Chaaaiittt... Kasik la lama sikit kalau ye pun..
Sekarang dah pandai pilih baju sendiri.
Ibu: Cha, amik baju ni lah eh.. lawa ni, kain pun sedap
Eisya: Nanak..
Ibu: Yang ni?? Ok??
Eisya: Nanak.. Nanak..
Kemudian dia turun dari stroller dan berlari satu store. Nasib baik orang tak ramai, ikut suka awak la nak lari mana. Tapi disebabkan awak tu rendah lagi, susah nak pantau. Dah la ajak main 'cak cak' celah baju. Alahaii, senak nafas ibu ngan abah tau.
Budak ni pantang jumpa cermin. Lagi-lagi yang besar bagak gini rupa, memang keluar la perangai gedik yang 1 ni. Ini perangai ikut siapa tak tahu, sebab sah-sah bukan abah dia. (:
Puas posing, dia lari, campak baju tu amik baju lain. Tapi aksi tersebut tidak berjaya dirakam. Sebab jurugambar pun dah menjerit sama 'Eisya!!!'
Ini antara faktor kenapa aku tak akan keluar ber-2 sahaja dengan Eisya. Kecuali betul-betul terpaksa. Kalau tak aku rela duduk diam-diam kat rumah. Tak sanggup nak jadik Godzilla di luar rumah. Kalau kat rumah, aku memang selalu biarkan aje dia buat apa dia nak. Nak 'kemas' dapur?? Silakan.. Tahu-tahu ibu jumpa bawang bawah fridge *redha* Nak selongkar bakul mainan, selongkarlah, terabur lah ikut suka. Tapi aku marah-marah la juga, sambil meraih simpati 'sian ibu.. penat ibu nak kena kemas' Tapi dia pandang 5 saat, pastu sambung semula.
Selagi dia tak tidur, rumah memang macam kena langgar garuda.
Kalau nak datang rumah, sila sms atau call 2 jam awal je. Sambil sempat nak mengemas rumah, boleh juga buatkan muffin ke.pudding roti ke (:
*sedang berusaha tidak mahu terjerit-jerit kat anak. didik rasa sabar yang lebih menebal dalam diri. aku tak pasti mana aku baca, tapi ayat tu berbunyi 'anak-anak yang belum akil baligh ni ahli syurga, kita yang belum tentu syurga neraka ni, layak ke nak marah-marah ahli syurga' Lebih kurang gini lah.. tu yang kalau termarah dia, terasa macam menyesal. Patut aku tegur dan explain kenapa.. bukan marah tiba-tiba. berusaha.. berusaha
**parenting is lifetime learning
perangai sama weiii ngan raisya. semput mak!
ReplyDeleteseruis ana pun klu ber2 je dgn aryan memang tak akan ke mana2 la..
ReplyDeletetu eca tgk nk gak dul dlm stroller..aryan xmau ar...
mirza pon gitu jugak lah dayu..mun tgh sibuk nak pilih baju dier pon nak memilih siap masukkan baju dalam troli lagi tue
ReplyDeletedayu..susahnya nak control diri biar tak marah anak kan...bila ingat2 balik..apelah yang dia faham kalau kita marah. tapi kalau dah satu rumah dia tabur bedak, mak aihhhhh..camna aku nak sabar nihhhh!!!!hahaaaaa :P
ReplyDeleteRajin betul si ekwan amik pic candid ibu dan anak, kalau si mokhtar susahla..huhu. request baru nak amik...
ReplyDeleteI like ayat last tu 'parenting is lifetime learning'.. setiap saat belajar perkara baru dengan anak2. dan ilmu ni mmg sangat berharga! =)
ReplyDeleteprctice make pefect weh!!
ReplyDeleteaku kdang2 sbb xnk pukul tu aku jerit2 je
tp sbenarnye mgm 2-2 pun xelok, arghhhh payah betul nk lentor peel baran ni, tsk!
statement rumah mcm kn langgar garuda tu best la..samala kt sini pun..urut dada je tengok anak mengemas..huhu
ReplyDeletecun plak baju2 kt situ.. kat ne tu dayu? mothercare eak..
ReplyDeletecun plak baju2 kt situ.. kt ne tu dayu.. mothercare eak..
ReplyDeletelebih kurang sama je situasi ada je benda baru dia nak buat yang buat kita hilang sabar..tengah usaha untuk lbh sabar juga ni:)
ReplyDeleteSgt terima kasih dayu sbb mengingatkan aku.huuhu...
ReplyDeletesayu lak ayat ahli syurga, ahli neraka.. :D
ReplyDeleteamboi pandai pilih baju yek eisya
ReplyDelete