20 April 2012

Anakanda Tercinta


SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE-2 
EISYA ELYSSA BT MOHD EKWAN.

Kasih sayang ibu tak pernah berbelah bahagi untuk awak, dan ibu yakin abah pun sama. Walau ada kalanya ibu seakan ambil ringan, percayalah.. Ibu sentiasa berusaha beri dan dapatkan segala yang terbaik buat awak. Awak kesayangan ibu. Awak sentiasa ada bersama ibu. Bila ibu sedih, awak ada untuk ibu peluk cium. Terima kasih Eisya sebab sentiasa ada di sisi ibu.

Semoga kasih sayang antara kita tak akan pernah berkurang.

Awak akan sentiasa jadik kesayangan ibu. Ibu janji. Biar nanti bila kita tidak lagi hanya bertiga, ibu akan pastikan kasih sayang ibu buat anak-anak ibu adalah setara. Tidak ada yang lebih, takde yang kurang. Ibu pastikan abah juga buat yang sama. Ibu nak berlaku adil kat anak-anak ibu. Tapi Eisya kena tahu, Eisya sememangnya dapat lebih dari apa yang adik-adik Eisya akan dapat. Eisya dah lalui 2 tahun bersama ibu dan abah. Ibu dan abah milik Eisya seorang sepenuhnya. Ke mana-mana, kita sentiasa bersama. Eisya patut bersyukur. Tak pernah ibu tinggalkan awak dan ibu pergi bergembira. Terpaksa tinggalkan awak berdua dengan abah atas tuntutan kerja pun ibu sayu.

Don't worry sayang, apa yang Eisya miliki sekarang akan tetap awak miliki sampai bila-bila. Selagi ibu dan abah terdaya.

Membesarlah menjadi anak yang mampu menenangkan hati ibu dan abah. InsyaAllah. Ibu dan abah sentiasa berusaha memperbaiki diri, demi memberi contoh yang terbaik buat awak. Menjadi anak yang bijak, dengar kata, taat perintah adalah impian semua ibu bapa kat dunia ni. Ibu juga mengharapkan perkara yang sama dari awak. InsyaAllah, sama-sama ye kita berusaha. Sayang Eisya.

Semoga anak ibu akan membesar dengan sihat dan nanti akhirnya akan jadik anak yang solehah, yang mampu membantu ibu dan abag di sana nanti.

Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-2 Eisya Elyssa. Ibu sayang Eisya.

*2 tahun lepas, waktu ni aku tengah bergolek-golek atas katil Hospital Serdang. Muka masih boleh senyum, boleh reply sms bagai..contraction tak datang memperkenalkan diri lagi.
** sorry Cha.. tadi malam x sempat nak kiss awak sempena bertambahnya umur. kita 3 beranak dah tertido bergolek depan TV. malam ni eh.. kita potong kek, nanyi lagi 'to you'

10 comments:

  1. sedeynye bace...sgt touching huhu sob sobb

    ReplyDelete
  2. happy 2nd year Cha =) be a good girl to ibu okeh!!!

    dayu, aku nak mintak maaf siap2 sbb sbnrnya aku x dpt dpt party Cha Sabtu depan. aku lupe aku nak amek cuti Isnin tu balik Johor. dh 2 bulan x balik sane. seb baek laki aku ingatkan T_T

    hadiah Cha aku pos je kot. insyaAllah. maafkan anT yer Cha tsktsk

    ReplyDelete
  3. Happy Birthday, Cha! InsyaAllah kalau takde aral melintang kita jumpa pada birthday party Cha nanti. :)

    ReplyDelete
  4. happy birthday cha..moga membesar menjadi anak yang solehah..

    ReplyDelete
  5. hepi besday cha. sgt klasik gambo ni.auntie ingatkan gambo ibu kamu masa kecik kih kih kih.maybe sbb kaler nya kot. btw auntie nk mintak maap byk2 coz xdpt nk dtg besday party cha nanti.auntie dikerah blk ke ampang tlg msk2 n prepare for adik ipar's engagement yg nk berlangsung esoknya.jgn serik nk invite auntie thn dpn yer

    ReplyDelete
  6. Ameen..semoga doa seorg ibu termkbul.

    ReplyDelete
  7. cha nak hadiah besday seorang adik. hehehehe
    happy birthday cha!

    ReplyDelete