Puding ni lah yang aku sediakan untuk para tetamu pada majlis makan-makan syawal anjuran kami 3 minggu lepas. First time buat dan hasil adalah sangat menerujakan. Alhamdullilah, hampir semua tetamu yang berkesempatan merasa kata 'sedap la dayu puding ni, puding apa ni?' Achik suka... terus rasa nak share resipi.
Aku pun dapat resipi ni dari internet gak.
Ini cara-cara nak sediakan desert yang super sedap menjilat sudu ni. Aku siap buat lagi lepas open house sebab macam tak puas makan.
Bahan-bahanya:
4gram serbuk agar-agar
1 tin Longan dalam light syrup
300ml susu segar- boleh ganti dengan susu sejat
200ml syrup Longan yang dalam tin tu
3 sudu besar gula
1 sudu besar tepung kastard ( dibancuh dulu dengan sedikit air)
Untuk Sos kastard
1 sudu besar tepung kastard ( dibancuh dulu dengan sedikit air)
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan air
2 sudu besar gula
Cara-caranya:
1. Potong buah longan kecil-kecil dan ketepikan, kemudian serbuk agar-agar di bancuh dengan 2 sudu besar air, selepas itu masukkan di dalam periuk bersama susu segar, syrup dalam tin longan, kacau sebati dan biarkan agak mendidih.
2. Masukkan pula buah longan, gula, bancuhan tepung kastard dan kacau selalu sehingga agak pekat. Akhir sekali curahkan puding di dalam acuan dan sejukkan sebentar pada suhu bilik baru di masukkan di dalam peti ais. dapat dalam 8 acuan kuih apam
3. Buat Kuah Kastard, masukkan semua bahan sos kastard di dalam periuk dan kacau sebati, kacau sehingga sos menjadi berkilat dan pekat, jika terlalu pekat boleh juga tambahkan sedikit air, ambil puding longan tadi dan letakkan di dalam piring, curahkan sos kastard di atasnya. sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.
puding longan in the making untuk para tetamu majlis makan-makan syawal tempoh hari. siap sedia untuk masuk dalam acuan lompang
Tapi kalau ikut sukatan asal resipi ni (macam kat atas ni) dapat sikit je puding nye. Kalau takat nak makan sendiri, okaylah. Tapi kalau nak menjamu tetamu, boleh la gandakan bahan-bahan tu. Aku siap buat 3 kali ganda. Tamak tak tamak la.. alah nak menjamu orang, kenalah buat banyak-banyak. Sendiri makan pun dah hampir separuh. Baru puas makan, bertambah-tambah.
Cubalah, pasti tak menghampakan.
* Lepas ni ada pape jamuan berkonsep potluck, memang aku buat puding longan ni je lah.
* nanti bila cha dah sekolah, pastu dia balik kata 'ibu, esok cikgu suruh bawak makanan gi sekolah, ada jamuan' memang puding ni jugak la aku bagi dia bawak (:
hahahha cha nk sekolah lmbt lg dayu...ntah2 time tu jumpa lg resepi yg lg senang..agak2 yg ni boleh bertahan tak? kui2..
ReplyDeleteerm boleh cuba jugak ni kalau ade pot luck kt opis
mmg sedaaapppp...terbaekkk!!!!
ReplyDeletehehehehe
tp laksa pn sodap jugak...
Yee, aku teringin sekarang. Terima kasih kawan. Hahaha
ReplyDeletesorry weh tak dapat datang. Ade hal sket. Aku teringin nak rase laksa ko buat. Boleh buatkan lagi tak nanti? :D
harus cuba ni. thanks dayu!
ReplyDeletedayu,cmna nak kasi kastard tu keras.haritu buat pudding kastard langsung tak keras.jd macam bubur pulak.
ReplyDelete