25 April 2012

wish me luck

Hujung minggu ni aku ada agenda besar + penting dalam hidup. Chewah!! Statement.. Over seperti biasa. Rasanya semua sedia maklum kot, apa agenda aku hujung minggu ni. Sabtu dan Ahad akan menjadi sangat padat. Hari Sabtu menerima kunjungan tetamu, Ahad pula siapkan diri dan perut memenuhi undangan pula. Aku tak pasti, mampu ke aku sekeluarga nak memenuhi undangan yang sampai 5 tu. Kena susun ikut keutamaanlah jawabnya.

Jadual bekerja aku dah susun baik punya. Iyelah, achik bekerja seorang diri. Maka, kena pastikan diri berdisiplin. Pastikan segala jadual dipatuhi. Kalau tak, sendiri tanggung bahananya. InsyaALLAH. Aku dah berpengalaman benda-benda gini, Alhamdullilah berjaya setakat ni. Yang penting aku dapat kerjasama yang terbaik dari anak dan abah dia tu.

InsyaALLAH.. niat yang baik, pasti dipermudahkan..

Merancang 2 agenda hidup dalam masa yang sama memang adaklanya mampu buat otak aku biul. Checklist memang sangat-sangat membantu. Yelah, aku ada 2 hari je lepas agenda pertama, datang pulak agenda yang ke-2. Kalau tak merancang 9 bulan awal, memang haru-biru aku rasa. Mana boleh dibuat dulu, buat awal-awal. Mana yang memang kena buat 5 jam sebelum majlis bermula, kemudiankan lah. Perancangan masa adalah sangat penting.

-balik tampal kat pintu peti ais-

Merancang majlis, pastu semua buat sendiri memang kalau tak rancang betul-betul, entah apa jadiknya. Bila dah makin dekat dengan masa kejadian, tiba-tiba nervous kau. Harap-harap semua yang dirancang berjaya dicapai. InsyaALLAH. Semoga Eisya juga dikurniakan kesihatan yang baik pada hari dia diraikan nanti. Nak dia ceria pada hari tu.

Dalam tak sabar, gementar pun iye.

* groceries list dah tersedia
* patut aku dah start packing bag ni. tp memang last minit lah jawabnya

8 comments:

  1. god luck dayu..berlatih nak arrange majlis yg lebih besar nanti.. acara kawen kan anak..huhu lagi xleh tdo malam..

    ReplyDelete
  2. dayu
    aku yang baca ni pun rasa debar2
    inikan pulak yang melaluinya
    semoga majlis Cha nanti berjalan lancar, InsyaAllah
    :)

    ReplyDelete
  3. nak wat majlis memang kena plan2 betul2 .. gud luck dayu!!

    ReplyDelete
  4. Beb, ade perhimpunan bersih ke ha sabtu ni? Lepas ke tak agak2 nak ke tempat kau ni? Aku risau jem ngan tutup jalan je. Ke ade jalan2 yang aku boleh ikut tak bagi kene jem?

    ReplyDelete
  5. wah..debarnya mcmnak buat majlis kawin cha ek..hehe..

    pedulikan ape org kata yg penting dayu buat yg terbaik okay..semoga berjalan lancar majlisnya..sorry takleh g..

    ReplyDelete
  6. (:

    biasalah, bila kita mengharapkan yang terbaik. expect smua perancangan kita menjadi bagai dirancang. tu yang gemuruh jadiknya

    ReplyDelete
  7. Gudluck beb.moga cha sihat esok.cant wait..hiihi

    ReplyDelete
  8. kertas to do list pon dh cantik. caya lah dayu

    ReplyDelete