26 April 2012

Pre-Celebration

Tadi malam tidur pukul 1 pagi. Agenda menjadi burung hantu, berjaga sampai tengah malam bermula dah. Kira semalam, episod pengenalan lah. Serasikan diri dengan dapur di waktu malam. Tadi malam aku membakar 150pcs muffin. Untuk dijadikan 'favor gift' kepada kawan-kawan, abang dan kakak Eisya di nursery. Kena buat 70 pcs ye. Maka, aku letak je lah 2 biji muffin setiap 1 pek. Niat hati nak letak 3 biji, tapi tak larat la pulak nak membakar sampai 200 biji.

2 biji cukuplah eh.. achik buat penuh muffin cup tu.

Proses membungkus.

Tagging tak dilupakan. Menjadi dayu, itu adalah kemestian.

Tahun lepas aku buat apam polkadot, amik kau puul 4 pagi baru tidur. Nasib baik muffin ni mudah sikit kejenya. Campur-campur bahan, isi dalam cup, bakar. Sejukkan sikit, terus masukkan dalam plastik bag. Terima kasih kepada En Ekwan sebab sudi membantu. Tapi pakcik tu kata 'tahun depan kita gi je Tesco, beli mamee ngan choki-choki, tak payah sakit-sakit pinggang macam ni' Elehh, macam dia yang membancuh, membakar.. Achik yang sakit pinggang, dia lak yang dah tak larat.

Niat dia baik kot, tak nak menyusahkan wife dia ni. Tapi nak buat macam mana, bini awak ni lebih suka nak buat sendiri semua. Alah, dia kata je sakit pinggang segala, tapi ok je sebenarnya.

DONE!!

Pagi ni masa hantar Eisya ke nursery, ada jugak 2,3 parent lain yang sama-sama menjinjing beg plastik besar berisi favor gift untuk anak-anak kat 'school' Rasa macam petang ni nak turun awal lah, nak sama-sama nyanyi lagu birthday untuk Cha.

*alah, lupa bawak kan dress untuk Cha. hahaha, ada potong kek pakai baju tidur petang kang

6 comments:

  1. Untuk anak..sanggup kan dayu..xkisah la brp pg pun tido..tp utk kepuasan diri sendiri gak kn..

    tagging picca cha cantik lor..buat sendiri k dayu?

    ReplyDelete
  2. bagus la buat sendiri
    blom ade kekuatan nk buat sume ni sendiri
    untung2 anak ko

    ReplyDelete
  3. betul..betul
    demi anak apa tak sanggup
    lagi-lagi buat benda yang kita suka, mmg tak menjadi masalah langsung

    tagging tu aku buat sendiri (:

    ReplyDelete
  4. haha. ayat ekwan lebih kurang sama macam ayat naza. tp dlm pada tu tetap juga nolong :)

    ReplyDelete
  5. bertuah ur lil gal dapat mama rajin mcm u, hehe

    ReplyDelete
  6. gigih kamu ni dayu. I salute u

    ReplyDelete