi cium anak org je lah.. rasanya mesti amik masa bertahun2 nak kasik ilang fobia tu.. lambat la eisya dpt adik..

    terasa lagi beb sakit contraction tu..and paling tak nak..PANTANG..uuiihhh, sgt seksa saja rasanya

    ReplyDelete
  16. Semua ibu mengalami cerita & pengalaman yg sama...tapi itu semua kenangan manis tau dlm pahitnya. Biler makin membesar, lupa sakitnya melahirkan baby.

    ReplyDelete
  17. ehehe same la dayu,
    na pun xlama gak sakit,
    tp bila pikir sakit contrction tu, azab nye cam serik dah nk branak..huhu
    tp bila dah ade baby ni rasa cm besssssssss sgt2,
    dpt main2,
    :)

    ReplyDelete
  18. bestnyer baca entry ni.. tapi seram pun ada jugak.. dah 6 tahun kawin, belum lagi ada anak.. bila dgr cite mcm ni, rasa tak sabar lak nak timang baby sendiri.. hehehe

    welldone dayu!

    ReplyDelete
  19. ye..kesan kat dahi eisya tu adalah sebab kena sedut kan.. kata ekwan, masa dia qamat,jelas sgt kelihatan kepala dia lonjong, tp alhamdullilah.. dpt kat ibu dia ok dah..
    mmg seronok lah dpt breastfeed baby awal2 gini, tu bagusnya gomen spital ni. dpt spent masa ngan anak dr awal2 lagi..

    ReplyDelete
  20. sayunya baca...alhamdulillah masa2 bersalin sangat dipermudahkan...take care..

    ReplyDelete
  21. kenangan paling indah bile dapat tgk zuriat yang diakndung selama 9bulan berada kat depan mata...hilang sume rase sakit yang telah dihadap...
    best kan ade baby sendiri..tgk muka dia, rase hilang sume masalah...
    dan paling penting...sakit contaraction adalah sakit yang paling sakit...bile dah banak hilang sume tuh...

    ReplyDelete
  22. ly yg dah beranak 4 tahun lebih ni pun still trauma nak beranak lagi...hohohoo

    ReplyDelete
  23. pengalaman kite lebih kurang same je dayu, masa bace pengalaman dayu, teringat2 pengalaman fashya lahirkan husna, cume husna xkene vakum...

    hebatkan kite org pompuan... :)

    ReplyDelete
  24. Very great experience to share.Your daughter mesti kena baca entry ni bila dah besar nanti:)

    ReplyDelete