05 March 2009

bukan nak cari salah siapa

Adakah lelaki sekarang yang bermasalah?? Tak pernah rasa cukup dengan seorang, masih lagi nak mengatal nak mencari yang lain atau perempuan sekarang yang tak reti nak paham perasaan perempuan lain???

Ya, itu adalah topik yang kami bincangkan semalam...

Tiba-tiba tunang saya tu menimbulkan topik tersebut setelah rancak bercerita pasal kes curi kereta kat KL 2 hari lepas. Dah lah satu kes kat Menara Orkid, tu yang semangat terlebih dia bercerita. Memang lepas ni Vito tak parking kat Orkid lah. Duduk lah Vito kat Hartamas, hujung minggu je jumpa tuan dia. Silap-silap dapat main-main mata je...

Out of topic... meh..meh..kita kembali ke topik asal..

Ye..ye..itu topik kat HotFM pagi semalam. Bila dah terdengar imbasan dia, sambil makan Ayamas dan Nugget yang En Ekwan gorengkan di tepian Tasik Titiwangsa, kami pun mengeluarkan pendapat masing-masing.

Memang kalau nak di fikir-fikirkan, both party adalah di pihak yang salah. Bak kata orang, bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi, pokok tak bergoyang kalau takde angin..tak gitu?? Maka, tak kan timbul masalah lelaki yang tak pernah cukup bila takde perempuan yang melayan. Dan perempuan tak kan nak melayan kalau takde yang mengatal.

Tapi susah nak cakap. Ada yang dah sedia maklum, orang tu dah berpunya. Dah ada keluarga pun masih nak berhubungan. Macam-macam alasan diberi dengan pelbagai sebab. Ada yang boleh terima, ada yang akan mengata. Kalau itu jalan bahagia untuk mereka, mungkin kita terpaksa akur. Kalau dah bersiap sedia nak hadapi segala kemungkinan, biar lah. Kalau tuan punya badan dah sanggup, kita yang hanya melihat ni apa nak bising-bising kan.

Ye..akan ada yang terluka. Tapi mana lagi sakit, terus tertipu atau rasa sakit yang mungkin lebih sekejap bila kecurangan tu ter'kantoi' di peringkat awal?? Sebelum lagi melarat. Lebih baik kita tahu sekarang kan dari nanti selepas dah bertahun-tahun. Ia, mesti lah rasa sgt marah. Sangat sakit hati..rasa tertipu, rasa macam orang bodoh..

Huhu..kamu Dayu..bercakap mcm sgt bagus lah. Cuba kalau kau yang duduk kat situasi tu, sanggup nak share cinta hati kamu dengan orang lain?? Boleh ke terima kekasih kamu yang satu tu keluar bermesra-mesra dengan org lain??

Ye, cakap memang mudah. Kalau kita kat situ belum tentu kita boleh 'cool' macam ni.

Entah lah...

Tapi kalau kita terus carik salah orang, sampai bila tak habis. Kalau dah terjebak, cuba-cuba lah cari penyelesaian, jangan sampai ada pihak terluka. Hari ni kita buat orang menangis, nanti-nanti giliran kita mesti ada kan. Tak kena kat kita, kena kat anak cucu kita.

12 comments:

  1. yg penting kalo terjebak..kena cari salah sendiri....

    pastu baru bole tunding jari pada si dia kalo rasa x bersalah...

    mmm....moral of story..

    jaga pasangan elokkkk2..hehe

    ReplyDelete
  2. sbb tu la kita x boleh mendabik dada sepanjang masa bila kita rasa pehubungan kita elok dr masa ke semasa...dr tunang, kawen dan dpt anak...tiada masalah...

    perjalanan hidup dlm perkahwinan masih jauh (selain ajal/becerai)...

    Allah kalau nak duga kita..anytime!!
    tak kiralah dh beranak pinak bercucu pun...

    sekian..:D

    ReplyDelete
  3. yuzz:
    setuju sgt..jgn salahkan org
    carik dulu salah sendiri
    dan..cuba la jadik yg tebaik
    takde lah dia nak carik lain kan

    ayue:
    ye..sgt akan cuba menyedarkan diri sendiri
    betul la ayue
    tak semestinya kita bahagia je
    masalah tak kan ada kan

    ReplyDelete
  4. this is a typical type of men..konon2 nak suka2 je lepas tu sangkot..hehe.i've been in this situation before whereby my ex-bf kantoi ngan pompan len.yes it's hurt but i've just learn to let it go.tak salahkan siape² pon..alhamdulillah i have moved on with my life and dh jmp incik tunang yg wayyy much better.bukan masalah siape yg patot jage siape..sama² jage kan lebeh elok? :)

    ReplyDelete
  5. haaaa... sape ade idea utk test lelaki?

    contoh: lelaki tu kita baru kenal, dan mengaku die belum kawen. *dah siap tanye direct lagi*

    tapi kite still ragu-ragu yang die tu belum kawen.

    camne aa nak test?

    ReplyDelete
  6. lelaki kadang2 tamak.xpenah nk rasa ckup dgn apa yg ada.pantang ada peluang nak je mencuba

    ReplyDelete
  7. Hi..dalam hal ni kita tidak boleh menyalahkan orang lain..pertama lihat diri kita dahulu..jika ada kekurangannya cuba utk berubah demi kebaikan bersama....Kedua cuba berbincang dgn pasangan apa yang membuatkan dia beralih arah..kalau ada yg boleh di perbaiki hubungan tu settle cara baik...
    Sebab lumrah kehidupan bergelar lelaki tidak pernah puas dengan seseorang..(kdg2 sebaik mana pun pasangan nyer..still nak pasang luar)sebab tu dalam islam pun lelaki di benarkan berkahwin lebih..Bukan macam kita perempuan..kasih kita hanya yg satu kan??? hehhe..
    ** sori panjang pulak...
    So buatlah yang terbaik dlm melayari kehidupan ini... :)

    ReplyDelete
  8. ohoo topik sensitip ni dayu. sape mkn cili mmg best nih. kite pnah terkena dgn close fren sendiri. sakit nye tu sampai skang pun kitorang tableyh jadik close mcm dulu...

    kalau lelaki tak start.. pompuan takkan melayan. yg pompuan plak xyah la gatal2 test market dgn laki org ye. dosa tau meruntuhkan masjid org :P

    ReplyDelete
  9. topik ni pernah dibincangkan dgn cik abg..mcm2 pendapt la..tp pointnyer..org laki ni jgn diabaikan perhatian kite padanya..kata org lelaki ni ibaratnya mcm kucing..kene dibelai dan dimanja..kesimpulannya mmg kene pandai jg laki ler

    ReplyDelete
  10. kurang penghayatan oleh pasangan tersebut terhadap apa yang dah ditempuhi sebelum dapat bersama.tambah tambah kalau yang jenis berduit, senang je kawen cerai kawen berai.tapi yang tak berduit pun kawen ramai,apa plak masalahnya?dah nama pun manusia, mana pernah rasa puas.sebab tu kena tiap hari berdoa agar kekal bahagia sampai bila bila dengan pasangan sekarang.tambah afdhal kalau berjemaah sekali.wallahua'alam..

    ReplyDelete
  11. Naluri lelaki kan..tapi mntak2 takjadi pad kita..

    ReplyDelete
  12. salam..
    selalu membuat lawatn dkt blog dayu sbnrnyer...menarik n tertarik btul...

    ReplyDelete