Dan, paling cepat Eisya akan diambil kembali jam 5.45pm. Tapi dalam 5 hari tu, sekali je kot dpt. Selalu pukul 6.00 lah. Tu pun aku akan call abah dia berkali-kali, dok tanya 'bila nak sampai??' Kalau dia lambat, siap sedia lah menjawab segala macam pertanyaan, kenapa lambat semua. Htai ni dah tak sabar nak jumpa anak yang sorang tu. Tak nak dia duduk lama-lama kat nursery. Cukuplah tu.
11 jam. Sangat lama dia ditinggalkan.
Bila ambil, kalau dia tido, rasa mcm tak sampai hati nak bangunkan. Tapi dia macam tahu je, ibu ngan abah dah ambil dia, ibu ngan abah dah ada. Kecik je dia bukak mata, jeling-jeling, intai dulu, dia dok dalam rangkulan siapa. Kalau memang ibu atau abah, cepat je dia bukak mata. Bila dia tersenyum kat kita, ohhh..hilang rasa penat semua. Bila dia ajak berborak, lagi lah rasa macam terbang melayang-layang. Seronoknya. Terus gomol-gomol dia. Gelak-gelak. Kena rasa sendiri baru boleh paham macamana rasa dia.
Masuk rumah, sambung lagi. Main-main, golek-golek sampai lah dia rasa mengantuk. Selalu dalam pukul 8 dia dah start gosok-gosok mata, hisap jari. Nak tido lah tu. Dan bila mengenangkan dan memikirkan macam mana dia tido di nursery, mesti tak berdodoi. Sempat ke orang nak tepuk-tepuk peha dia tu sampai lena. Sebab tu tido malam Eisya pasti ibu ngan abah akan dodoikan. Sampai terlena.
Then, ibu akan berkejar-kejar masuk dapur, masak nasi, dan sediakan bahan pengisian perut. Bila dah beranak kecil ni, kena kreatif kan diri. Kalau anak boleh minum susu frozen, apalah sgt kalau ibu abah makan lauk frozen kan. Yeahh, kini peti ais bukan saja dipenuhi frozen EBM Eisya, tapi jua sambal tumis, kuah kari, dan kuah asam pedas yang telah disejukbekukan. Bukan pemalas beb, tapi ini adalah lebih efisen. Kalau time tu baru nak kopek bawang smua..hmm, pukul bape dpt makan beb..dah lah kami suami isteri jenis, petang2 dia punya lapar mcm tak boleh ditahan-tahan.
Sangat jimat masa lah. Nak sambal sotong, campak je sotong. Rasa nak makan kari ayam, kuarkan kuah frozen, campak ayam. Gaulkan dan tunggu hingga ayam empuk. Sangat senanglah. Pandai-pandai lah kau tambah air ke, pape yang patutlah. Pagi-pagi sebelum gi keje, turunkan lah lauk tu siap-siap dari freezer ke bhgn bawah. So petang dia lembut dah. Tak payah tunggu lama. Sementara tunggu fast food tu tersedia, boleh lah baring2 sebelah anak. Belai-belai pipi, usap-usap rambut dia. Tenung muka dia puas-puas. Tapi sila pastikan pesanan diberi kepada en suami ye. Manalah tahu terlena.. periuk kat dapur atas api tu jangan sampai meletup pulak. Jangan dia pun join landing sama sebelah anak sudah...
Meluangkan masa di sisi Eisya adalah lebih bermakna dari duduk kat dapur potong-potong bawak, blender cili semua lah.
nasib lah dayu jenis yang tak OT ke apa. kalau yg jenis ot2 bagai, harus lah lagi lama anaknya duduk kat nursery.
ReplyDeletebagos gak idea frozen rempah ratus tuh. dpt spend masa lebih dgn anak kann. good idea =)
ReplyDeleteNaurah pulak kt nursery lebih kurang 9 jam. tu pon sbb Wan dia balik keje kol 5ptg. blh la amek awal. klu ikot ibu&ayah dia, pkl 6ptg jugaklah jwbnye. tu pn klu xde pape kt opis =S
tu lah, syukur sgt keje gomen
ReplyDeletemasa sgt flexible
takde OT..ekwan pun ok skrg ni
dia dh set awal2, pulun abis2 pai2
so ptg tak balik lambat
tak sanggup la nak tinggal anak lama2 kat nursery
fuiyooo 11 jam kne tggal ek? msti wat kje pon sparuh ati je kn..
ReplyDeletemujur reen x naik kje lg.. kalo x, tatau la msti rse mcm dayu rse.. x sggup kot bjauhan ngan anak.. kt nursery tuh amai lg anak2 org.. byk mne je la phatian kt anak kte kn? sabar dayu.. dugaan dok kt kl neh..
bab mkn mende2 frozen tuh mmg sokong!
reen dok kt umah pon kdang2 si fahrin tuh nk org dkat ngan dia.. so maknye mkn aym goreng ayamas, nuget ayam.. sng mende2 da siap..
awalnya eisya tido.
ReplyDeletekysha...paling awal pun kul 11
tu pun jenuh nak paksa2 tido
ok lah tu dayu,segera pun masak gak
zuris nie sejak ada anak,langsung tak masak
si kecil tu tak boleh kena tinggal lama2.mesti terjerit2 panggil.takkan nak usung basket dan toys2 die tu ke dapur lak.huhuu...
cemana la ek anak kite kat umah pengasuh...
ReplyDeletekalo boleh rase nak pasang cctv jek...
mostly perangai eisya lebih kurang sama ngan mya.bed time dia sama.isap2 jari gosok mata nk tido.ketawa & senyum pon sama peel nya
ReplyDeletebtul tp itu lar hakikatnyer..ms dgn anak lebih pendek klau nk dibandingkan masa anak dgn pengasuh atau ditaska..mmg sedih tp apakan daya idup di KL yg memerlukan husband n wife bekerja..
ReplyDeleteklau ada kemampuan teringin jew nk dok umah jd suri rumah sepenuh masa..harap2 alin xkan keje sehingga waktu yg sepatutnyer pencen.hrp2 alin berupaya amik options..
rempah ratus frozeen ni akak amalkan jika kena keje luar 3-4 hari, siap berlabel n arahan lg, mklm le hubby x reti masak.
ReplyDeletecuma masukkan bahan2 mentah je, senang n x perlu mkn kat luar.. JIMAAAT!!
hmm..dah rase kan ada anak sendiri camne...rase sgt seronok sgt...penat kat opis hilang bile tgk muka anak...
ReplyDeletemasa utk bersama ank lbh berharga..
ReplyDeletesy pn wat cmtu..weeknd pulun sgala rempah ratus..balik keje tggal buh/tumis je dlm kuali/piuk..msk nasik..
siap!
jgn brangan la weekdays nk mkn 2-3 lauk..1 pn dh ckup kenyangggg...kenyang dgn keletah anak yg dh pndai nk mkn sama...plak...hehehe...
Pre-order Raya Kek Lapis Sarawak
http://click2myshop.blogspot.com/
frozen food? leh tak ajar? buat la post khas utk buat frozen food.
ReplyDeletekita makan kat luar je. sampai tahap boring tatau apa nak makan.
pastu amik baby jam 7.30 or 8
sgt tak best..huhuhu
kak dayu,
ReplyDeleteeven haqq dah dekat setahun pun kid masih tak sabar nak balik rumah..
waktu kerja kid dari 8pg hingga 4.30ptg..
sanggup tak OT sebab nak berguling dengan anak.. :