Setiba di Sibu, malah sebelum tiba lagi akak biras aku dah maklumkan nak bawak kami ke tempat ni. Diaorang sekeluarga dah pergi time cuti sekolah hari tu. Kira ni repeat vacation lah untuk diaorang sambil bawak kami yang datang dari jauh ni berjalan. Tengok gambar-gambar yang Kak Fatin posted memang cantik tempat ni.
Dan bila dah sampai sendiri, iye. Tempat ni sangat tenang. Dah lah sejuk, ya Allah, nikmat sungguh ciptaan Ilahi. Perjalanan sejauh 450km, duduk 6 jam dalam kereta adalah sangat berbaloi. Tapi kalau dari Kuching dekat je rasanya, lebih kurang sejam je.
Kami ke Borneo Highland Resort, Kuching Sarawak. Nak sampai ke atas ni terpaksa melalui jalan macam nak ke Genting Highland, tapi jalan dia tak secantik dan lebar macam ke Genting. Dan lagi berselekoh. Sampai muntah-muntah Eisya dibuatnya. Tapi sejuk je sepanjang nak sampai ke atas tu. Memang 'Back To Nature, Back To Basic' Dan yang lagi menarik, makanan kat sini adalah berasaskan sayur sahaja. Tiada ayam, daging dan juga seafood. Tapi jangan risau sebab sedap. Mungkin sebab segala bahan adalah segar, tu yang makan bendi masak kari pun sedap.
kesian Eisya, pening kepala jalan selekoh tajam je. siap dah tadah plastik dah. tapi akhirnya atas seluar ibu jugak dia muntah.
Tempat ni abang ipar aku jumpa masa dia berlegar-legar di atas awan. Tengah-tengah hutan, tiba-tiba ada resort. Dan dia google, dan merasa sendiri. Sebab berkenan dengan tempat ni, dibawanya kami ke sini sekali lagi. Dan kami juga sangat suka.
Bagi aku tempat ni sangat best, dan harga adalah sangat affordable. Boleh lah dikatakan murah, untuk Bilik Deluxe (one king size bed) hanya RM170++ semalam. Duduk hotel tengah bandar tanpa pelbagai kemudahan pun belum tentu dapat harga ni. Bilik pun sangat best, view sangat menenangkan. Bestlah. Sape yang duduk kat Kuching patut pergi. Kalau nak honeymoon tempat ni memang sangat sesuai. Sebab tempat ni sangat tenang, sunyi je. Rasa macam kat private resort pun iye.
Indah kan, masuk-masuk je bilik dihidangkan dengan pemandangan secantik ini. Tenang sungguh rasa.
Dah lah sejuk.
di laluan masuk menuju ke reception area
eisya dan abah pun nak jugak gambar depan ni
Jumpa signboard ni, teruskan perjalanan ke hadapan lagi, sikit je lagi. dalam 200m *klik gambar untuk maklumat lebih jelas*
bergambar berlatar belakangkan pos kawalan imigresen sempadan Padawan
*bilik dia aku review next entry lah eh.. jangan risau, aku tak amik masa yang lama. aku macam tak suka nak kumpul semua dalam satu entry. selain boleh menambah bilangan entry, takde lah korang penat hadap satu entry berjela-jela.










