06 November 2014

Temuduga HLP 2015

Perrghh!! Memang akak cuak tahap maksima bila dapat tahu tarikh akak akan di'interview. Lama dah kot tak melalui proses temuduga ni. Last skali sebelum bersalinkan Elma. Tu pun untuk HLP gak tapi peringkat JKR lah. Anyway, JKR je yang terlebih rajin nak buat tapisan awal sebelum lepaskan pegawai dia pergi interview dengan JPA. Tapi ada bagusnya jugak...boleh lah bersiap sedia dari awal. Amik aura orang kata.

HLP tu apa?? Kalau tanya orang gomen tahulah kot. Untuk yang non-gomen.. HLP atau nama penuh dia Hadiah Latihan Persekutuan adalah salah satu keistimewaan yg diberikan kepada pegawai profesional kerajaan untuk sambung belajar sepenuh masa, bergaji penuh dan diberi biasiswa. Menarik kan..tapi benda yang menarik ni lah yang susah nak dapat dik oiiii... Yelah, ingat sesenang kerajaan nak sediakan taja belajar free. Mesti lah bagi kepada yang benar-benar layak dan mendatangkan manfaat kepada negara. Setakat nak main-main, tak payah. Buat membazir duit negara je.

Aku interview 4 Nov 2014. Seminggu sebelun tu aku dah tak senang duduk.. Aku risau bab pengetahuan am je. Aku ni dah lah memang ignorance bab-bab isu semasa ni. Maka aku amik keputusan nak fokus kat kertas kerja kajian je. Nak sambung belajar kot, bukan nyer nak interview apply jawatan PTD.

Alhamdullilah. Sesi temuduga berjalan lancar dan aku puas hati dengan performance aku.

Dikesempatan ni aku nak kongsikan pengalaman aku menghadapi sesi temuduga HLP peringkat JPA. Manalah tahu boleh dijadikan panduan kepada yang lain. Tips paling penting. Be confident. Yakin dengan segala apa yang keluar dari mulut anda. Defend your statement. Dan perkukuhkan bahasa inggeris anda. Macam dalam kes aku, 70% sesi temuduga aku dalam bahasi inggeris. Memang tonggang langgang grammer aku. Entah pape je aku cakap agaknya. Tapi balun je. Asalkan maksud tu sampai dan panel tu paham. Macamana nak tahu dia paham?? Kalau dia respond tu, maknanya dia paham lah apa yang kita nak cakap sebenarnya.

Datang awal. Biar kita yang melanguk tunggu giliran dari panel panggil tapi kita takde. Datang awal ni ada bagusnya, mcm aku..dari cuak, nervous segala terus jadik boring tunggu giliran nak kena panggil masuk bilik interview. Hah...panel ada 3 orang. Sorang dari JPA, sorang bhgn teknikal dan sorang lecturer. Dan setiap sesi, dia interview 2 candidates terus. 1 sesi 45 minit. 

Antara soalan yang dituju adalah:
1. Can u please tell me about yourself - ni panel JPA tanya, dia tanya english kenalah jawab english.
2. Kenapa anda pilih untuk buat master dalam highway? Dan kenapa fokuskan kepada road safety?
3. Apa perancangan anda selepas kajian ini selesai? How does it benefit to JKR?
4. How you going to measure the efficiency of the motorcycle lane?? 

Anyway, aku pilih untuk buat master secara coursework dalam bidang Highway and Transportation Engineering. Dan kertas kajian aku adalah berkaitan kajian keberkesanan lorong motorsikal. 5 tahun kat JKR ni aku dok bergelumang pasal jalan, itu je lah yang aku tahu. Kalau tetiba suruh aku buat anything pasal geotek, bangunan ke..memang tercengang lah aku bab teknikal.

Hah..siap sedialah jugak dengan soalan-soalan berunsur provokasi. Ni semua orang JPA punya keje. 
1. 'awak ada anak kecik kan? boleh ke ni nak belajar ni..anak tak kacau ke nanti?'
2. 'kenapa pilih UPM, kenapa tak UKM, UM ke? UiTM ke?'
3. 'tau kan passing mark untuk master B..boleh ke? post graduate tak sama tau dengan undergrade'

Tapi selagi takde soalan-soalan berunsur fakta, pepandailah gubah ayat dan jawapanlah dengan penuh keyakinan. Aku ni pun belum tentu apa nasibnya. Keputusan lambat lagi. Aku tak letak harapan yang tinggi. Ramai kot yang apply. Tapi berharap sangat aku permohonan aku berjaya. Nak jugak merasa jadik student semula, harap-harap otak aku masih belum berkarat.

Yang penting, nak bergambar pakai jubah graduation dengan anak-anak dan suami. Eh kau dayu, belum pape dah pikir konvo.

5 comments:

  1. alhamdulillah dh settle...yg lecturer tu, Ir Zulakmal ke? kalau dia, skang dia lecturer husband sy kt UPM...org JKR gk...part time lecturer...mmg power dlm highway...

    ReplyDelete
  2. Bila dah lama tak interview mesti cuak...tapi ko mesti hebatnya....tahniah babe

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..sy pun berjaya dipanggil interview HLP ni 6 Nov semlm..sy pilih master research..kena buat pembentangan proposal dpn panel, pulak tu individu..mmg 95% panel tanya pasal proposal kajian..5% lagi pasal pengetahuan am..tapi part menggoreng tu mmg confirm...hahaha..semoga kita berjaya dpt HLP ni..sama2 kita doa ye..sama2 boleh pakai jubah konvo (ewah!! berangan)..inshaAllah..amin

    ReplyDelete
  4. berangan itu FREE
    hahhahaaa
    Good Luck babe

    ReplyDelete
  5. Hye dayu.. Mesti dah tak ingat kot.. Dulu rajin baca post dayu.. Sekali lama dah tak berblogging. Blog Lama pun dah terkubur.. Ni baru start rajin balik.. Sekali terjumpa blog dayu. Dua dah ye baby dayu.. Dulu zaman baca tu u tgh preggy baby 1st.. Nway tahniah dear :)

    ReplyDelete