17 February 2016

#SewnByDayu: Square Pleated Tunic

Cheewaahhh!! Siap hashtag bagai kau ye Dayu. Ini semua poyo. Tapi aku kan tengah kemaruk, maka perkara seperti ini adalah harus. Lagipun senang lah nanti dikemudian hari nak carik balik hasil jahiatan sendiri. Mana tahu nanti-nanti semangat hampir terkubur, boleh lah belek-belek balik Instagram, Facebook tengok semula product yang dah terhasil. Buat semangat kembali berkobar.

So, here the latest final product yang terhasil. Sehelai dress untuk Eisya.

Nama dia, mengikut nama asal yang diberi oleh pereka baju ni iaitu ShwinAndShwin adalah Square Pleated Tunic. Seriously, aku memang gemar sungguh top jenis tunic ni. Teringin nak sehelai untuk diri sendiri tapi tak jumpa lagi pattern untuk adult size yang free. Yang kena beli melambak lah. Tapi pattern kid size banyak je. Tengok lah nanti, kalau rajin dan ada masa aku grading kan lah pattern asal tu. Berinci-inci nak kena tambah tu.

Adoiii, tak boleh jadik model anak aku ni. Susah bebenor nak amik gambar molek-molek sikit. asyiklah nak buat gaya yang bukan-bukan.

Seronok sungguh aku bila baju ni siap. 2 malam aku berjaga nak siapkan baju ni. Yelah, aku mula menjahit bila 2 ketul tu dah tidur. Budak 2 orang tu bukan reti tidur awal. lagi-lagi dia tahu esok cuti. Selalunya pukul 11pm baru dapat pegang mesin. Lagipun bahagian skirt baju ni memerlukan skill baru. 1st time ni try buat pleted skirt.. Nak lipat-lipat kain tu, nak adjust kedudukan pleated tu, size lipatan.. Berkali-kali gak lah cabut cucuk peniti.. 

Tapi bila dah siap tu. perrghh dia punya puas hati. Tak boleh nak kata lah, rasa nak je kejut Eisya bangun suruh test baju tu sekarang gak.

2 ketul ni bangun je, terus suruh gi mandi. Pastu aku hulur baju suruh try, Nasib mood derang baik pagi tu. Excited lagi tengok masing-masing dapat baju baru. Pakai sekejap je pastu suruh bukak semula. Sebab nak basuh, petang ni nak pakai semula.. Tak menyabar kan mak dia.
*maafkan gambar mereka di dalam kotak tu,. tu 'rumah kotak' Eisya. skrg ni lagilah, macam-macam ada dalam tu, siap tilam, meja makan smua ada dalam tu

Petang tu pergi rumah abang ipar kat Denai Alam. Gi amik barang sikit, pastu kuar gi dinner. Seronoklah Eisya sepupu dah dekat. Bolehlah jumpa selalu, 

Bukan main lagi dia posing. Pandai pulak.. .Kalau tak keras kejung je, tak pun pose entah pape. Elma pun takjub tengok aksi kakak-kakak. Budak ada kawan kan, keluarlah perangai galak dia. 

Mak dengan anak-anak.

Design asal baju ni adalah top bukan dress. Tapi aku sengaja labuhkan biar jadik dress trus. But next trial boleh cuba ikut design asal, tak pun jadik kan long dress terus. 

Seronoklah menjahit ni. Jimat tu tak payah kata lah, memang jimat sungguh. Kain bercorak tu RM8.90/meter. Yang polkadot peach tu English Cotton RM16.90/meter. Total harga kain RM25.80. Dengan kain 2meter aku boleh dapat baju budak 2 helai. Tak ke mengembirakan sungguh tu. English cotton tu siap berbaki banyak lagi. Simpan untuk next project.

*aku sekarang tengah kemaruk beli kain, jangan lah bagi aku masuk Kamdar. sure aku akan keluar dengan beg plastik. kalau semeter je kain aku bawak kuar ok lagi. tapi potensi hanya beli 1m kain amatlah rendah. sebab semua macam best macam cantik... tu belum yang ushar online pulak.. adeihhh,, kemaruk sangat dah ni

1 comment:

  1. sukanyaa baju matching2 adik kakak.. bestnyaa.. siap hashtag maksudnyaa boleh amek order nii.. hehehe 2 hari untuk siapkan baju start dr 11 pm adalah menakjubkan..

    ReplyDelete