27 January 2016

Hobi Baru Dayu

Niat hati nak update pasal Hong Kong, tapi takde mood. Nanti-nantilah. Citer Hong Kong update tahun depan pun takpe. Hahaha.. Asal terabadi dalam blog je. Nak citer sikit pasal hobi terkini. Hahaha, banyak sangat hobi aku ni. Biaslah Dayu, semua benda dia suka. Hobi dia bertukar-tukar. Ada musim dia giler memasak je, kang dia berubah angin. Dia keje nak buat kek je. Pastu oven dia simpan, dia kemaruk hadap pokok pulak. Ni pokok dia dah mati, dia carik lah hobi baru. Hah... tak citer pun kan. Pokok rosemary ngan parsley aku dah mati. Huhuhu.. Tak berbakat ke apa? Ke silap teknik? Tapi aku tak putus asa, semalam aku baru semai anak pokok kari, daun kunyit ngan daun kesum. Harap-harap membuahkan hasil.

Tapi tu hobi bulan lepas yang masih berkekalan. 

Hobi baru ni, baru muncul 3 minggu lepas. Tetiba terasa nak beli mesin jahit. Takdelah tetiba sangat sebab sebenarnya dah lama pasang niat nak beli mesin jahit. Tapi bila survey-survey, punyalah mahal harga mesin jahit kan. Tu yang asyik terbantut je hasrat tu. Kali ni macam beriya-iya pulak aku. Kena pulak ada member perkenalkan dengan mesin jahit murah tapi memuaskan hati. Terus membuak-buak semangat akak. Ada real review dan testimonial dari kawan, bertambah yakinlah nak membeli. Takdelah nanti jadik tukun je mesin jahit aku tu. Punyalah aku tak menyabarkan, tengahari tu jugak aku order. Aku memang gelojoh, kalau aku kata nak, ikutkan waktu gak aku nak benda tu depan mata. 

Berurusan dengan LAZADA memang sangat memuaskan hati. Efisen LAZADA ni, order hari ni, esok sampai dah. Dan paling aku suka shopping kat LAZADA, boleh COD. Bukan tak percaya, tapi sebab opis aku ni poslaju tak hantar direct ke receiver, pastu admin lak tak nak terima parcel. Tak memasal aku nak kena gi collect parcel kat Jalan Tun Sambanthan tu. Tu aku prefer LAZADA, compare online store lain. Kadang harga kat LAZADA mahal sikit pun aku tak peduli, asal barang sampai terus kat aku. Okay, sekian review pasal LAZADA. Botol susu Elma pun aku beli kat LAZADA, sebab kat Sogo takde jual botol MAM. 

Mesin jahit murah beli kat Lazada. Testimonial kat Lazada pun semua berpuas hati. Fast delivery. Performance pun okay. Sesuai dengan harga. 

Mesin ni sampai masa aku cuti. Punyalah semangat kan, sanggup aku pergi opis hari Sabtu tu amik mesin. Konon hari Ahad nak terus try menjahit. Tapi sudahnya, seminggu dia duduk dalam kotak. Aku tak habis study lagi. Keje aku seminggu tu layan tutorial menjahit kat youtube je. Nasiblah banyak video-video berkualiti yang mengajar dengan benda-benda basic ni. Bahagia hidup aku. But mostly video omputih lah. Bila tengok video, alahai rasa macam senang je. Tapi tu lah, selagi tak mula, tak dapat feel dia. So, bila rasa cukup dah ilmu yang diserap dari online tutor, aku gi kedai beli gunting, beli pembaris jahit, beli benang.. Segala benda yang dirasakan perlu. Singgah Globe beli kain sekali. Semangat ni.. semangat. 

Dan esoknya, terukan projek pertama.

Bangga dengan diri sendiri. Walau hanya sarung bantal.

Aku ni tak pernah langsung pegang mesin jahit. Tak pernah potong kain, kira ni main redah je ni. Sebab tu kena bermula dengan perkara-perkara basic. Mesin pun beli yang paling simple, sesuai untuk beginner. Nanti kalau dah terror sikit, boleh lah bodek Ekwan belikan mesin canggih sikit. Nak jahit sarung bantal ni pun, berhari-hari jugak aku belajar dengan Mr. Google. Hahaha.. Pastu mulalah kemaruk, terus rasa nak jahit macam-macam. Baru pass jahit sarung bantal, gatal dah nak jahit skirt lah, blouse lah.. Pengaruh youtube sangat aku ni. Mana taknya, tengok derang jahit macam senang je.
Maka, aku try lah pulak jahit skirt untuk Elma. Kain merah buat sarung bantal pun ada baki lagi. Terus sambung buat simple skirt.

Simple skirt untuk Elma.

