04 April 2012

achik geram

Pengalaman petang semalam betul-betul buat aku kecewa. Frust sungguh dengan pengurusan data/maklumat agensi-agensi kerajaan ni. Biarpun aku sendiri salah seorang penjawat awam, terus -terang aku sendiri rasa nak marah je dengan cara jabatan-jabatan ni uruskan data. Geram. Buat penat orang je. Ingat semua orang ada masa ke nak ulang-alik gi pejabat kerajaan yang sentiasa sesak ni. Aku semalam pun korban cuti tau.. Beriya aku isi borang 4 jam tu, tapi sampai 6 jam aku kuar. Kena gak bukak HRMIS apply cuti.

Semua urusan aku tergendala sebab aku tak bawak SURAT BERANAK Eisya. Bila sampai kaunter, dengan tak pandang muka aku, dia jawab 'lampirkan surat beranak dan salinan sekali' Aku tanya semula 'MyKid tak boleh ke?' Dan aku diberi jawapan sekali lagi 'kalau takde, boleh print kat sebelah' Aku tanya lagi untuk penjelasan lebih jelas 'sebelah?' Kali ni dia pandang muka aku, yeay!!! Nasib baik dia bagi penjelasan yang memuaskan hati, kalau tak memang merasa lah sindiran sinis. Achik dah la letih, parking takde. Jalan jauh-jauh tengah panas, jangan lah sengaja tambah panas hati achik.

Bila pergi ke 'sebelah' bagai diarah. Sekali lagi aku rasa nak mengamuk tapi berusaha hingga berjaya kawal diri. Tolong lah.. Tolong lah. Aku minta print kan surat beranak anak aku. Tak sampai 5 minit kot. Tapi aku kena tunggu 3 jam. OMG!! OMG!! Tapi nasib baik adik yang jaga kaunter tu soft spoken, murah senyuman. Aku tak jadik lah nak bertanya lebih lanjut dalam nada yang menyakitkan hati orang yang mendengarnya. Dia beri sebab-sebab kenapa aku kena tunggu sehingga jam 2 petang walaupun waktu tu baru pukul 11. Walau aku rasa macam tak nak terima sebab/alasan yang dia bagi, tapi sebab dia berlembut kata aku terima je lah.

Sementara tunggu jam 2 petang, aku bergerak ke satu lagi jabatan. Sekali lagi urusan aku tergendala sebab aku tak bawak SURAT BERANAK Eisya. Kali ni memang aku hangin 'Semua nak surat beranak, pastu apa guna MyKid' Pastu dia jawab 'MyKid kan bukan My Anak' Eh kau, buat lawak ye. Tak sesuai!!

Serius!! Apa guna MyKid kalau segala urusan budak kecik ni masih memerlukan surat beranak yang size dia besar mengalahkan A4 tu? *ke size A4 hah??* Ingat senang nak bawak ke hulur hilir, kalau kertas A4 biasa takpe lah. Selamba badak aku lipat kecik-kecik masuk poket. Buat membazir je duit kerajaan buat MyKid. Tapi sudahnya duduk diam-diam dalam purse/wallet mak bapak. Errrgghhh!! Geram tau. Rasa nak je aku email komplen kat JPN. Kerajaan yang kuarkan MyKid tapi nak berurusan kat jabatan kerajaan tak boleh guna. Bengong.

Yang terima mana?? Bank, klinik, company insuran.. yang private, yang kerajaan semua nak surat beranak. Nasib baik hospital ngan klinik kerajaan tak mengedik nak surat beranak jugak.

Lagi 1.. Kalau dah memang kerja kau jaga kaunter. Boleh tak tolong berhemah lebih sikit. Banyak kali kot pergi kurus pengurusan kaunter. Tak paham-paham lagi ke? Memang tak semua buat peranagi buruk gini, tapi biasalah, sebab sorang dua habis smeua kena ngata.

*kepada kawan-kawan yang punya deskripsi tugas di kaunter. achik tau korang tak buat perangai seperti di atas kan. kalau tak pernah buat lagi jangan buat tau, tak baik. nanti tak pasal-pasal ada orang meroyan buat entry pasal korang kat blog dia. kalau dia buat entry je takpe, kang dia tempek gambar sekali kang.. tak ke naya. google ni bukan boleh kira...

03 April 2012

Aglio Olio Spaghetti

Peerghhh!! Memang sedap lah. Lepas ni bolognise memang jatuh no 3 lah.. Dah lah mudah sungguh nak disediakan.. Ada masukkan Aglio Olio Spaghetti ni dalam menu masa birthday Cha ni kang. Kos lebih kurang je. Tapi sangat mudah.. Hhmm, akan dipertimbangkan.

Aku tergoda ngan Aglio Olio yang Fad tayang kat blog dia. Dah lah tengah lapar petang-petang kan, terus aku tengok resipi. Okay, semua bahan ada. Ke dapur terus. Tapi minyak zaitun tiada. Memang tak pernah wujud kat dapur aku minyak zaitun ni. Daun sup pun takde. Tapi aku google image Aglio Olio ni banyak gak resipi yang tak tabur daun sup. Okay.. Proceed. Aku gantikan aje warna hijau dalam spaghetti ni dengan warna merah.

Rupa ada *iye ke dayu?* rasa pun sedap.

Ni resipi Chicken/Beef Aglio Olia Spaghetti versi aku.


Bahan-bahan:
  • 1/2 bungkus spaghetti
  • 4 ulas bawang putih -hiris halus
  • 1/2 bawang besar - potong dadu
  • 3 tangkai cili kering - dipotong serong
  • lada hitam kasar
  • Minyak kelapa sawit - dapur achik takde minyak zaitun
  • oregano - takde pun takpe
  • Chicken/Beef loaf -aku guna brand Ayamas.

Cara nak membuatnya - sangat mudah ye

  1. Rebus spaghetti hingga lembut dengan sedikit garam. Toskan
  2. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Kemudian masukkan chicken/beef loaf. 
  3. Dah naik bau, masukkan la spaghetti. Masukkan sekali cili kering. Gaul bagi rata
  4. Masukkan pulak lada hitam kasar dan oregano. Siap!!

silalah cuba Aglio Olio ni. Simple. Mudah dan lazat.

*habis stok chicken loaf untuk sandwich cha aku kerjakan.