03 October 2012

Siapa dia

Bila kita berkahwin, kita berkahwin dengan 3 orang:

1. Dia yang kita sangka
2. Diri dia yang sebenar
3. Siapa dia jadi selepas berkahwin dengan kita.

Dan yang paling penting yang ke-3. Sebab kita tidak akan tahu pada mulanya dan hanya akan tahu apabila hidup bersamanya #TwitterQuote

Iye, selagi belum sah taraf dan layak untuk duduk serumah, tidur sekatil, kongsi tgk tv sama-sama, share bilik air, share dapur, sila jangan yakin dan terlebih konfiden keluarkan statement 'dia lelaki terbaik untuk aku, dia je yang betul-betul paham aku' Sila jangan, takut nanti memakan diri bila statement tu tak tepat langsung rupanya.Walaupun aku bercinta agak lama tempohnya dengan Ekwan, bila dah kahwin baru aku betul-betul kenal perangai dia. Perangai yang macamana tak payah la nak citer kat sini, tak baik mengaibkan suami. Ada yang comel, ada yang .. arghhhh!!! nasib baik suami.

Bila baca statement-statement romantika tahap melampau adik-adik remaja di luar sana yang sedang kemaruk bercinta, teringin gak nak memberi nasihat percuma. Tapi takut tak diterima. Orang bercinta ni lain macam sikit. Sentiasa betul. Adakalanya sukar menerima teguran. Maka, aku diam-diam je. Biar mereka belajar sendiri. Bila tiba amsanya nanti, mereka akan mengerti yang kahwin tu bukan sekadar menghalalkan yang haram. Banyak lagi perkara lain sebalik halal haram ni *aku quote apa Hidd kata*

Tapi bagi yang belum berkahwin tapi ada plan nak kahwin, jangan tangguh-tangguh lagi. Sebab kahwin memang best sebenarnya. TQ

6 comments:

  1. aikk pendeknya entry? xsempat nk mengupas isi secara terperinci dan penerangan panjang2 berjela ke? tak best ah entry simple camni huuuuu

    ReplyDelete
  2. hahahaha..
    yelah, jap aku sambung balik
    kan.. mcm bukan dayu je entry seciput macam ni

    ReplyDelete
  3. sama macam kata² 'orang dah kahwin rambut pendek sebab tiap² hari nak mandi wajib' ... confirm yg cakap tu (tengah kemaruk bercinta & )belum kahwin :p

    ReplyDelete
  4. peringatan juga untuk yg sudah berkahwin...bersederhana saja..tak payah pamer kasih sayang secara berlebihan...hati manusia lain2..berdoa saja pada Tuhan agar bahagia itu kekal selamanya...

    salam perkenalan...Assalammualaikum

    ReplyDelete
  5. nurul dengar pepatah tu smlm kat ikim.fm by prof dr. muhaya...

    betul2 kata tu...beserdana lah dlm pamerkan kasi syg..dn jangan sekali2 citer aib suami...tp risau gak ter'aib'kan cik suami...

    ReplyDelete