Alhamdullilah. Terus dimurahkan rezeki. Ada lagi yang sudi menempah Cream Puff hasil air tangan aku untuk majlis mereka. Terima kasih kepada
Rinie dan Faizal. Berbesar hati sungguh aku sebab mereka percaya untuk aku sediakan sajian untuk jemputan derang. Walaupun risau tak berdaya nak buat sebab baru balik dari team building, demi kepercayaan dan janji. Aku buat sehabis baik.
Dan ini hasilnya. Biar terpaksa tidur pukul 3 pagi, aku puas hati.
150 pcs custard cream puff untuk Alaina's Aqiqah
Pukul 10 pagi terus bergerak ke Bangi. Tak mahu nanti tetamu dah penuh satu rumah baru cream puff aku muncul. Walaupun bukan menu utama, tak nak lah desert corner tuan rumah incomplete disebabkan cream puff aku. Alhamdullilah, respons yang diterima sangat positif. Semua puas hati. Lega.
*harap-harap akan terus dilimpahi rezeki.. boleh bodek mixer berkuasa tinggi nanti
makin cun lah!
ReplyDeleteAlhamdulillah..good job dayu..
ReplyDeletekamu sangat gigih cik dayu!! cayok cayok!
ReplyDeletememang favourite la cream puff ni , tapi nak buat.malasssss...:)
ReplyDelete