26 February 2016

I'm 33

Wow.. I'm getting older!!

But it's okay. Nombor je pun semua tu. Apa masalahnya pun kalau umur bertambah. Umur bertambah, anak makin besar. Maknanya tak lama lagi hutang personal loan abis bayar. Hahaha.. Tu lah, dulu joli sakan dengan kad kredit. Padan muka. Rasakan.. Eh, melalut jauh sangat ko ni Dayu. Biaslah Dayu, mudah hilang fokus bila updating blog. Dia memang sukar tersasar jauh dari topik asal. Tak kenal lagi ke perangai dia. 

Birthday jatuh hujung minggu. Seronok sebab ada peluang nak celebrate dengan anak dan suami. Alah, tak sambut mana pun. Cukuplah sekadar suap-suap makan kek, Eisya nanyikan lagu birthday. Cium anak-beranak. Tu semua lebih dari cukup. Takde special lunch treat pun akak okay. Tapi rasa macam nak claim gak lah. Makan steamboat kat Johnny's menarik ni. Hahaha.. Makan je dah cukup membahagiakan aku, Dan buat masa sekarang ni, belanja aku kain pun adalah lebih mengembirakan berbanding belikan aku handbag baru. Ekwan patut manfaatkan keadaan aku yang sedang kemaruk di tahap kritikal terhadap kain ni. 

Kritikal sebab bila dia tanya nak hadiah apa, dengan yakin aku jawab 'Belanja kain kat Spotlight je lah yang' Hah, kau rasa kritikal ke tidak?

Aku kongsi tarikh birthday dengan anak sedara. Tak pernah lagi berpeluang nak potong kek sama-sama. Dan kebetulan tahun ni birthday kami jatuh hari Sabtu. Dapat lah berkumpul ramai-ramai celebrate sama-sama. Wow!! Bestnya. Eisya dapat jumpa, main dengan sepupu. Mesti seronok budak tu. 

Thanks Angah for the cake. Lilin ada 3 btg, sesuai Sgt dgn umur 33 thn akak.

Maafkan lah akak yang teruja lebih sampai terkepit-kepit Elma tu. 

Semoga dengan pertambahan umur ni, kesihatan juga dapat dikekalkan. Terus dimurahkan rezeki, terus dikurniakan kebahagiaan seisi keluarga.. Doakan yang baik-baik sahaja. InsyaAllah..

2 comments: