02 July 2014

Cendawan Goreng Tepung

Rutin suri rumah di bulan Ramadhan ni. Pukul 3pm, bukak peti ais jengah apa yang ada. Pastu mulalah pikir apa nak masak. Dalam fridge aku ni banyak pulak stock sayur. Ingat nak buat sayur campur tapi udang takde, macam tak menariklah pulak. Belek punya belek 'eh, ada cendawan lah'

Terus otak bercahaya 'cendawan goreng tepung lah'

Resipi Cendawan Goreng Tepung.
*tips: lepas basuh cendawan tu silalah perah, bagi keluar air dia. Baru lah rangup cendawan tu nanti
- Basuh cendawan dan keringkan.
- Bancuh tepung goreng kentucky dan tepung beras dengan telur. jangan lupa garam
- Celupkan cendawan dalam bancuhan tepung tu dan masak.

Senang sangat kan buat cendawan goreng ni. Kalau nak buat sotong/udang goreng tepung pun gunakan kaedah yang sama.

sedap makan ratah gitu je, cicah sos..

*tengah pikir apa nak masak jap lg

2 comments:

  1. Sedapnya ni... tine puasa ni semua kita pandang sedapkan...

    ReplyDelete
  2. menu simple yang sedap diratah begitu saje

    ReplyDelete