Dan kini rutin mengunjungi klinik seminggu sekali pun bermula. Ohh, hari ni dah 38 weeks. ye, dah 38 minggu, tapi anak aku masih selesa duduk dalam perut mak dia. Walau tiap hari mak bapak dia ni tanya 'bila E**** nak kuar ni??' Dia dok rileks je bertango kat dalam tu. Takpe..takpe, rahim mak dia selesa yang amat kot. Tu yang syiok sgt dia dok dalam sana.
EDD adalah pada 14.4 2010..
Doktor kata minggu lepas 'kita bagi another 7 days, kalau dia tak nak kuar jugak.. kita kasik dia kuar' Doktor tu mmg cool je. Sengih-sengih je dia cakap. Aku yang dengar pun pura-pura cool. Dalam hati 'ohhh...tidak, tak mahu kena belah'
Tapi tadi nurse tu kata kepala baby dah turun ke bawah, maksudnya?? baby dah engaged la eh? Maka?? Aku kena siap sedia je ke??