15 August 2013

Raya 2013

Selamat Hari Raya!!

Seronok beraya?? Mestilah seronok. Lagi-lagi dengan Eisya yang dah faham apa itu raya. Terus terasa meriah raya aku tahun ni. Walau Eisya tak beri kerjasama bab nak bergambar raya, tengok dia lari-lari dalam peplum tu buat aku tersenyum. Gembira tengok anak sendiri comel berbaju raya.

Tahun ni macam kebetulan pulak, semua berbaju biru di pagi raya. Tak plan pun. Seperti biasa, kanak-kanak memang susah memberi kerjasama bila disuruh bergambar.


Kali ni kami bertemakan 'Color Block'  Tema adalah ditentukan sepenuhnya oleh aku. Ekwan setuju saja. Alah, kalau tanya dia pun, jawapannya 'ikut awak lah yang' Maka gunakanlah kuasa yang diberikan. Baju raya ni aku dah siap seawal bulan Mac 2013 lagi. Aku memang over. Alah, malas nak tak keruan kalau tiba-tiba baju raya tak siap. Dan tak nak tailor tu kelam kelibut, baju aku jadik entah apa-apa. Baju Ekwan, beli siap sudah. Nasib Ekwan jenis tak banyak soal, aku kata purple, purple lah dia. Samping hijau, dia angguk je. 

Aku dah pikir tema baju raya tahun depan. Laki aku geleng kepala.

*aku sambung kemudian, banyak lak keje nak kena setel naik cuti ni. 

6 comments:

  1. selamat hari raya maaf zahir dan batin dayu......nice color baju raya korang..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. tapi frust xde gmbr full ngan baju ni..smua gmbr duduk

      Delete
  3. ala nak tengok baju :-) slmt hari raya dayu

    ReplyDelete