03 April 2012

Aglio Olio Spaghetti

Peerghhh!! Memang sedap lah. Lepas ni bolognise memang jatuh no 3 lah.. Dah lah mudah sungguh nak disediakan.. Ada masukkan Aglio Olio Spaghetti ni dalam menu masa birthday Cha ni kang. Kos lebih kurang je. Tapi sangat mudah.. Hhmm, akan dipertimbangkan.

Aku tergoda ngan Aglio Olio yang Fad tayang kat blog dia. Dah lah tengah lapar petang-petang kan, terus aku tengok resipi. Okay, semua bahan ada. Ke dapur terus. Tapi minyak zaitun tiada. Memang tak pernah wujud kat dapur aku minyak zaitun ni. Daun sup pun takde. Tapi aku google image Aglio Olio ni banyak gak resipi yang tak tabur daun sup. Okay.. Proceed. Aku gantikan aje warna hijau dalam spaghetti ni dengan warna merah.

Rupa ada *iye ke dayu?* rasa pun sedap.

Ni resipi Chicken/Beef Aglio Olia Spaghetti versi aku.


Bahan-bahan:
  • 1/2 bungkus spaghetti
  • 4 ulas bawang putih -hiris halus
  • 1/2 bawang besar - potong dadu
  • 3 tangkai cili kering - dipotong serong
  • lada hitam kasar
  • Minyak kelapa sawit - dapur achik takde minyak zaitun
  • oregano - takde pun takpe
  • Chicken/Beef loaf -aku guna brand Ayamas.

Cara nak membuatnya - sangat mudah ye

  1. Rebus spaghetti hingga lembut dengan sedikit garam. Toskan
  2. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Kemudian masukkan chicken/beef loaf. 
  3. Dah naik bau, masukkan la spaghetti. Masukkan sekali cili kering. Gaul bagi rata
  4. Masukkan pulak lada hitam kasar dan oregano. Siap!!

silalah cuba Aglio Olio ni. Simple. Mudah dan lazat.

*habis stok chicken loaf untuk sandwich cha aku kerjakan.

10 comments:

  1. Spaghetti aglio olio mmg superb sedap dan senangggg sgt nak masak main campak2 je kann. Tp kalo anak nak join mkn kite just taruk black pepper je. Cili kering x letak. Pastu campak bay leaves dgn oregano herbs. Terbaekkkkk. hehe. daun sup x penah taruk plak ;p

    ReplyDelete
  2. Senang kan, belum pernah buat lagi dan rasanya nak jugak dibuat, semalam baru je buat spageti bolognese tu..

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaaa..! berbuka petang ni buleh try nih. hihi.

    ReplyDelete
  4. cuba..cuba
    mmg mudah. sedap pun sedap

    ReplyDelete
  5. dulu tgk pm xlalu nk mkn sbb kosong xde kuah pe2..tiba2 try rase kat kokopelli, sedap nyer la wei..nti kawe nk buat gal la ni..


    #tibatiba teringat aglio alio mkn kt kokopelli tu...

    ReplyDelete
  6. kene cuba gak ni
    tgk fad punye tu mmg terliur
    tp org kg mcm aku ni trfikir
    ape rase spegetti kosong just tmbah loaf tu je? rase minyak zaitun je??
    feliks
    tp klu dh ramai ckp sedappp..
    harus try ler, hiks :p

    ReplyDelete
  7. Terdoganya Dayuuuu! Dah laa ngah lapo ni. Haha.

    ReplyDelete
  8. wah, nampak menarik dan mudah..

    harus cuba ni..
    hehhe

    ReplyDelete
  9. wahh nmpk sdp...harus try nih...

    ReplyDelete