20 September 2011

Majlis makan-makan syawal 2011

Aktiviti hujung minggu, 2 minggu lepas adalah sangat padat. Padat yang sungguh padat. Jemputan yang diterima adalah sangat banyak, tak cukup kudrat rasa nak penuhi semua jemputan. Kalau jemputan aku je dah sampai 7 sehari, tambah lagi Ekwan punya.. adalah jugak dalam 10 jemputan sehari. Kalau nak memenuhi tanggungjawab sosial kepada semua, memang awal-awal dah tak mampu. Maka, terpaksa lah memilih. Pergi mana yang larat. Tu pun dah sampai 5 rumah sehari. Kalau dah 5 rumah, harus keluar tengahari, malam baru pulang. Letih.. memang letih. Tapi seperti biasa.. seronok.

Nasib baik anak dara sporting ikut ibu abah beraya.

Dan tahun ni juga, kami suami isteri berbesar hati nak berkongsi rezeki dengan rakan-rakan. Maka berbekalkan sedikit kegigihan, kami menjemput kawan-kawan memeriahkan majlis makan-makan syawal kecil-kecilan yang kami adakan. Memang mulanya nak buat small occasion je. Tapi bila dah dikumpul-kumpul semua jemputan terus rasa 'ramainya kita jemput awak' Terus rasa macam 'jangan makanan tak cukup sudah' Siyes, risau sungguh aku kalau tak cukup makanan. Beriya jemput orang datang rumah, tapi takat hidang teh'o ngan kuih raya.

Alhamdullilah, majlis berjalan lancar. Meriah. Penuh rumah kecik kami. Tapi aku seronok dan percaya, setiap orang yang datang ke rumah kita masing-masing membawa rezeki kepada kami (: Dan lagi aku suka, semua yang datang suka dengan laksa hasil air tangan aku. First time tu masak laksa. Pastu terus berani buat sampai 4kg ikan.. Tapi tengok semua makan siap bertambah, lega je rasa hati.

kawan seperjuang di UiTM: tetamu terawal, siap depa perawalkan jadual lagi. tapi takpe, seronok sikit nak menjoyah. sambil jadik food tester

rakan blogger pertama yang muncul

rakan yang turut memeriahkan majlis


bersama tetamu cilik, Cik Naurah Jones

sepupu dan bakal sepupu (:

Eisya tak sehat ketika majlis berlangsung. Kalau tak mesti dia seronok jumpa kawan-kawan.

kesian anak ibu, demam. tapi nasib baik Cha demam pagi Ahad, kalau tak camne la ibu nak memasak semua. Cha memang anak yang memahami. TQ sayang..

petang dalam pukul 6 dia macam dah ceria. boleh gelak-gelak, senyum, main. tapi lepas maghrib terus jadik balik demam dia, siap muntah-muntah lagi. terus angkut bawak gi klinik

Anyway, aku berpuas hati dengan majlis anjuran sendiri. Kiranya berjaya lah. Makanan jugak adalah mencukupi. Laksa siap berbaki lagi. Siap esoknya, aku balun makan laksa je seharian. Tapi yang sampai malam, sorrylah ye. Achik tak dapat nak layan sepenuhnya.. Achik kena hadap anak demam. Bila dah hujung-hujung, desert memang dah out of services lah ye, nasib baik ada kek kukus. Jadiklah..

makanan di hujung waktu

Terima kasih kepada semua yang sudi luangkan masa ke majlis kami. Yang sanggup datang jauh-jauh, berbesar sungguh rasa hati tuan rumah ni. Minta maaf lah ye mana ada terkurang sana-sini. Yang terpaksa bersesak, rumah kami kecik je tapi tetap berbesar hati nak jemput orang datang rumah ramai-ramai. Gitulah gayanya.. Jangan serik ye, kalau datang USJ, singgah la lagi.

Ada rezeki tahun depan kami jemput lagi ye.

*lepas ni nak kena beli periuk, kuali besar. senang skit aku nak masak banyak-banyak. penat siot masak 2,3 kali

6 comments:

  1. sy plak tahun ni mcm tak larat nak open house. insya-Allah tahun depan kot.. hehe.. anyway, sepupu tu khalilah ke? kawan/housemate adik sy :-) pernah dtg rumah. hehe..

    ReplyDelete
  2. bila aku nk sampai sane ni,
    xpernah lg merasa air tgn dayu yg super ini, hehehe

    ReplyDelete
  3. Argh rugi! Aku tak dapat datang. Sobsob

    ReplyDelete
  4. bestnya open house...penat hilang bila semua tetamu menjamu selera siap bertambah-tambah lagi...

    ReplyDelete
  5. yer...terima kasih byk2 taun umah..
    hihihi..mmg terbaekk..
    kami tetamu terawal dpt mkn sume jenis hidangan, siap mkn dissert berkali2..hihi, sdp sgt tau!
    ..insyaAllah tahun depan aku dtg dan nk request dissert yg same lg, bleh..?
    special utk aku je.hahhaa...=p

    ReplyDelete
  6. hi! first time here. nama my baby pun eisya ihihi

    ReplyDelete