27 November 2012

Idaman

Cepatlah bulan 12, achik tak sabar ni. Dah tahap menghitung hari.

Tak sabar sebab, bulan 12 ni dapat duit kutu. Dapat jugak bonus. Alhamdullilah, rezeki. Tapi bonus penjawat awam takde lah meriah macam bonus awak-awak yang kat sektor swasta sana. Tapi jadiklah dari takde langsung. Tapi yang sikit tu amatlah bermakna. Keinginan kan bermacam jenis, bila ada pertambahan walau sedikit kepada sumber kewangan, mulalah otak ligat. Macam-macam list keluar. Mulalah terfikir 'nak itu, nak ini' Kelaurlah macam-macam wishlist.

Sebagai seorang perempuan yang normal, aku ada macam-macam wishlist ni.

Ini salah satu. Untuk melengkapkan proses make over bilik anakanda tercinta. Ni kalau tunjuk kat laki aku ni memang kena jeling ni. Tapi mata aku dah serabut ok memerhati permainan Eisya yang melambak tu. Toys dia perlukan rumah.

Aku jugak menyimpan impian nak mengecat rumah. Tapi Ekwan kata nanti dulu, tak kritikal lagi dia kata. Tapi ni bukan masalah kritikal ke tidak. Dah 2 tahun dah duduk hadap color yang sama. Macam dah bosan. Nak tukar color. Nak try color light purple/violet. Macam berkenan sangat. Tak dapat untuk seluruh rumah, untuk bilik pun jadiklah. Tapi disebabkan leceh nak cat rumah, nak kena susunatur balik barang semua.. Okay, keinginan yang ni boleh kasik tangguh. Kemudian pun takpe.

Aku jugak ingin sangat memiliki alat senam kat rumah. Ini penting supaya aku tak makin lama makin mengembang. Ohhh, yang ini memang akan aku pastikan aku miliki sebelum hujung tahun. Duit kutu, sila datang kepada saya segera. Aku nak cross trainer. Nak!! Weekend ni kalau takde apa-apa, kena gi carik. Punyalah semangat kan, sampat tak boleh tangguh-tangguh. Nak beli treadmill tak mampu, mahal bebenor. Cross trainer pun jadik lah. Ada member aku beli RM700. Boleh lah.. *habis duit kutu aku* 

Semoga dapat badan selim macam pompuan dalam gmbar di aats.

Kalau ikutkan macam-macam lagi aku teringin. Teringin nak shopping kasut untuk Cha, nak beli itu, nak beli ini. Perasaan macam gaji beribu. Bonus berbulan-bulan. Hakikatnya??? Okay, sedar diri. Nak dapat semua sekaligus memang mustahil lah kan. Boleh, tapi lepas tu makan maggi, tak pun makan nasik dengan telur je. Memang lagi afdal kalau aku simpan duit tu. Tapi bila fikir self reward, marilah berbelanja secara berhemah.

*bila laki aku bonus hah??

2 comments:

  1. hahah sama la kita kakitangan kerajaan.La ni duk sibuk wat list nak beli ape..hhhehe

    ReplyDelete
  2. cross trainer? rumah Kak Ya ade sbijik ngeh ngehh..kadang pergi rumah dia aku layan la jugak dlm 20 minit. memang peluh2...best blh dgr mp3 semua..tau2 je dah 20 minit huhu..basikal kt rumah aku tu dah berhabuk hahaha...adik aku yg mmg sedia ade kurus tu je yg layan sekali sekala kohfs

    ReplyDelete