13 May 2010

Alah Bisa Tegal Biasa

*hajat di hati nak sambung tulis part 2, tp mood lebih nak buat yang ni. maka, drama bersiri tertangguh jap ye

Masa minggu pertama Eisya hadir dalam jadual hidup aku, memang aku rasa huru-hara. Semua jadual kehidupan berubah. Berubah 100% lak tu. Takde makna lah lagi aku nak tido lambat, tgk tv smpai tengah malam, esoknya bleh bangun pukul tengahari. Jangan harap. Takde dah lagi kehidupan begitu. Dan aku rasa, entah bila agaknya aku akan dpt balik kehidupan mcm tu. Mesti aku akan sgt2 hargai waktu tido lepas ni.

Aku rasa aku ni pun agak bernasib baik. Eisya bukan jenis yang berjaga sepanjang malam. Dia bangun paling byk pun 4 kali. Dapat susu, dia tido semula. Kembung perut pun sekali je. Tu pun sebab aku yang sengal, gi kasik dia minum air kosong malam2 hari. Tak tido aku sepanjang malam. Tapi nak sesuaikan diri mula-mula tu mmg rasa payah. Tersengguk-sengguk gak la aku melayan dia menyusu malam-malam hari tu. Nasib baik nyusu masuk mulut, kalau masuk idung.. buat nya je. Bila siang hari lak, dia jenis yang tido kejap-kejap. Tido setengah jam, bangun mintak susu. Tido balik, pastu bgn lagi. Camne aku nak qada' tido malam yang tak cukup tu. Ngan nak ber'internet lagi *hehehehe* Maka, 1st and 2nd week jaga Eisya mmg muka aku cengkung.. Ekwan pun tegur 'yang, nape cengkung je muka awak, mata sembab' Hah.. baru dia tau, susah tak susah jaga anak. Nak tukar tempat??

berat terkini saya adalah 4.4kg. yeah, i gained 0.9kg in 3 weeks. hebat kan saya. kata dpt susu segar dr ladang setiap hari. ni lah hasilnya

Tapi demi anak kan, semuanya sanggup kau tempuhi. Biar kita tak cukup tido, asal anak tido lena, perut kenyang.

Bila dah lama-lama, aku rasa dah tak kesah. Macam biasa je bangun seawal 7.30 pagi. Walaupun tadi baru je bgn pukul 6 bagi dia susu. Layan si tembam tu borak-borak jap sebelum dia merengek nak tido semula. Waktu dia tido ni lah aku cepat-cepat mandi, pastu isi perut. Pukul 9 kang dia bangun, nak mandikan dia pulak. Si tembam ni dah lah mcm alarm clock, tepat masa harus celik bijik mata. Lepas ni kebarangkalian nak lambat gi keje mungkin menurun lah, dah ada alarm clock yang satu ni. Dulu boleh lah, bunyi je.. raba-raba tekan bagi mati. Yang ni, ko nak senyapkan mcm mane?? Tekup mulut dia ngan bantal?? Hilang akal ke apa??

Bab nak mandikan Eisya pun, mula-mula mcm sgt takut. Tengok je mak mandikan dia. Tapi bila dah cuba, takde la susah sgt. Tak buat, mmg smpai bila la takut kan. Mungkin Eisya ni tembam, maka senang la sikit mak dia nak pegang. Bila tgk dia seronok mandi, mcm tak nak kuar dr besen tu.. uiihhh, puasnya la rasa hati. Bangga pun iye gak. Aku mandikan anak aku sendiri. Betullah orang kata, smua ni dengan secara semulajadinya kau akan reti. Tak payah nak masuk kelas khas. Kau tengok, terus ko reti nyer nak buat.

