Aku pilih bahagian timur Tasik Shah Alam sebab area ni macam tertutup sikit, tak jadik tumpuan sangat. So, nanti kalau kita kumpul ramai-ramai, boleh buat sesuka hati. Lagipun aku risau gazebo yang kita nak guna tu tak available. Memang haru lah jawabnya.
Tiba-tiba aku rasa someone nearby kena gi cop gazebo tu lah.. Boleh ke?? Takpe, itu kita pikir kemudian.
Anyway, kat entry ni aku akan bagi beberapa panduan nak carik lokasi di mana kita akan berkumpul sebab dia macam ke dalam sikit. Kalau korang carik dari luar memang tak nampak. Macam yang aku cakap kat perenggan atas, dia terletak kat kawasan berhampiran perpustakaan ngan muzium. Landmark lain adalah Bangunan UMNO dan Hotel Blue Wave. Nanti ada padang yang sangat luas, Perpustakaan dengan Muzium at other side. Dan ada satu pentas. Depan sikit ada parking. Hah, silalah letak kereta anda di situ.
dari parking boleh nampak BlueWave Hotel dengan Bangunan UMNO tu. Hah, yang hijau tu padang yang aku maksudkan
nanti korang boleh nampak signboard ni. silalah amik gambar (:
*aku pun baru tau this side of lake adalah bahagian timur*
pandangan yang lebih luas di kawasan parking. dan sila tuju ke arah Kedai Kopi
ni laluan pilihan pertama. terus je ke kawasan Kedai Kopi, tapi jangan
lah masuk duduk order kopi lak. tapi sila tuju ke kawasan tepi dia,
terus je ke belakang kedai. Nanti korang boleh nampak dah playground
ngan gazebo tu.
atau kalau risau tersinggah kat Kedai Kopi, boleh guna laluan ke-2.
Boleh gunakan footpath yang tersedia di bahagian hadapan parking tu.
Ikut je laluan tu. Dan, sampai dah!!!
The Playground. Sila naik tangga menuju ke atas.
The Gazebo
The whole area.
Harap-harap takde yang sesat nanti. Dan harap-harap gazebo tu available lah masa kita sampai. Dan harap-harap cuaca adalah baik.
gigih batul kau nie.salute lagi sekali =D
ReplyDeletebtw...mantop ah montot!
yezzaa.. dah ku agak ini tempatnya.. dekat ngan footpath tu.. mmg best tempat tu.. aku dulu lepas jogging sambil dating kat situlah..haha..
ReplyDeleteDah macam gps plak kau Dayu. Hahah! :D
ReplyDeletekenangan mengusik jiwa....tempat ni dulu kita dating. hehehe.
ReplyDeleteok. noted
ReplyDeleteoh kat area kedai kopi ke
ReplyDeleteelly siap print entry ni..nak bagi kat hubby..dia yg akan bawak kereta dan tuju ke tempat itu
ReplyDeletesalam..nk tnya,perlu mtk kebenaran MBSA x?
ReplyDeleteUntuk makluman:
ReplyDeleteAku tak minta pun kebenaran MBSA masa nak buat gathering ni. Tak terpikir pun.. sbb rasa macm just lepak2 makan ngan kawan2 je aktiviti tu
ok...tqvm utk info,igt ahd ni nk kumpul mkn2 besday ank..rsau lak sbb tasik titiwangsa perlu kebenaran
ReplyDelete