16 March 2016

Tukang Jahit Separa Masa

Lama jugak tak berupdate blog aku ni. Hhmmm, akak busy ngadap kain je. Tapi yelah, rezeki semua tu. Aku jugak yang yakin bebenor nak bukak order kan. Sekali bila order masuk, hah... Hampir tak cukup tangan nak menjahit. Biar pun semua kata ' Don't rush Dayu, take your time.. Tak urgent pun' Tapi akak ni tak boleh lah.. Rasa tak tenang selagi tak siap skirt-skirt tu. Sanggup akak berjaga malam tau. Demi kepuasan hati sendiri. Bila dah siap baru akak boleh tersengih riang.

Akak ni beginner je. Ilmu menjahit pun zero, belajar tak bercikgu. Manfaatkan segala tutorial yang ada di alam maya. Kira saje berani mencuba. Ahamdullilah, cuba-cuba menjadi. Sesambil akak nak mengukuhkan skill, open lah order kat kawan-kawan. Tak kan nak jahit untuk Eisya ngan Elma je. Melambak lak skirt ngan dress 2 ketul tu. Baju sedia ada pun nak menimbun. Tunggu aku nak sorting buat pre-loved je. Baju Elma lagi lah.. Banyak yang sempat pakai sekali dua je. Dah tak muat. Sayang... Nak simpan, hhmm.. Next anak laki kot.. Hahaha, confident kau Dayu.

Sebab tu aku dengan yakin dan berani nyer membuka order kepada yang berminat.

Alhamdullilah, ramai pulak yang teringin nak tempah skirt jahitan akak untuk anak dara masing-masing. InsyaAllah, akak usahakan yang terbaik untuk semua.


Sesungguhnya, aku tak reti sebenarnya nak letak-letak harga ni. Rasa macam mahal sangat, kurangkan rasa macam 'eh, ni balik modal harga kain je ni, tak kan takde upah aku jahit' Tak reti sungguh, tanya-tanya member.. Last-last aku decide amik upah jahit RM10 je untuk sehelai skirt. Kalau guna kain aku, aku amik RM25 je. Saiz Infant sampai 2 tahun, RM20 sudah. Aku letak diri aku kat tempat orang yang nak membeli tu, berapa aku sanggup bayar kan.. Dan rasanya, reasonable dah harga tu.. Ke camne? Alah, bukan nak untung sangat lah, sesambil isi masa buat benda yang kita suka..

Asyik menjahit skirt anak orang, Eisya dah berkali-kali tanya ' Ibu, baju pony Chacha bila nak siap?' Huhuhu.. Ibu tak decide lagi lah nak buat design apa Eisya. Sabar eh.. 

*bolehlah update resume, skrg ada jawatan baru: tukang jahit separa masa katanya

3 comments:

  1. xper dayu...nanti makin pandai...nampak gayanya ko kena beli mesim kelim dayu...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. keep it up!

    ReplyDelete
  3. Assalam,nak tnya ada amek upah jahit serban x ? untuk sehelai ? jenis jahitan sulam

    ReplyDelete