24 November 2014

Riadah Budak Zaman Sekarang

*ni tak pasti bila tarikh kejadian. tapi dah agak lama rasanya. 3 minggu lepas mungkin

Kebelakangan ni, iaitu 3-4 bulan ni memang jarang dapat bawak Eisya keluar berjalan-jalan. Masa Ekwan banyak habis kat kedai. Kalau keluar pun sekadar gi shopping groceries, pastu kuar lunch/dinner kat luar. Memang dah lama sangat tak bawak Eisya outing. Try lah carik masa untuk bawak dia menghibur hati. Rancangnya nak bawak dia ke 'real' taman..bagi berlari-lari atas rumput..tapi mengenangkan Elma. Kita indoor outing je lah ye anak-anak.

Dan ke Mainplace, USJ kami tuju. Sebab itu paling dekat dengan rumah. Sunway pyramid pun dekat tapi Mainplace tu macam mall baru, tak pernah masuk lagi. Marilah kita tengok apa yang ada.

Sasaran kami adalah Kizsport & Gym.
Tengok dari luar macam menarik. Macam banyak facilities dia. Tapi banyak yang tak boleh guna. Nak guna kena jadik member. Bayaran masuk, mahal lah bagi aku kalau dibanding dengan facilities yang dia provide. RM38/kid on weekend. Nasib baik Eisya dah tolak pagar dia dan terlepas masuk, kalau tak aku blah je kot. 



Tapi Eisya dia peduli apa. Main tetap main. Tapi nampak dia tak puas, siap tanya lagi 'ibu, yang pusing-pusing tu takde ke?' Nak buat camne nak, tauke dia kedekut. Caj mahal tapi playland entah pape. Memang ibu pangkah lah tempat ni.

pangkah-pangkah pun ibu tetap tersengih beriya 

3 comments:

  1. aku pon sejak beranak dua xbw lg g main indoor playground ni...

    ReplyDelete
  2. Semoga berbahagia di samping keluarga. Jika ingin tahu tentang anak dengan lebih lanjut jemput tambah ilmu dengan link di bawah ni ya.


    kenali anak anda

    ReplyDelete