27 July 2010

kedatangan yang dinanti

2 more days to go.. hoyay!! dan bila terasa masa macam cepat berlalu, sgt teruja jadiknya. Dah terbayang-bayang katil di rumah..

Sangat ingin tinggalkan tempat ni!!! Cukup-cukuplah duduk kat sini.

Kedatangan yang dinanti. Melepas rindu yang terpendam. Tak terkata gembira di hati. Walaupun sekejap. Walau terpaksa berlari-lari melepaskan diri dari sesi riadah petang hari. Demi mereka, potong markah pun potong markah lah. Aku tak peduli dah.. seminggu lebih berjauhan, peluang yang ada tak patut disia-siakan.

2 beranak buat muka protes kena tinggal 2 minggu

Ohhh, baru seminggu kena tinggal Eisya seakan dah tak kenal ibu dia ni. Puas dipanggil-panggil, tak gak dia toleh. Nasib baik ibu pegang tak melalak, kalau tak harus ibu pun join sama. Bila nak direct feeding pun dia tak nak. Huwaaa.. ni baru seminggu beb.. bukan lama sgt pun. Maknanya, jangan lah berani-berani nak tinggalkan dia lama-lama, mahu dia tak kenal ibu dia nanti. Tapi nasib baik bila dah nak balik tu, dia nak gak direct feeding. Gaya hisapan pun lain je, macam baru kenal je. Dah seminggu kan minum susu siang malam guna botol. Agak-agak dia terfikir tak 'kenapa abah asyik bagi minum susu guna puting plastik ni? mana ibu??' Haru beb kalau difikir-fikir benda gini.

Segeralah hari Jumaat..
ibu sayang cha sangat-sangat. jumaat ni kita main golek-golek atas katil ye. Eisya kata : Ibu tak balik, siap lah.. Cha tak nak layan ibu seminggu..

*minggu ni Eisya dpt minum susu ibu, sukanya rasa hati

23 July 2010

saya rindu anak saya

Hari ni hari Jumaat. Orang lain balun tido, aku blogging. Macam sgt tak memanfaatkan peluang yang ada. Nanti dalam kelas tersengguk-sengguk. Alah, tido tak tido sama je, lagi-lagi kalau kena speaker amatur, 10 min je lah aku fokus. Lepas tu melayang ke mana-mana.

Ohhh, sudah Jumaat. Sudah berjaya menempuh 8 hari yang agak terseksa ni. Bukan nak kata terseksa sebab induksi, tapi sebab terpaksa berjauhan ngan orang kesayangan. Semua kat sini dok menahan rindu. Tiap kali break, masing-masing ber 3G. 7 hari beb.. dan ada 7 hari lagi. Memang deraan batin sungguh. Harap-harap boleh lah jumpa Eisya Ahad ni. Abah nak dtg, amik stok susu yang dah semakin memenuhi peti ais kecik tu. Alhamdullilah, rezeki untuk Eisya. Ada dalam 100+ oz tu. Nanti minum puas-puas ye sayang..

sebahagian stok pengisian perut untuk tembam ibu

Eisya semakin kuat menyusu. Abah ngan Tok dah bagi 6oz pun tak cukup. Tahan setengah jam je. Pastu merengek mintak susu lagi. Ke susu formula tak berjaya mengenyangkan dia??Teringat kisah abah mencari susu di malam hari. Susu 400gm, Eisya balun 4 hari je. Macam tak percaya je. Ke memang bila umur dah 3 bulan, dia akan menyusu dengan lebih banyak??

kesayangan ibu!!

Baju-baju size newborn, sizr 0-3 bulan boleh bungkus, simpan elok-elok. Nanti kasik adik pakai. Adik?? Lambat lagi ye. Dan kalau adik pompuan boleh la, kalau lelaki.. ibu simpan lagi. Stok baju besar-besar smua abah dah kuarkan, sebab abah kata baju sedia ada dah sendat. Hah..amik ko.. nak kena shopping lagi lah jawabnya bila Eisya 4,5 bulan nanti. Tak silap tindakan ibu beli baju size besar-besar untuk Eisya pakai raya nanti.

*ibu nak mengepam