Kemaruk menjahit. Benda senang pulak tu. Terus dapat skirt sorang selai.

Malam potong kain lagi. Memang betul kemaruk namanya ni. Tapi yang ni tak siap lagi. Tengah carik masa nak siapkan, Weekend ni kena siapkan.

Sekrang kedai kegemaran aku adalah Kamdar dan Nagoya. Hahaha.. Asal masuk terus gi terjah bahagian cotton atau tempat kain baki dilonggokkan. Seloingkar dan rembat. Otak ni asyik terfikir nak buat sarung bantal je. Bertambah lah koleksi sarung bantal kat rumah tu. Boleh lah buat ikut corak kegemaran. Kain cotton kat Kamdar comel-comel weh,..


26 January 2016

Gembira

Hampir 2 minggu takde entry baru. Busy bebnor gayanya. Iye, agak sibuk sekarang ni. Benda nak cerita banyak tapi masa tu macam takde. Selalunya aku update thru handphone je. Upload gambar siap-siap, taip entry. Bila bukak kat desktop tengah touch-up bagi molek je. Tapi 2 minggu ni, nak pegang handphone kat rumah pun tak sempat. Elma lak tak bleh tengok aku pegang handphone, dia pun nak pegang sama walau hakikatnya, tak sampai seminit dia campak je handphone tu. Saja nak suruh orang layan dia. Nak update kat opis, aku malas nk transfer gambar. Entry tanpa gambar tak berseri.

Mungkin ada yang tak maklum. Yang follow akak kat Facebook tu maklumlah.

Aku rasa syukur sungguh. 2016 aku dimulakan dengan penuh kegembiraan. Rezeki melimpah ruah aku terima. Berita baik diterima tak putus-putus. Segala permintaan aku didengar dan dimakbulkan. YaAllah, tak sangka. Mungkin ni semua ganjaran untuk aku yang Allah bagi untuk aku merapatkan diri dengan Dia. Untuk sedarkan aku. Sesungguhnya hanya Dia tempat terbaik untuk kita minta segalanya. Syukur.

Setelah hampir 7 tahun berkhidmat dengan JKR dengan jawatan J41, Alhamdullilah akhirnya aku dan kawan-kawan seangkatan dinaikkan pangkat. Hampir semua dapat kenaikan pangkat. Walaupun pada awalnya dimaklumkan hanya 1/4 dari kami akan dinaikkan pangkat. Tapi kalau dah namanya rezeki kan, akhirnya Kementerian luluskan untuk semua dinaikkan ke J44. Alhamdullilah. Melompat kegembiraanlah kami. Yelah, lama dah kot. Batch lain, 7 tahun tu dah naik J48 dah tau. Kitaorang dah sampai tahap redho dah kalau pencen pun setakat kat gred J48.. Sebab ramai sangat. Officer melambak, post kosong ciput, Macamana nak naik pangkat.. Duduklah kau kat post tu. Tukar sana-sini, tapi tetap J41.

Bab naik pangkat memang masing-maisng suka, pastu gelabah, Gundah gulana, tidur malam pun tak lena. Takut memikir kena tukar ke mana. Polisi JKR memang menyesakkan nafas. Setiap 3 tahun kami akan ditukarkan, Tak boleh remain tempat yang sama lama-lama, kena merasa semua tempat, Kena buat semua keje, sebab skop keje JKR memang luas sebenarnya. So, young officer ni akan ditukar kan ke hampir semua bidang, Kena merasa buat semua benda. Dengan harapan bila nanti jadik bos, kita tahu semua benda, Kira ni sesi latihan dalam tak sedar lah ni.

Dan aku cukup risau kalau kena transfer luar KL. Huru-hara urusan seharian. Maka, berdoalah aku siang malam. Kekalkan lah aku kat bandaraya Kuala Lumpur ni. Tak kisah lah kat bahagian mana, asalkan masih di KL. Walau aku tetap pasang impian nak terus kekal dalam sektor jalan. Tapi demi kelangsungan hidup, aku tak kisah dah. Asalkan kehidupan seharian aku tak terjejas.

Alhamdullilah, permintaan dan doa aku didengar.

Majlis penyampaian sijil penghargaan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya. Kali pertama ni, ada majlis meraikan kenaikan pangkat pegawai JKR. Selalu gi amik sendiri je surat kenaikan pangkat kat korporat. Terasa istimewa pulak kami ni.

Lepas dah seronok tarik nafas lega sebab masih terus berkhidmat di KL, walau terpaksa beralih bidang, Walau terpaksa belajar semula dari bawah. Terima lagi perkhabaran gembira. Tersenyum aku. Tapi yang tu kemudian lah cerita, tungguh betul-betul dah sahih baru kita raikan.