07 July 2010

anak pujaan hati saya

Anak adalah segalanya. Semua ibubapa kat dunia ni mesti sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak dia. Dan sentiasa mengharap, segala yang baik adalah milik anak dia. Jangan lah berani nak berkata buruk tentang anak orang. Buruk padahnya nanti. Biar tak betul-betul kau maksudkan, tapi tetap boleh meninggalkan kesan kat dalam hati. Sensitif ok ini isu.

Ini peringatan kat diri sendiri juga. Jangan sesuka hati nak kata itu-ini tentang anak orang.

Tapi yang pasti, semua ibu bapa mesti gembira dan senang hati kalau anak membesar sihat, mengikut progress sepertimana yang sepatutnya. Kalau lebih advance lagi lah suka hati. Rasa nak maklumkan satu dunia. Rasa macam dah berjaya jadik ibu bapa terbaik dalam dunia. Biar orang lain tengok mcm tak kena je kan, tapi kan saya dah kata 'parenting is lifetime learning' Belajar memahami kerenah anak, keperluan dia. Dan mencari kaedah terbaik nak membesarkan dia. Sape tak nak anak bijak pandai, tapi tu smua kena usaha beb.. jangan harap anak lahir-lahir dah genius. Dan paling penting jangan rasa frust kalau progress anak macam lambat skit. Lain budak, lainlah progress dia.

Syukur, progress Eisya sehingga 2 bulan ni adalah memuaskan. Dan bila dia respond dengan baik bila nurse buat ujian-ujian dalam Senarai Semak Perkembangan tu, rasa sangat puas hati. Suka sangat. Dan bila nurse kata 'cepat progress Eisya ni, ni ujian untuk bayi 3 bulan ni' Dan harus sebagai ibu, akan ada rasa bangga. Tapi cepat-cepat aku kata 'alhamdullilah' tapi dalam hati lah. Kat luar ni senyum-senyum je. Jangan ketara sangat rasa suka hati tu.

umur dalam gambar: 2 bulan 16 hari
berat: 5.7 kg *pertambahan 0.9 kg dalam sebulan*
panjang/tinggi: 57 cm

Teruskan membesar dengan sihat ye anak ibu. Ibu akan berusaha memenuhi demand pengisian perut awak yang semakin bertambah sekarang ni. 20 oz susu sehari. Banyak betul awak menyusu skrg ni. Takpe..takpe, selagi mampu ibu cuba sehabis baik sediakan bekalan. Jangan risau, Insya Allah awak tak berlapar. Dan tak yah risau jugak nak menambah berat badan ye, ibu ngan abah suka je nak mendukung awak, tapi kalau awak nak duduk dalam stroller tu lagi bagus. Baru seronok kita nak gi shopping.

Cepat-cepat hilang selsema tu ye sayang. Jangan takut makan ubat ye.

Sayang kamu!!!

19 comments:

  1. geramnye tgk anak dayu ni! hehehe..terus ttbe x sabar nak pegang anak sendri.. =)) kirim peluk cium tuk eisya eh..hee~

    ReplyDelete
  2. bagusnya eisya.... hope perkembangan dia makin positif n banyak minum susu. biar chubby bumm-bummm... ;)

    ReplyDelete
  3. wah..baby eisya byknye minum nyusu.. nak same ngan abg alif dah yer.. my alif sekali minum je 6oz.. sehari adelah 6-7 kali myusu.. siang dalam 5-6 kali.. malam paling sket 2 kali..sonokkan tgk anak berselera utk minum..menandakan baby kite sihat.. :)

    ReplyDelete
  4. comel tol anak dayu.. tembammmmmmm rasa nak geget pipi tu..

    ReplyDelete
  5. Mesti seronok kan dayu bila anak merespon dengan sangat baik. Hati rasa bangga dan gembira.

    Peluk cium untuk Eisya ye Dayu.

    ReplyDelete
  6. target kt peha eisya..drumstik..nyum3..haha..

    nt dh msuk 3 bln dh x pyh buh mitten dh dayu..bia jari jemari dia bertindakbalas buka katup gtu..klu tak dlm mitten dia genggam je..
    tp kene slalu jaga kuku tu..ketip..nt cakar muka lak..

    kalo pki mitten je..lmbt la dia nk pegang jari dayu nt hehhhh!

    ReplyDelete
  7. alhamdullilah..dia berkembang dgn sehat. tapi tulah, 2 minggu ni asyik tak sehat. demam, skrg selsema lak..

    tp alhamdullilah, tak demam kena inject 2 bulan ni. skrg mmg dia kuat menyusu. stok EBM pun menyusut dgn pantas.risau je tak dpt memenuhi demand dia

    dah try tak pakaikan mitten
    tp mencakar je.pendek dah kuku, tp tu lah..tiba2 tgk ada je kesan calar kat muka tu. so ptg2 tanggalkan lah..

    ReplyDelete
  8. lama xfollow perkembangan eisya..lately auntie bz sket..
    wahh eisya skrg sgt bam2 lar..geram terus mmbesar bagai juara yer eisya..

    ReplyDelete
  9. aya...comelnyer eisya nih...makin besar n sehat die..byk gak susu die minum..chaiyok dayu!!:)

    ReplyDelete
  10. teruskan pam..insyaALLAH boleh catch up demand eisya..anyway eisya minum 20oz sehari tu spjg die kat nursery ek?

    ReplyDelete
  11. dayu..comelnya dia..bijak n aktif cam mommy dia la tuh..huhu..

    ReplyDelete
  12. ye, 20 oz itu anya di nursery. pagi sebulm antar dia, aorund pukul6 dia akan menyusu dulu..
    balik nursery... dalm kul 6.30 mesti dah melalak minta susu..
    mmg kuat minum lah eisya ni..

    ReplyDelete
  13. wah bnyknyer eisya minum susu..bagus2..susu ibu minum bnyk2 xper..makin tinggi IQ nnt..

    ReplyDelete
  14. makin ari makin comei la eisya ni dayu. cam nak cubit2 je pipi dia tuh. muahhhh

    ReplyDelete
  15. Dropping here..Very nice friend..My special for u.. Check it Out!

    ReplyDelete
  16. die demam2 tu, mungkin ade 'bende' baru di enak belajar atau peroleh. insyalllah, same2 doa yer :)
    gebu nye kaki die...hee geram!

    ReplyDelete