Semua urusan aku tergendala sebab aku tak bawak SURAT BERANAK Eisya. Bila sampai kaunter, dengan tak pandang muka aku, dia jawab 'lampirkan surat beranak dan salinan sekali' Aku tanya semula 'MyKid tak boleh ke?' Dan aku diberi jawapan sekali lagi 'kalau takde, boleh print kat sebelah' Aku tanya lagi untuk penjelasan lebih jelas 'sebelah?' Kali ni dia pandang muka aku, yeay!!! Nasib baik dia bagi penjelasan yang memuaskan hati, kalau tak memang merasa lah sindiran sinis. Achik dah la letih, parking takde. Jalan jauh-jauh tengah panas, jangan lah sengaja tambah panas hati achik.
Bila pergi ke 'sebelah' bagai diarah. Sekali lagi aku rasa nak mengamuk tapi berusaha hingga berjaya kawal diri. Tolong lah.. Tolong lah. Aku minta print kan surat beranak anak aku. Tak sampai 5 minit kot. Tapi aku kena tunggu 3 jam. OMG!! OMG!! Tapi nasib baik adik yang jaga kaunter tu soft spoken, murah senyuman. Aku tak jadik lah nak bertanya lebih lanjut dalam nada yang menyakitkan hati orang yang mendengarnya. Dia beri sebab-sebab kenapa aku kena tunggu sehingga jam 2 petang walaupun waktu tu baru pukul 11. Walau aku rasa macam tak nak terima sebab/alasan yang dia bagi, tapi sebab dia berlembut kata aku terima je lah.
Sementara tunggu jam 2 petang, aku bergerak ke satu lagi jabatan. Sekali lagi urusan aku tergendala sebab aku tak bawak SURAT BERANAK Eisya. Kali ni memang aku hangin 'Semua nak surat beranak, pastu apa guna MyKid' Pastu dia jawab 'MyKid kan bukan My Anak' Eh kau, buat lawak ye. Tak sesuai!!
Serius!! Apa guna MyKid kalau segala urusan budak kecik ni masih memerlukan surat beranak yang size dia besar mengalahkan A4 tu? *ke size A4 hah??* Ingat senang nak bawak ke hulur hilir, kalau kertas A4 biasa takpe lah. Selamba badak aku lipat kecik-kecik masuk poket. Buat membazir je duit kerajaan buat MyKid. Tapi sudahnya duduk diam-diam dalam purse/wallet mak bapak. Errrgghhh!! Geram tau. Rasa nak je aku email komplen kat JPN. Kerajaan yang kuarkan MyKid tapi nak berurusan kat jabatan kerajaan tak boleh guna. Bengong.
Yang terima mana?? Bank, klinik, company insuran.. yang private, yang kerajaan semua nak surat beranak. Nasib baik hospital ngan klinik kerajaan tak mengedik nak surat beranak jugak.
Lagi 1.. Kalau dah memang kerja kau jaga kaunter. Boleh tak tolong berhemah lebih sikit. Banyak kali kot pergi kurus pengurusan kaunter. Tak paham-paham lagi ke? Memang tak semua buat peranagi buruk gini, tapi biasalah, sebab sorang dua habis smeua kena ngata.
*kepada kawan-kawan yang punya deskripsi tugas di kaunter. achik tau korang tak buat perangai seperti di atas kan. kalau tak pernah buat lagi jangan buat tau, tak baik. nanti tak pasal-pasal ada orang meroyan buat entry pasal korang kat blog dia. kalau dia buat entry je takpe, kang dia tempek gambar sekali kang.. tak ke naya. google ni bukan boleh kira...

Waaa hangin jgk baca... sy pnh nmpak dpn mata, org kaunter kt pos office ckp kasar giler dgn seorg makcik tua... rasa cam nk g maki blk org kt kaunter tuh... rasa besar sgt kot diaorg kt kaunter tuh... ckp bajet bgs! xreti hormat org... semalam sy kena kt kaunter klinik... cenggitu jgk la perangainya... haihhhh....
ReplyDeletehihihi angin angin..
ReplyDeleteelly jaga kaunter gak dayu.. tapi elly pekerja kaunter yang berhemah mcm perenggan yg last tu..hihihihi
aku rasa bak pun ada yg nak surat berana contoh kalau nak bukak akaun ASD anak bukan dia nak tgk my kid tp nak surat beranak. apasal eh? aku pun pelik
ReplyDeletemcm tu la govment...betull la..ape guna mykids kan kalo nak surat beranak...sbb tu la sy mmg dah letak siap2 dalam beg balik kg...kalo balik kg tiba2 nak guna surat beranak kn naya nak balik umah jarak sampai 4 5 jam naik kete...kalo kat kl ok lg la...bole balik amek...
ReplyDeleteMmg aku pngkah gov nye service.x kira la klnik ke,spital ke,kwsp ke,pjbt pos ke..rata2 mmg mcm sial!sori to say..sbb xpernah dpt yg baik ikhlas setakat ni
ReplyDeleteaku baca entry ni macam aku plak yang dok tempat ko..
ReplyDeletesabo2 Dayu, hujung bulan ni kan ehem ehem..=p
wahhh hangin jugak aku ni... aku pun ada sekali sekala kena jaga kaunter... ko buat je report wei...
ReplyDeleteeh! hangin jugak lah mmbacanya. geram! 'my Anak' tu yg xtahan..
ReplyDeletecewahh!! mulut!
baru ku tahu urusan gomen sume nk surat beranak.
moh cr kt rumah sekarang! hahah! lupa suda mana den letak. ;p