07 March 2016

Mesin Jahit

Baru sebulan lebih pakai mesin Global tu aku dah berniat nak upgrade mesin. Bukanlah mesin tu rosak ke apa, tapi demi memuaskan hati. Masa beli mesin Global tu, ada gak terfikir nak beli yang elok terus. Tapi haruslah mahal. Aku pulak time tu baru nak belajar menjahit. Sebelum ni tak pernah langsung pegang mesin, nak beli yang mahal-mahal risau akhirnya terperuk je mesin tu. Tapi kalau fikir-fikir tak rugi apa kot. Kalau jual second hand pun mesin jahit still ada value. Lagi-lagi kalau brand Brother atau Singer. So, kalau korang tengah survey dan bercadang nak beli mesin jahit, beli je yang elok terus.

Nak yang elok harus lah mahal sikit harganya. Sesuai dengan fungsi dan kualiti.

Antara Singer dengan Brother, tak tahu nak beli yang mana. Kalau tanya member-member, ramai yang pakai Brother. Singer pun ada. Tapi 2 ni memang manufacture yang boleh dipercayai lah bab mesin jahit. Spare part pun senang lah nak dapat kat Malaysia ni. Harga pun lebih kurang je. Setelah survey sana sini, refer Google, refer YouTube.. Baca review itu, ini... Sesuaikan dengan bajet yang ada, dengan function yang aku perlukan.. Aku pilih Brother GS2700. Walau niat hati, ikutkan nafsu nak je rembat NV55 terus. Tapi GS2700 pun memenuhi keperluan dah..

My new Baby. Brother GS700.

Aku beli kat Karysma Store, Shah Alam. Puas dah survey sana-sini. Compare kan harga, Nak dapatkan yang paling murah. Antara yang aku survey adalah kat LSN dan Krafeze. Dan ternyata Karysma Store punya paling murah. Takde GST pulak tu. Dan kalau bayar pakai kad kredit, dia caj 2% je. Pakej asal pun, memang dia yang palinh murah. Aku beli mesin sahaja, tak amik pakej. 

Berapa aku beli?

RM790 harga mesin sahaja. Masuk 2% kar kredit jadik RM805.80. Beli benda mahal memang aku suka pakai kad kredit. Kumpul point katanya. Kalau amik pakej, dapat 32 set tapak dan 80pcs benang. Tapi tapak-tapak dalam set tu macam tak kan diguna pun. Maka, aku amik mesin je lah. Harga pakej GS2700 kat Karysma RM950. Aku tak pasti kat Karysma ada installment ke tidak tapi kalau kat LSN ada. Tapi aku memang dah menabung 3 bulan nak beli mesin ni. Beli cash lah terus. Ekwan pun tak bagi aku beli hutang. Kira seminggu dah lah aku pakai mesin ni. Memang puas hati lah. Paling aku suka, bab nak tukar tapak tu. Memang mudah sungguh. Seronok. Senang urusan aku.

Makin kemaruklah aku menjahit. Dah 3,4 helai gak lah product terhasil dari GS2700 ni. Global GSM55 aku yang dah banyak berjasa tu mak aku dah booking.

3 comments:

  1. yg penting berbaloi2.. hehhe skang nk ngadap blog pn malas.. hahha

    ReplyDelete
  2. hahhaha...ada gunanya kan mesin jahit ni...mcm2 projek nk buat...cam aku ni mesin kejap duk kpng kejap bwk KL...aku pun rasanya nk upgrade mesin2 jahit aku...lama dah ngidam NV55 dan mesin kelim halus brother...kena start survey Karysma Store nih...sblm ni tgk kat LSN rasa dah murah dah..

    ReplyDelete
  3. kak yuu.. buat laa review global gsm55 kak yu tuu.. tipss beli mesin jahit untuk beginner jugak.. kalau baik hati sertakan laa link tutorial yang mudah2.. hehehe

    ReplyDelete