Dan dalam tak sabarnya aku menghitung hari nak habis berpantang, dalam masa yang sama aku sedih. Masa untuk bersama Eisya 24jam sehari semakin tinggal sikit. Nanti kena tinggalkan dia 8 jam. Dan aku terpikir, boleh ke orang yang jaga dia nanti akan jaga dia sepenuh hati mcm yang aku buat?? Lagi-lagi kalau antar dia ke nursery?? Boleh ke org tu bagi full attention kat dia sorang?? *harap-harap tok setuju la nak jaga awak, sebulan pun jadik lah*

Tiba-tiba gak aku rasa macam nak jadik fulltime housewife. Boleh??

21 comments:

  1. Tau tak per, semua ibu merasai perkara yg sama. Tu sebab kalau anak kita melawan @ sakitkan hati kita, rase nak jer kuar semua citer membesarkan dia kan? Kalau dah pandai cakap lagi tak larat nak layan....Anak, dialah racun, dialah penawar

    ReplyDelete
  2. hehehe tao xpe dayu,
    dlu sblm ada ank,xrasa ape2 lg..
    skrg bl dh dpt,
    bru tahu betapa hebatnya kuasa dia pd kite,
    xley berenggang,
    na hr tu pun,
    hr 1st kerja..
    nk nanges, hati ni meronta2 tringat kat ank,
    rase cptla petang nk blk..
    kalau xpikir utk kesenangan dia nanti,
    mmg xmo kije dah..duk rumah rilek2 ngn dia je..hihihi

    ReplyDelete
  3. ha'ah kan, lepas ni dia dah nak kena hantar nursery. boleh ke org yg jaga tuh jaga lek-lok? punya lah ramai baby lain lagik. huhuhuhuhu... no wonder ada yg sanggup benti keje.

    ReplyDelete
  4. dayu mmg ttba nnt kite akan rse cam nk jd fully housewife jek..nk2 bler nk anto ank gi nursery..."meroyan" gakla ekekeke..tu xtermasuk isu2 lain bler dh anta nursery mmg haru...huhu

    ReplyDelete
  5. hebat tak hebat la penangan seorang anak kat mak dia kan
    berubah hidup 100%
    tu lah, kita ni korban mcm2, kalau besar degil, uuiihhh.. ungkit tak ungkit, ko dgr la mak nak leter ni, susah payah besar kan awak..

    baru la skrg ni btul2 insaf
    tak mahu dah lawan2 ckp mak *tp skit2 ada gak lagi..

    malas nak pikir sebenarnya saat akan melepaskan dia kat jagaan org lain nanti. tapi dah terpaksa,bila tiba masanya. sanggup tak sanggup..rela je

    ReplyDelete
  6. Macam mana dengan Aishah nanti? Ada chance tak nak main facebook, twitter, blog hoping lagi?

    Boleh tak Aishah bangun tido pukul 10.30 pagi? Boleh tak bermalas-malasan atas katil tunggu jam tunjuk 6.30 baru bangun nak mandi pergi kerja?

    Esok anak nak susu? Warghhhh!

    ReplyDelete
  7. wah eisya!cam ada gaya mak dia tido jer....kuikuikui....

    ReplyDelete
  8. dulu daku pun takut nak mandikan raina lagi laa raina lahir kecik 2.37kg je. tp bila ibu daku dah muka keja dlm pantang tu jugak beljar mandikan raina. ok senang nak mandikan. cuma nangis sikit sbb takut air.

    tp skrg umur raina 5 month++ dah tak takut air mama dia sekali basah kuyup dibuatnya bila mandikan dia. punya lasak. haih

    ReplyDelete
  9. hehehe sila ikut jejak langkahku...18hb ni last perkhidmatan lalalala

    ReplyDelete
  10. dayu dah semakin matang..btul semua nie kita akan belajar secara naturally don't worry..btul lar dayu eisya semakin bam2..cepat btul berat bdn eisya naik..sama lar alynn dulu rasa mmg xnak keje rs cam nak antar surat resign tp lama2 ok lar..pernah alynn terlelap semasa menyusu kn danish sambil baring tup2 tersedar Ya ALLAH nasib aku x hempap anak aku..serik sgt sejak dr hari tuu alynn xberani menyusukan danish sambil berbaring..breast kiter pun kite kena tekan skit supaya breast x begitu rapat dgn breast sehingga menutup idung baby..

    free lg dayu update n3 lg yerr..update pic eisya skali..

