Wahhh...busynya 2 minggu lepas. Terus terabai. 2 tahun ni, keje kat tempat sekarang ni memang tak merasalah nak hadap blog selalu. Memang takde masa langsung. Takpelah, puas dah dulu dapat duduk kat opis rileks-rileks, sekarang giliran aku merasa nak lunch pun tak sempat. Tapi kalau dah obses *chewaahh* ku carik jugak masa nak mengemaskini blog.
Update sikit pun jadik lah. Asal jangan asyik bila bukak blog, entry lama gak terpampang.
Ni nak citer aktiviti aku ngan Eisya semalam. Seronok rasa cuti di kala orang lain keje. Rasa nikmatnya kalau tiap ari macam ni. Pukul 9 pagi lepak mamak makan roti canai, minum teh tarik dengan anak. Sambil-sambil basuh baju kat self-service laundry. Heaven weh.. Tak dapat tiap hari, seminggu 2 kali pun jadik lah. Dan yang lagi best bab laundry ni. Memang betul-betul buat aku gembira. Rasa senangnya lah jadik perempuan zaman sekarang ni. Banyak sungguh kemudahan tersedia memudahkan urusan rumah tangga.
Kat kawasan rumah aku ada 2 self service laundry ni. Selalu datang memang ada je orang yang guna. Tapi semalam boleh pulak penuh. Semua mesin orang guna. Tunggu lah sekejap. Nak pergi yang lain malas nak start kete semula.
Laundry Bar, USJ 1
Assisstant. Tapi tang masuk coin je lah. Pastu dia lari gi mamak sebelah, bukak tong aiskrim. Amik aiskrim ikut suka. Dia ingat free kot.
Kedai ni bagi aku memang sangat membantu di kala baru balik dari jalan-jalan. Dikala baju kotor dah berlonggok berbukit-bukit, lepas tu kesibukan yang amat sampai takde masa nak membasuh baju. Yelah, mesin basuh aku kecik je. 5kg je. Kalau dah banyak-banyak memang 5,6 round membasuh baru setel semua. Nak membasuh tu tak kesah sangat, tang nak menjemur tu yang leceh. Manalah rumah aku ada ruang nak menyidai baju sekali melambak-lambak gitu.
Maka marilah kita ke Laundry Bar ni. Mesin tukar duit pun ada. Jangan risau. Sedia je duit. Bayaran ikut kilo ye. Mesin 10kg- RM 4.50. Yang 14kg, sekali guna RM 6.00. Sabun, softener semua disediakan. Tapi boleh je kalau nak tambah lagi sendiri punya. Semalam aku guna 3 mesin. 1 mesin 10kg untuk baju Cha ngan Elma. Satu mesin 14kg untuk baju, seluar keje ekwan, baju-baju harian kitaorg. 1 mesin untuk tuala, cadar, sarung bantal semua. Boleh je kalau nak sumbat banyak-banyak, jimat sikit. Tapi risau tak bersih lah pulak. Sekali basuh dalam 15minit.
Yang paling best laundry ni, warmer lah. Terus kering baju. Balik tinggal lipat je. Lepas siap basuh, transfer ke warmer. Kibas-kibas lah baju tu, jangan bagi bergumpal. Tak kering pulak nanti. Sekali guna RM 4.50. Pilih suhu, tekan start. Tunggulah 25minit. Sebab tu Laundry Bar ni selalu penuh. Sebab dia sebelah kedai mamak, sementara tunggu baju siap boleh makan kat mamak.
assistant. tukang menyepah laundry. habi segala bakul dia susun buat train
Bestkan ada servis macam ni. Memang bahagia hidup perempuan-perempuan feeling busy macam aku ni. Tapi janganlah kata pengguna tegar self service laundry ni pemalas. Tak baik okay. Nanti ahkak sentap. Akak cuma manfaatkan kemudahan yang ada. Bolehlah guna masa yang ada untuk layan anak dengan suami. Walaupun nanti ada gak yang kata 'alah, basuh baju bukan susah pun, masuk mesin tinggal' Memang lah, tapi kalau nak melambak. Carilah alternatif, spent masa sejam setel semua.
*alah, bukan selalu pun guna. bila balik berjalan je. dan time-time hujan macam ni, nak tunggu baju kering memang bercinta.
ainul pun guna walaupun dok umah je. hujan je skrg.baju pun susah nk kering
ReplyDeleteHalamak mane nak carik area sini. Menarik oi
ReplyDeleteMacam best je. Area rumah aishah pon ada 2-3 yang dah bukak. Tapi taktau yang warmer tu ada ke tak. Memang masalah nak membasuh baju ni bila kena sidai. Dahlah rumah skang ni guna tempat sidai baju yang hanger2 tu. limited sangat kalau nak basuh cadar ke
ReplyDeletemcm best je. toto besau boleh masuk tak agak2
ReplyDeleteSalam. Hee sungguh memudahkan kemudahan membasuh begitu.
ReplyDeleteMemang best sgt...dah guna sekali terus suka...part warmer tu yg bestnya
ReplyDelete