21 August 2014

Have Fun Chacha!!

Hari ni Eisya ada lawatan ke Tugu Negara dengan Planetarium. Tema bulan ni kat taska 'Jalur Gemilang' Tu cikgu bawak ke Tugu Negara. Alahai, macamana lah anak aku. Hajat hati nak join sama, tapi takde mak bapak lain yang join, macam mengedik lah pulak kalau tiba-tiba aku sorang yang join kan.. macam 'over nya kau ni, trip anak pun nak join sama'

Risau sebenarnya. Tapi percaya je lah kat cikgu-cikgu dia. Lagipun dia dengar sungguh kata cikgu. Dengan ibu abah je terkinja-kinja, susah bebenor nak dengar kata.

duduk dalam barisan. breakfast sebelum bertolak pukul 9am.

Have fun baby!! Baby lah sangat. Baby tua. Mesti berminggu aku kena dengar segala cerita aktiviti dia hari ni. Baguslah, maknanya dia seronok. Pergi dengan kawan-kawan kan, bermanfaatlah gi tempat gitu. Kalau ngan ibu abah, takde pengisian..sekadar amik gambar je lah pun..

Tak sabar lak nak dengar citer dia petang ni.

Budak yang suka bangun pagi-pagi sekarang ni, Pukul 6 dah bangun. Hari ni pagi-pagi dah kena pakai bunga atas kepala. Ibu nak submit gambar untuk contest.

*lupa nak pesan kat cikgu Eisya suruh amik kan gambar

1 comment:

  1. salam kenal...


    biasalah perasaan mak.. anak2 tu sebenarnya tak henget pun dgn kita.. anak2 akak yg dah besar2 ni pun kalau ke mana2 tu ikut trip, hati pun tak senang..

    ReplyDelete