09 October 2014

'Me' time di Labuan.

Bila jadik mak ni, sesekali dapat 'me' time memang sorga sungguh rasanya. Bukan senang nak dapat peluang berbaring-baring, silang kaki sambil pegang remote TV. Bila sesekali merasa, bahagia lah jugak rasa hati. Tapi separuh hati risau jugak kat orang-orang yang ditinggalkan kat rumah. Lagi-lagi si Elma. Walau yakin Ekwan boleh jaga dia, risau tu tetap ada. 


Kali pertama aku out-station selepas naik keje. Beberapa kali mengelak, kali ni memang tak boleh lah nak tepis lagi. Ke Labuan lah aku. Semalaman tinggalkan my triple E. Tapi nak buat macamana, keje kan. Tak kan sesuka hati nak kata tak nak. Maka, turuti je lah perintah. Dalam terpaksa-terpaksa, suka jugak. Lama tak out-station. Lama tak pergi site. Projek ni betul-betul 'baby' aku. Aku in-charge dari awal sampai sekarang dah construction. Tinggalkan sekejap masa cuti bersalin. Time tu pun tengah evaluation kat MOF, so takdelah terabai sangat. Just the right time to incharge semula.

 sebelum boarding marilah kita menegpam dulu. dan tak lupa, marilah ber'selfie..

akak teruja tengok awan, jarang dapat tengok awan mcm ni.

Kat Labuan memang selalunya aku duduk kat Grand Dorsett ni. Ikut boss aku. Saje nak merasa duduk hotel mahal skit. Time out-station je lah pun merasa. Kalau kuar duit sendiri, atas urusan peribadi biasanya memang hotel bawah RM200 lah aku carik. Tapi Grand Dorsett ni pun melebihi kelayakan aku sebenarnya. Tapi boleh lah cover dengan elaun. Nak bilik ada mini bar, ada bath tub..time keje ni lah.


bilik besar-besar, duduk sorang-sorang..memang pembaziran

menikmati 'me' time di sini. 

selfie lagi. Nak buat camne, out station berdua dengan bos, duduk bilik sorang-sorang. maka, amiklah gambar sendiri.

Sampai Labuan tengahari, lepas lunch..terus lepak kat bilik. Waahhh, seronok rasa baring atas katil empuk, bukak aircond full blast, selubung bawah comforter..tido sampai petang. Bangun tidur berendam pulak dalam air panas kat bath tub. Memang nikmat sungguh. Tapi supaya tak rasa bersalah sangat, aku call lah Ekwan yang sedang huru-hara handle anak-anak baru balik dari nursery. Sorry yang...

selfie lagi sebelum keluar meninjau harga coklat. aku memang kenan sungguh cermin ni lah. Kalau lah dapat sebijik kat rumah, memang selalu lah aku selfie. mesti muak semua orang tengok. 

Malam dinner dengan project team. Memang hancuss lah diet aku tiap bulan. Pergi Labuan, seafood memang wajib. Hhmm, tak kan nak tengok je kan. Makan lah puas-puas. Dah lah ada geng kaki makan kan...barulah tak malu-malu nak meratah udang goreng butter tu sampai licin.

Balik bilik, mata memang siap sedia nak terkatup je. Yelah, pagi tadi walaupun ngantuk susah sungguh nak terlena. Sebab cuak terlebih. Yelah, dah lama tak terbang. Pastu tiap malam tengok Air Crash Investigation, memang berdebar-debar lah aku kat dalam plane tu. Dah lah asyik bergegar-gegar langgar awan. Tu yang menguap-nguap pun tak boleh tertidur. Sebelum tidur, rutin biasa bila outstation, call anak-anak. Tapi budak-budak dah tidur, cakap ngan bapak budak je lah. Dah dapat cakap, baru senang nak lena.

Seronok sungguh rasa dapat tidur tanpa gangguan di tengah malam. Tak payah bangun susukan Elma, takde budak kejut suruh teman buang air. Wahhh, berkualiti sungguh tidur malam ku. Bangun pagi pun segar je rasa. Terus rasa sayang nak tinggalkan katil. Tapi mengenangkan meeting pukul 9am, ku gagahkan lah diri bersiap dan turun breakfast.

sawan cermin, maafkan lah dia

walau makan sorang-sorang, rasa macam tuan puteri sebab semua benda waiter tu tolong amik dan hantarkan. bahagianya. berbaloi bayar hotel mahal-mahal.

Sesekali tinggalkan anak dan suami, perlu jugak rasanya. Laki pun kenalah merasa macamana jaga anak kan. Selalu aku yang uruskan budak 2 orang tu. Tapi nampak gayanya, setiap bulan aku akan ke Labuan. Tiap bulan lah rumah aku akan bersepah macam kena langgar puting beliung tiap kali aku balik. Tapi pejam mata je lah, dia dah tolong jaga anak-anak..budak-budak terurus pun dah syukur.

Next week, 2 malam aku ada bengkel kat Kajang. Hhhmm nak berulang aturcara sampai pukul 10 malam. Jadik super daddy lagi lah En Ekwan.

4 comments:

  1. Untung orang keje bagus bagus. Bila aku nak dapat keje cenggini?? Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, rezeki ko akan tiba nanti...
      ada peluang upgrade sijil sedia ada..

      Delete
  2. kurus nya dayuuuuuuuuu!!!!!
    eh baju silang warna maroon tu mana dapat?

    ReplyDelete