25 November 2015

Review HandeeHelp

Wow!! Hecticnya November aku. Rasa padat sangat. Tiap minggu uruskan hal perpindahan rumah. Sampai ke sudah tak setel jugak. Yang paling aku tak sangka, lori 5 tan boleh tak muat nak angkut semua barang-barang dalam rumah sediada aku ni. Perrghh, punyalah byk kan aku mengumpul barang dalam rumah kecik ni. Huhuhu.. Ni baru 5 tahun ni, anak baru 2. Ada menimbun lagi yang masih tersadai kat USJ tu. Dan kami masih menginap di USJ sementara ni. Anak-anak masih perlu ke sekolah di USJ. Maka, berkelanalah kami di USJ seminggu ni. 

Start Disember, kami akan jadik penghuni kuarters sepenuhnya. 

Eh pasal servis part time cleaner from Handeehelp. Lambat pulak aku nak produce entry review dia kan. Akak kepenatan. Bila weekdays rasa tak larat je nak mengadap blog. Serabut pikir urusan nak bercuti hujung bulan ni. Bila banyak sangat pikir, ginilah jadiknya. Paling sadis, pikir je banyak, benda yang setelnya satu pun takde. 

Review Servis Handeehelp.
Secara keseluruhannya, aku puas hati. Cleaner datang on time, keje pun bolehlah. Dia siapkan lah semua yang bagi dalam masa yang ditetapkan. Cuma bagi aku, sebenarnya dia boleh siapkan semua tu lagi awal. Tapi sebab aku dah booking dia 5 jam, dan aku dah nyatakan siap-siap keje yang aku nak dia buat.. Dia macam buat sambil rileks-rileks, nak pastikan keje dia siap dalam 5 jam. Yelah, kang siap awal, aku suruh buat keje lain pulak kang. Keje yang aku senaraikan adalah:-
- cuci 8 bijik kipas
- mop 5 bilik
- mop ruang tamu
- cuci 3 toilet
- cuci tingkat 5 bilik dan tingkap hall

Tapi Ekwan kata rate yang Handeehelp caj adalah mahal. RM20/sejam. Dia kata kalau kita panggil akak cleaner kat bawah ni, RM100 tu dia cuci satu rumah kot. Hhmm, yelah kot. Next month boleh try servis akak cleaner yang BPH hire ni. Kalau berbaloi, jawapannya memang tiap bulan lah aku upah orang cuci rumah ni. Nak buat sendiri memang tak larat aku rasa, dengan budak 2 ketul tu. Keje boleh siap 2 jam, jadik 4 jam.

So, adakah aku recommend korang gunakan servis Handeehelp ni?

Kalau takde servis cleaner biasa yang korang boleh dapatkan, boleh lah guna Handeehelp ni. Kalau kat kawasan rumah korang tu memang ada akak/makcik cleaner baik approach derang je dulu. Kalau rasa upah derang lagi berbaloi. Tak perlulah hire Handeehelp. Tapi kalau korang memang niat nak membantu budak-budak remaja ni carik pendapatan di hujung minggu, membantu perkembangan ekonomi mikro,. Sangat digalakkan. 

No comments:

Post a Comment