09 August 2012

Beringatlah

Bergembiralah sekalian warga penjawat awam hari ini. Imbuhan khas sempena raya telah diterima. Yang ada elaun memangku lagi tersengih. Meriahlah raya tahun ni. Minggu hadapan gaji untuk bulan September pula akan diterima. Nak menambah lagi kemeriahan raya penjawat awam. Bagi seronok sikit nak berjalan beraya berjumpa sanak saudara. Bila duit banyak, baru seronok nak bergembira. Tak gitu.

Tapi segeralah beringat wahai rakan sekalian, balik raya nanti ada 6 minggu sebelum gaji Oktober diterima. Lama okay tempoh 6 minggu tu. Kalau sebelum ni nak tunggu 4 minggu pun adakalanya menghitung hari kalau dah terlebih berbelanja. Inikan pula nak tunggu 6 minggu. Time raya, potensi nak terlebih belanja lagilah besar kemungkinannya. Maka, andai duit bonus tu boleh disimpan, tak perlu untuk dibelanjakan semasa raya ni. Asingkan lah segera. Agihkan siap-siap ke mana-mana yang selamat. Yang sukar sikit untuk dikeluarkan. Pilihan aku tak lain, ASB je lah.

Dengan kemudahan perbankan atas talian, terus aku transfer duit bonus tu dari akaun simpanan ke ASB.

Bagi yang belum maklum, kita boleh buat pelaburan terus ke ASB melalui Maybank2U. Senang, tak payah nak gi bank atau pejabat pos untuk simpan duit. Duduk depan komputer, klik sana, klik sini. Selamat duit dilabur ke ASB.

Sempena bulan mulia ni, aku sharelah macamana nak buat. Mudah je. Langkah pertama, adalah mendaftarkab akaun ASB dalam transaction M2U. Pergi ke bahagian 'Investment' dan pilih 'ASNB Unit Trust'

Login M2U, dan pergi ke bahagian investment

Klik pula di bahagian 'ASNB Unit Trust'


dan sila klik kat 'Add' tu. macam aku nyer dah lah dalam senarai dia, sebab aku dah daftar. Nanti masukkan je no akaun ASB dan No kad pengenalan dan details lain. Pendaftaran ambil masa sehari. Selepas tempoh 24 jam, check semula sama ada akaun dah aktif ke belum. Bila dah aktif, boleh start buat pembayaran ke ASB. Klik kat 'ASNB Payment' tu

silalah select dan setuju dengan segala terms dia. bacalah dulu, kat situ dia ada terangkan masa bila boleh buat transaction. Dah baca, select dan teruskan.

dan silalah melabur. 

Mulanya aku pun tak tahu boleh transfer terus dari M2U ke ASB, tapi Ekwan dah buat lama rupanya. Setiap kali dapat gaji, dia transfer terus siap-siap. Dan setakat ni, Alhamdullilah semua transaction adalah berjaya. Boleh juga check kat M2U history tu. Dan kalau nak lagi sahih, gi lah bank buat semakan dan updates buku. Insya Allah, usaha murnikan selalu dipermudahkan.

*konon tak nak membeli lagi untuk raya, tapi semalam terbeli lagi kasut Cha walau hakikatnya budak tu dah ada kasut raya. 

8 comments:

  1. dayu thanx so much. mmg maklumat nih la yg nk dicari2.thanx for the tutorial k.

    ReplyDelete
  2. aku pun buat camni dayu. mmg senang. dulu bila kena gi kaunter, rasa leceh sgt. skang on9 je, takde reason utk tak menyimpan.

    ReplyDelete
  3. Ye sgt bahaya tu. tapi sy swasta xde bonus :(

    ReplyDelete
  4. yup da asingkan sesiap bonus ke asb
    aku pn buat online jek sonang

    ReplyDelete
  5. ainul terus tolak dr acc bank.

    ReplyDelete
  6. tq dayu for the tutorial...terus laju-laju register

    ReplyDelete
  7. thanks beb buat entry ni. aku dah tahu boleh transfer m2u ke asb tp tak reti bagaimana

    ReplyDelete
  8. dayu....thanks sbb ingatkan kami semua..kalu tak maunya habis gaji bulan 8 yg akan pattunya digunakan utk bulan 9 nanti..ada jugak nanti akak ni makan maggi je.....beringat dan berjjimat...raya kan nak sebulan kana....jadi duitnya perlua ada lah if nak seronok2!selamat hari raya dayu dan keluarga...muah! i luv u la dayu sbb ingatkan gaji lps ni 6 minggu lagi!@

    ReplyDelete