12 April 2012

Blogger Birthday Gathering: 1/2012

Sebagai penganjur atau host of event, rasanya wajib kot aku publish entry pasal Blogger Birthday Gathering yang telah Alhamdullilah berlangsung dengan meriahnya pada 7 April 2012 yang lalu. Actually birthday anak-anak, tapi seperti biasa yang terlebih excited, lebih gembira, over bergambar harus lah mak-mak nya. Anak-anak gembira jugak, tapi rileks je.

Majlis bermula jam 2 petang di Tasik Shah Alam. Sebab buat outdoor event, keadaan cuaca selalu merunsingkan. Risau kalau hujan. Tapi Alahmdullilah, cuaca sangat baik. Tapi bila keadaan tak berangin dan agak panas, risau jugak aku. Dah terfikir dah ngan Ainul nak suruh dia bawak kipas, tapi mana power supply nyer achik wehhh?? Sudahnya, berkipas ngan tutup tupperware je lah. Nasib baik, bila makin ke patang, makin berangin kawasan tu.


 jom!! jom potong kek ramai-ramai

Jujur aku kata.. Gathering kali ni menjadi meriah, disebabkan support dari semua. Kerjsama yang diberikan adalah yang terbaik. Kalau nak harap aku sorang memang tak terdaya, mesti banyak kurangnya. Mahu kucar-kacir majlis petang tu. Tu yang aku publishkan entry penghargaan terlebih dahulu untuk kawan-kawan yang banyak membantu menjayakan majlis ni. Ribuan terima kasih!!

makanan adalah sangat banyak.. tak tahu nak makan mana dulu. mihun goreng Ainul adalah paling laku. tapi menjadi Dayu, harus makan semua. kecuali yang sendiri bawak (:

 makan ramai-ramai. rasa itu, rasa ini. meriah sungguh!! dah macam kenduri dah. 

Riuh sekejap kawasan tu dengan suara kita tergelak sana, gelak sini. Dengan suara anak-anak lagi. Nasib baik kawasan tu macam tertutup sikit kan, kalau tak mesti orang lalu-lalang semua perhati je apa kita buat. 

Happy Birthday in advance Eisya!! Seronok awak ye, sambut birthday banyak kali.

InsyaAllah.. andai ada kesempatan, masih ada sambutan, ada permintaan, majlis sambutan harijadi anak-anak UB akan diteruskan hingga ke hujung tahun. Yang awal tahun ni dah diraikan, mana aci kan kalau yg lain tak sambut. Kena adil kat semua. InsyaALLAH 2nd batch nanti kita buat lagi gempak eh..

 Khabarnya next batch ada media nak buat liputan *gi tempah baju segera*

para blogger sekalian (:
anda semua memang terbaik!! love you all


- Keluarga Besar -
semoga perhubungan yang terjalin akan lebih akrab terutamanya dikalangan para suami. yang isteri tak payah nak khuatir, dah tiap hari asyik berceloteh bersama.. lebih dari akrab dah.
* kalau para suami dah mesra, senang kami nak berkumpul.. tak gitu (: *

*gembira sebab majlis yang dirancang berjaya dilaksanakan dan berakhir penuh kemeriahan
* andai terkurang di mana-mana, achik mohon seribu kemaafan

8 comments:

  1. itu dia event host dah bersuara
    hehehe
    btw congrats dayu atas usaha gigih kau menjayakan event ni
    walaupun aku rasa nk meleleh air mata sedih sbb x dapat nak hadir sama
    T__T


    tp bila tgk banner birthday tu tergantung comel je
    terus x jadik nk sedih
    ^__^

    ReplyDelete
  2. (:

    TIADA KEJAYAAN TANPA SOKONGAN PADU SEKALIAN

    ReplyDelete
  3. Serius jeles xdapat join, tengok meriah sangat2.. Tapi xpela, untuk 2nd batch ni, kalau ada rezeki boleh join dengan adik baby. InsyaAllah

    ReplyDelete
  4. seronok meriah dpt knl kwn2 baru..to dayu n ajk congrats.next time nk join lagi insyallah

    ReplyDelete
  5. jeles x dapat pergi..asyek ada je halangan menimpa..adoilaaa...seronok betul tengok meriah kemain tu..

    ReplyDelete
  6. bestnya! wish could join too (huhu malu2)

    ReplyDelete
  7. dayu sila pasang button like sebab aku nk like.. hehe..

    tahniah beb! insyallah aku akn join next batch.. lpas raya kan..:) tak sabar....

    ReplyDelete