Raya mana tahun ni?? Balik kampung sendiri ke kampung laki?? Macam dah soalan ruji kot tiap kali nak raya. Ni kali ke-4 aku beraya sebagai isteri dan tahun ni giliran beraya kat kampung aku!! Hoyeay! Siapa tak suka beraya kat kampung sendiri. Laki ke pompuan ke, kalau dapat beraya kat rumah mak ayah sendiri memang seronok habis.
Seminggu sebelum nak balik dah kemas bag. Ehh???
Tahun pertama kawin, aku menghormati suami dan beraya di kampung dia. Pengalaman pertama kali tak beraya dengan mak ayah, dengan adik-beradik sendiri memang lah menyedihkan. Tapi dalam sedih tak dapat makan ayam masak merak yang mak masak di pagi raya, aku bergembira jugak beraya dengan keluarga mertua. Takdelah sampai aku menyorok menangis dalam bilik. Tak cool lah. Macam terpaksa bebenor beraya rumah mertua. Hakikatnya seronok sebenarnya sebab suasana dia berlainan. Kampung Ekwan memang betul-betul di kawasan kampung, sedara mara dekat-dekat. Boleh jalan kaki je gi rumah pakcik dia. Dari pagi hingga ke petang jalan beraya je kejenya. Letih tapi seronok.
Kalau selama ni, aku membesar dengan juadah ketupat, rendang dan kuah lodeh di pagi raya. Itu menu wajib ada, bila dah kawin dengan orang Pahang, merasalah makan lemang di pagi raya. Kat Johor mana ada lemang wehh.. Nak beli pun tak ramai yang menjual.
Tu yang seronok kawin dengan orang negeri lain ni. Boleh rasa pengalaman dan suasana baru.
Tak payah sampai nak gaduh-gaduh kot. Tolak ansur. Jangan pentingkan diri. Cuma kenalah berlaku adil. Kalau dah memang tahun ni giliran isteri, janganlah mencipta pelbagai alasan nak mengelat. Kalau takde hal yang membolehkan giliran bertukar, sila patuhi jadual giliran yang tercipta. Dan kalau dah bersetuju bergerak ke kampung lagi satu pada hari ke-2 atau ke-3, sila jangan nak berlengah-lengah. Keluarga yang kat sana pun dah menunggu. Jangan mencipta rasa tak puas hati pihak yang lagi satu. Tak baik mainkan perasaan orang di hari raya.
Nasihat aku kepada para gadis yang bakal nak berumahtangga. Aku pun kawin baru 3 tahun, banyak lagi nak kena belajar. Banyak lagi buat silap sana sini. Mana ada kehidupan berumahtangga yang perfect, even dah kawin berpuluh tahun. Tapi satu perkara aku nak bagi tips *macam pakar je bunyinya* Kalau nak rumahtangga aman, perkara paling utama 'Tolak ansur' Jangan berkira sangat. Ye, memang susah. Malah sangat susah. Adakalanya sampai berendam air mata bila cuba nak 'lebih kurang' dengan suami. Kenangkan je lah ganjaran yang bakal diterima, mesti sejuk semula hati tu.
Aplikasikan 'tolak ansur' pada hari raya ni. Kalau duduk rumah kita 3 hari, sebolehnya usahakanlah 3 hari juga di rumah mertua. Jangan bagi macam-macam sebab nak duduk sekejap je kat sana. Apa yang kita kata sebenarnya macam mengata diri sendiri. Kata macam-macam, sedangkan kat situlah suami kita membesar, kat situlah terbentuknya lelaki pujaan hati tu. Kalau boleh terima dia, kenapa tak boleh terima segalanya tentang dia. Dan tak semestinya segala-gala tentang kita sentiasa dia berkenan. Tolak ansur lah ye.
*tahun ni dapat berpuasa 2 hari d Johor.
selamat hari raya dayu..maria xdak mslh bab balik raya..raya mn2 pn xpe..ni lajadi bila mak dah xdak..so xkisah sgt nk raya mn pn..hehe..
ReplyDeleteturn aku this year belah sini dulu huhuhu..
ReplyDeletemana2 pon OK aje bg aku.xde hiba mane pon. dua2 pon family. suka aje. cume sgt miss the Johor foods lah. meriah penuh 1 meja ok hahaha...dasar pemakan!
agree!tolak ansur..dan suami pun kena laa tolak ansur..=)
ReplyDeleteSelamat hari raya dayu...
ReplyDeleteKite thn ni raya belah hubby.. xkesah sgt pun raya mn2, sama je... hehe yg penting adil hikhik...
Selamat Ari Raya Dayu =D
ReplyDeleteslamat ari raya Dayu...
ReplyDeleteSalam puan dayu..
ReplyDeleteWahh baguslah ye, rumahtangga akak happy je, bole tolak ansur bab2 camni.. sbb ada yg dlm family sy, takdenye tolak ansur..lebih kat family psangan memasing je..hehe
Salam Aidilfitri, maaf zahir & batin ye :)
http://aizatbest.blogspot.com