20 July 2012

Esok Puasa Dah

Pagi ni, pagi terakhir boleh makan waktu pagi. Esok tak boleh dah. Esok dah puasa.

Barang basah pun dah restock semalam. Giler penuh Mydin. Ikan pun tiba-tiba naik harga. Udang kecik je (tapi tulis XL) sekilo sampai RM18. Isnin hari tu aku beli harga gitu jugak, tapi size dia 2 kali ganda kot. Lumrah kot. Terima je lah. Ikan selar pun sampai RM14, kecik je lak tu. Baik aku makan siakap macam ni. Ekwan pun kata 'baik amik kerapu ni awak, alang-alang nak mahal' Aku suka pendekatan laki aku.

Tahun ni berusaha untuk berbuka di rumah. Rasanya akan lebih puas hati. Makan kat kedai kalau emergency sahaja. Kalau dah memang betul-betul tak sempat nak balik masak. Azam. Lagipun boleh jimat sikit duit. Kalau beli kat bazaar, sedap belum tentu. Mahal tu dah semestinya. Maka, aku rela berpenat sikit, asal puas hati. Malam ni atau kalau tak sempat esok je lah, kena sediakan cili tumis, bawang blend siap-siap. Senang nak memasak nanti.

Google resipi siap-siap. Susun menu untuk seminggu. Senang

Isskk, tak sabar pulak nak berpuasa rasa. Dapat ke nak terawih erk?? Angkut Eisya sekali?? Macam tak sanggup je. 


Anyway, aku nak ambil kesempatan ni nak memohon ampun maaf andai ada tersilap kata, andai apa yang aku tulis di blog ni ada menguris mana-mana pihak. Aku minta maaf. Selamat Berpuasa. Dan selamat beramal.  

3 comments:

  1. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak, Selamat menunaikan rukun Islam yg ke tiga

    ReplyDelete
  2. agree dayu. sedap belum tentu, mahal mesti punye! aku pun dah get ready blend cili, bawang segala.senang. balik keje, campak je sume masuk kuali.hehe

    ReplyDelete

Followers

+ Tajaan Bulan Ini +