    ReplyDelete
  11. oh dayu! itulah cita2 saya selama ni. nak jadik fulltime housewife! tatau la akan berjaya ke tak. dilemma kite sama, tatau sape nak jaga anak lps bersalin nnti. haih, pening.

    ReplyDelete
  12. kadang2 tgk eisya mcm ekwan.. kadang2 mcm dayu.. ye la mak bapak dia kn:)

    adoi dayu.. kalo la bole x keje jga anak je kn.. syoknye la.. tp gaji laki yg sorang tuh x cecah 4-5k lg.. x sanggup lak tgk dia susah payah sorang2 keje carik rezeki.. iskk dilema betul:(

    ReplyDelete
  13. rasanya semua pengalaman ibu2 lebih kurang same je kannn :)

    anak adlh rezeki paling berharga dari Allah :))

    ReplyDelete
  14. teruja tengok gambar EE masa mula2 dia lahir tu!! mata bulat. eieiiee pipi gebu gilaaaaaaa! hahaha.

    akak,update lah part 2 pulak! tak sabar nak baca :D

    ReplyDelete
  15. best baca pengalaman bersalin dayu...kena induce jugak ke? sakit sikit kan...heheh...
    tp kan dayu...mmg betul...lepas ade anak nih...anak dulu yang kt pk kan...xsampai ati kan nak tggl ngan org jaga...tp, kt kena terima hakikatlah...kt ni wanita yang berkerjaya kan...demi anak n family terpaksalah berkorban k...take care dear...

    ReplyDelete
  16. Subhanallah.. Besar nye kuasa Allah kan...

    org pon pk mcm takut je nk mandikan baby, tukarkan baju baby, takut geli nk cebokkan baby.... maklum la... fragile, termpurung tk keras lagi bak kata org.. tp bila dh baca cerita Dayu ni, mcm ada motivasi sket nk lalui smua2 tu nanti... InsyaAllah... kita semua boleh!

    Wah! semangat Jumaat suda marey~

    ReplyDelete
  17. sungguh kan
    bila dah ada insan kecil ni depan mata, segalanya adlah untuk dia
    mesti dulukan dia
    biar lah mak dia ni tak terurus, dah mmcm apa je rupanya..
    yg penting anak disiapkan dulu..

    kasih sayang seorang mak kan..

    tu lah, dilema wanita berkerja mcm kita semua ni..hati sgt berat nak lepaskan anak. tp demi kebaikan dan kesenangan dia jugak kan.. redha je lah pagi2 lepaskan dia kat org..
    suami saya kata boleh kalau tak nak keje.. tp shopping setaun sekali je lah.. time raya je dia kata

    oohhh.. believe me, kita mmg dh ada skill uruskan baby sebenarnnya..cuma selama ni terpendam je... :)

    ReplyDelete
  18. sedapnya dia tidur :)...harap2 yg jaga nanti akan sayang sama mcm awak...tapi tu lah...ly dulu pun mmg rasa nak jadi housewife jer

    ReplyDelete
  19. dh makn rupa dayu dh eisya ni..ank mak sungguh..
    nnt tinggl kt saper ank?huhu yana bila pkir tang tinggl ank mmg rase cm xnk keje jer..sblm peknen lg dok pkir hal ni

    ReplyDelete
  20. wuuu tak sabo nak dengar part 2 ni dayu. citer cepat okeh ^_^

    ReplyDelete
  21. hihih..
    klo gtu dayu cept la dpt berat asal...

    ReplyDelete