Hahahaha.. heboh sungguh kau dayu, baru bulan 3 dah sibuk tanya pasal baju raya. Tapi jangan ambil mudah, memang kedengaran macam awal lagi tapi tak lama je lagi okay. Ada tailor dah tak nak amik tempahan okay start bulan 4 ni. Baik tempah awal-awal, kalau terpakai dulu pun takpe. Takde sape peduli, takde sape nak marah kecuali korang sendiri yang mengada-ngada mengedik, konon kalau baju dah pernah pakai tak boleh jadik baju raya.
Aku dah tempah dah baju nak pakai raya nanti. Hahaha..iye, saya adalah over. Puasa baru ganti sehari, tapi dah kecoh pikir pasal raya. Al-maklumlah, ginilah gayanya perempuan. Maafkan je lah perangai over yang satu ni.
Color tema? Ohh, yang ini pening okay mahu pikir. Pening sebab semua aku teringin. Kalau tanya laki aku, tak membantu sungguh. Kalau ikut dia 'baju raya orang tahun lepas elok lagi, pakai yang tu je lah' Huhuhu.. pakai baju raya tahun lepas juga adalah sesuatu yang aku sangat keberatan. Raya setahun sekali je kot, bukan tak mampu pun. Marilah kita bertukar baju ye sayang. Lagipun kalau awak pakai baju raya tahun lepas, camne nak match dengan baju orang dan Eisya?? Kesian kami.. (:
Katanya 'Emerald' adalah color of the year for 2013. Memang cun. Tapi kalau masuk Jakel ke, Gulatis ke memang susah okay nak jumpa color ni. Emerald combine dengan kuning. Perghhh.. lawa.lawa.
So apa warna baju raya korang nak pakai pada hari raya pertama?? Setakat ini, warna seperti shawl aku adalah menjadi pilihan. Aku beli kain siap baju shawl ni okay sebab nak matching kan dengan kaler tudung ni. Aku memang selalu beli tudung dulu baru beli kain atau baju. Eisya pun pakai warna yang sama. Ekwan aku nak suruh pakai color turquoise tu. Tapi aku pasti mesti susah nak carik baju melayu kaler tu. Kalau takde, purple lah jawanya.
Tapi sebab raya adalah lambat lagi, dan aunty tailor tu pun macam masih belum tutup tempahan. Mungkin aku akan merambangkan lagi mata dan membeli lagi kain. Arrgghhh.. Takpe, boleh pakai sekali masa kenduri kawin sepupu. Sepupu aku kan ramai naik pelamin tahun ni.
Eh, boleh pulak terjumpa, blogshop jual kain dengan lace border lawa..lawa.. Habislah.. habislah duit gaji aku.
peach.. :-) pakai baju wedding adik bulan 12 yg lepas. hehe.. tapi la ni pun tgh gigih gi jln tar ulang alik beli kain, tak tahu lah baju kerja ke baju. hehe
ReplyDeletepeach pun salah satu pilihan aku
ReplyDeletedah siap pun (:
tp tu nak pakaia raya ke-2... (;
electric blue kot..mcm nurul punya tema thn lepas. siyes cantik
ReplyDeletelawa..lawa..combine dengan shocking pink..
Deleteperghhh..mmg cun
link kan lar blogshop tu dayu..alynn pun plan nak cr kain cepat2 sbb dah serik last year beli siap..huhu..
ReplyDeleteSiyes x fikir lagi.
ReplyDeleteJap g mesti aku tak keruan memikir.huhuu
Baju raya? awal lagi kot nk pikir.. hahaha.. ^_^
ReplyDeleteSemangat betul...
ReplyDeletewah wah advance btol
ReplyDeletehmmm dulu masa baru dpt Aqeef, tahun tu dan dan sedondon warna biru
tahun ni dapat gegirl....mungkin kah pink hahaha
kennn .. bln 4 mmg dah susah nak carik org amik tempahan . baru ingat nk carik kain kat bandung bulan 5 . kot la ade org nak jahit lagi .. tawakal jer laa. hehehhee ...
ReplyDeletesebab aku membuyong, mmg xde baju raya lah...ntah2 masa raya tu aku bersalin dah ekekeke
ReplyDeleteaku tak fikir lagi sebenarnya pasal baju raya ni sebab sibuk fikir nak beli sofa baru, nak deco2 rumah. macamlah duit berkepuk2 gayanya. lain pulak dgn ko. tapi bila ko watsapp kat group pasal baju2 raya hari tu terus aku rasa membuak2 nak cari kain baju raya. dasarlah perempuan kan keinginan tinggi. tema color tu tak pasti lagi. mcm nak color merah dan color block. kemain lagi. gittewww
ReplyDeletehaha...sama la kita dayu! kain utk baju raya dh beli!tinggal nk anto tempah je..:)
ReplyDeleteselalunye baju raye ni buat baju kurung je ..walaupon jauh lagi nak raya, beli je baju tu dulu .. :)
ReplyDeleteKUNING KOT...HEHE
ReplyDeleteBaju raya set pertama dh selamat kat tgn tailor.
ReplyDeletecukup ke 1 dayu??
cukup kot
True! emerald green is so in this year. my sister yg kecil tu pick this color. so, green for this year :)
ReplyDelete