Muka ceria di pagi raya. Budak kecik tu muka kelat sebab geram kena duduk amik gambar sementara abang-abang dan akak sepupu berkeliaran main kejar-kejar
Raya bersama Eisya yang berusia 1 tahun 4 bulan memang sangat menyeronokkan. Seronok beraya bila ada anak kecik. Seronok dapat sarungkan dia baju-baju baru. Seronok tengok gelagat dia yang bila nak balik je sibuk hulur tangan. Dia nak salam sebenarnya, tapi bila dah dapat sampul duit raya, terus tak jadik nak salam. Sibuk nak keluarkan isi sampul raya tu.
Lagi seronok sebab boleh sama-sama makan lemang dengan Eisya. Tapi kesian, tak bleh makan rendang lagi. Makan satay je lah awak di pagi raya.
Raya kali ni memang meriah. Seronok sebab dapat berkumpul semua adik beradik. Entah bila lagi dapat macam raya kali.
*walaupun ada sikit tragedi di hari raya. aku tetap seronok giler beraya. dan redha berat bertambah 1kg selepas seminggu beraya sakan. makan secara tidak terkawal. takpe.. kata raya. diet bila-bila pun boleh. iye dok?
memang seronok beraya ada anak nie...cuma tak menang tangan nak jaga die..mana nak makan lagi..nak menyembang lagiiii....
ReplyDeleteselamat hari raya...
ReplyDeletesuke tgk gambo nie eventho muke cha kelat hehe
ReplyDeletehahhaa..setuju=)
ReplyDeleteraya setahun sekali, mmg kena mkn puas2 rendang ketupat tu..
psst:cantik baju kurung ko
gambar sedondon itu bikin saya jeles..
ReplyDeletetragedi raya?? ada citer kt sini tak? mana mana mana
ReplyDeletewah wah sedondon
ReplyDelete