Petang semalam, aku terpaksa mengalah. Terpaksa akur.
Dalam perjalanan pulang ke rumah, lg 5 minit nak sampai rumah, tengah beratur nak bayar tol. Ada sms masuk. Orang nursery sms 'ayu, Eisya dah habis susu, dia asyik nangis je' Aku terus macam dah tak tentu hala. Anak dah kebulur tu. Bekalan tak mencukupi. Alahai, kesiannya anak aku. Reply sms, minta derang bagi Eisya air masak dulu.
Bila sampai tgk Eisya teguk air masak. Muka tak puas hati je anak aku. Susu dah habis dari 4.30pm. Kesian anak aku. Masuk kereta trus susukan dia, tapi dia tak nak pulak. Merajuk ke? Ke perut dah penuh air masak je.
Maka, petang semalam aku suami isteri akur. Nak tak nak, kena jugak beli susu tepung. Kena gak hantar susu tepung ke nursery sebagai back-up kalau EBM tak mencukupi. Dan bila diperhatikan, badan Eisya seakan menyusut. Dukung dia pun terasa ringan je. Kalau dulu siap terasa. Lenguh tangan bila angkat dia lama-lama. Hmm..aku terlupa yang anak aku dah semakin membesar. Dah 5 bulan pun, tapi susu tetap bagi sukatan yang sama. Dilebihkan sikit je.
Satu botol 4oz. Cukup ke? Anak korang minum bape oz?
Bila baca kat packaging susu formula tu, untuk baby 4-6 bulan, kena minum 210ml, 4-5 kali sehari. Hah, amik kau, double dari apa yang Eisya consume sekarang. Ke sukatan susu formula ngan EBM tak sama, berbeza kadar kekenyangan? Nak tak nak, pagi ni bekalan Eisya ditingkatkan kuantitinya. Setiap botol aku sediakan 5 oz. Antar 3 botol. Sebab tu je yang aku mampu supply. Hari ni Eisya dibekalkan dengan lobak merah lenyek. Atau pun lebih dikenali sebagai carrot puree *iye ke? ake memandai je ni* Dan hari ni juga Eisya dibekalkan dengan susu formula. 3 botol EBM tu mesti habis dalam pukul 2. Harap-harap Eisya tak reject lah susu formula tu. Dah lama dia tak minum FM ni.
Aku redha . Tak dapat nak memberi Eisya susu ibu mengikut kemahuan dia. Ibu tak mampu sayang. Ibu tak boleh expressed banyak-banyak.
Takpelah, tak dapat 100% pun aku dah patut syukur.
30 September 2010
29 September 2010
tugas sepenuh masa
Ada masa aku macam teringin sangat nak jadi suri rumah sepenuh masa. Duduk rumah, uruskan rumah, tak payah pergi keje. Tak payah nak mengadap jalan jammed pagi-pagi hari. Berkejar-kejar nak punch card. Dan paling penting, boleh menjaga Eisya dengan kudrat sendiri. Tangan ni yang mengurus kehidupan dia setiap hari. Tengok dia membesar depan mata. Tak lah nanti dia dah mengangkat bontot, merangkak pun aku tak tahu.
Itulah keinginan paling tinggi waktu ni, lagi-lagi selepas kehadiran Eisya. Cuma tak dilaksanakan aje. Mungkin sebab aku berkhidmat dengan kerajaan kan, tu yang fikir panjang tu. Rasanya kalau aku keje private, mesti lepas habis pantang aritu terus aku antar resign letter . Tapi bila difikirkan semula. Betul ke aku sanggup nak jadik pengurus rumah tangga sepenuh masa? Boleh ke aku duduk rumah semata-mata? Ada nanti baru sebulan dua, dah merengek nak keje smula.
Orang selalu fikir keje housewife tu senang kan, macam seronok je. Duduk rumah, rileks-rileks, boleh tgk tv. Main internet. Tapi hakikatnya, tak seindah yang digambarkan beb. Keje rumah adalah TAK PERNAH HABIS.
Ada je keje yang menanti. Memang tak boleh duduk diam. Bergerak sepanjang masa. Jangan ingat tak payah nak kejar punch card, kau tak payah bangun pagi. Bangun awal tetap wajib beb, lagi-lagi kalau ada nak yang dah sekolah. Kalau kena sediakan breakfast, memang tak bleh lah nak bangun pukul 9, ke pukul 10 ye. Bila isteri dah tak keje, duduk rumah semata-mata, mesti husband demand breakfast atas meja pagi-pagi kan. Paling tidak pun roti sapu kaya ngan teh panas. Dtg ngada-ngada dia, nasi lemak dia minta. Pukul bape nak bangun buat nasi lemak? Sila lah bangun sebelum subuh.
Suami gi keje. Bermula lah kehidupan seorang suri rumah. Dapur kena kemas. basuh segala pinggan-mangkuk yang penuh dalam sinki. Sambil tu humban baju masuk mesin basuh. Sementara tunggu baju siap basuh, kna siap sedia nak memasak pulak. Kang anak balik, tanya 'mak, arini masak apa?' takde lah selamba je jawab 'mak tak masak lagi, makan megi nak' Sementara defrost ayam/ikan/daging amik lah penyapu. Kemas ruang tamu, kemas bilik. Kena rumah bertingkat-tigkat, jawablah. Tu belum kalau kena basuh bilik air, basuh toilet, bersihkan karpet. Banyak tak banyak la keje..
Tu baru suku je tu. Belum lagi masuk bab-bab nak kena lipat baju yang dah berbakul-bakul tu. Nak kena iron baju. Kalau ada anak kecik, lagi panjanglah senarai list to do orang yang bekerja sepenuh masa kat rumah ni. Orang keje opis ada office hour, keje kat rumah mana ada. Malam pun ada je lagi keje menanti. Bukan boleh claim OT. Bonus pun belum tentu ada.
Bila fikir-fikir balik, aku rasa baik aku keje. Duduk rumah sepanjang masa pun belum tentu aku bahagia. Lagipun macam tak mungkin je. Hidup di bandar Kuala Lumpur ni, mana boleh suami sorang yang keje. Kos kehidupan adalah sgt tinggi. Potensi aku nak membesarkan badan pun agak tinggi. Biar keje melambak-lambak macam takde rehat, tp kalau dah dapur sentiasa depan mata. Macam-macam hidangan boleh tersedia.
Okay.. aku tak rasa aku sesuai jadik fulltime housewife. Aku tak mampu. Nanti aku komplen banyak-banyak kat suami, tak pasal-pasal jadik derhaka.
*ke orang lain rasa biasa je buat keje-keje rumah ni, aku je yang asyik lepas maghrib je trus terbongkang, tido smpai esok pagi

Subscribe to:
Posts (Atom)