14 March 2013

Zoo Johor

Kalau balik Johor selalunya aku akan tambah cuti. Sama ada Jumaat, tak pun Isnin. Sebab tak laratlah nak balik semula pada hari Ahad. Balik jauh-jauh tak berbaloi duduk sekejap. Lagipun majlis abis petang, habis majlis balik rumah masing-masing terbongkang. Manalah larat nak balik semula ke KL, marilah kita sambung cuti. Rileks-rilek lagi sehari kat kampung. 

Pagi-pagi Isnin konon nak menyelesaikan beberapa urusan, tapi sudahnya ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu. Dan tiba-tiba aku dapat idea nak bawak Eisya ke Zoo Johor. Sebab sekarang dia makin kenal haiwan, dulu gi Zoo Negara, umur baru setahun lebih. Tengok gajah pun takde perasaan. Tapi sekarang aku yakin kalau bawak gi Zoo dia akan jadik budak paling kecoh sekali. Sebab sekarang pantang nampak binatang dalam tv, sibuk tiru gaya dan bunyi binatang tu. Bersungguh-sungguh. Pastu suruh aku buat sekali, tak nak buat dia marah, siap 'bangunlah..buat macam chacha' Amboii.. ditaktor sungguh.

kat pintu masuk dah kecoh. 'abu, tiger..' jap lagi 'abu..monkey abu'

Dan jangkaan aku sangat tepat. Masuk-masuk je dalam Zoo, nampak pelbagai burung Nuri dalam sangkar, terus 'chip..chip.tweet..tweet' Pastu berlari-lari sambil mengepak tangan. Bahagianya rasa tengok anak gembira macam tu. Ibu pun gembira sebab bayaran masuk hanya RM 2 je seorang. Eisya RM 1. Tak nak bayar pun boleh sebenarnya sebab belum 3 tahun, tapi sebab RM1 tak kuasa aku nak berkira. Zoo Negara yang RM20 pun sanggup bayar, inikan pulak RM1. Jangan berkira.

budak super excited tengok banyak bird dalam sangkar. ngan bird pun nak peace, tapi akhirnya kena patuk.  dan tak sudah-sudah 'bird besar buat chacha'

macam-macam okay dia tanya. penat aku nak menjawab

ingatkan lepas kena patuk tak berani dah nak dekat dengan sangkar. silap sangkaan aku. dia masih gigih 
nak beramah mesra dengan burung-burung tu 

Cuaca adalah sangat panas sebab kami kan bijaksana masuk zoo jam 11 pagi. Rasakan lah sendiri kehangatannya. Nasib baik zoo ni tak besar. Tapi agak kecewalah sebab Eisya beriya nak tengok gajah. Tapi gajah semua takde, gajah-gajah gi kursus kat Kuala Gandah. Kuda je yang ada. Tu pun sedih je aku tengok. Macam tak terurus. Harimau ngan singa pun sedang melingkar je kejenya. Puas Eisya buat bunyi 'auummm' Takdenya nak toleh. Hahaha.. Monyet/Beruk/Kera adalah banyak. Masing-masing tengah aktif bergayut. Terpegun Eisya tengok monkey depan mata. Bila beruk tu hulur tangan minta makanan, hah terkejut.

hajat di hati nak bergambar pada jarak lebih rapat tapi tak berani.

ada budak tu asalnya beria nak jumpa kuda tapi bila dah depan mata mengelupur

Pergi hari Isnin, di kala orang lain semua keje, lengang lah zoo ni. Tapi tak sangka, ada pulak bird show. Berkejar-kejar kami anak beranak menuju ke stage, sekali tak mula pun lagi. Baru nak panggil orang. Rezeki. Best jugak. Pandai burung Nuri 2 ekor ni. Tom & Jerry namanya. Paling aku kagum, dia pandai mengira ok. Trainer dia suruh aku pilih nombor, aku pilih no 8. Pastu sorang lagi pilih 5. Trainer dia tunjuk 5 ngan 8 pakai jari, pastu dia gi pilih nombor 1 ngan 3. Bijak..bijak. Siap ada aksi angkat jari kaki mengira lagi, comel.

mana 1 Tom, mana 1 Jerry aku tak kenal.

Next time balik JB memang aku akan bawak Eisya ke Zoo ni lagi. Tak puas berjalan lawatan pertama ni. Sebab dah kepenatan dan kepanasan. Lagipun nak balik ke KL kan. Takde masa sangat. Nanti kita gi lagi ye Cha.

6 comments:

  1. wah menarik.. lama dah tak jalan2 ke JB.p Jb terus ke bukit mutiara rumah pak sedara.pastu balik.huhuhu kene gegar abg bebel cenggini

    ReplyDelete
  2. Baru tahu ada zoo kat johor. Thank you Dayu. Hahah mesti Cha beriye tanya kan. Time besar gini mmg syok bawa pi tgk zoo.

    ReplyDelete
  3. dah 2 kali masuk zoo johor ni. 2-2 kali hujan renyai-renyai...nak kena masuk lagi agaknya, hehe

    ReplyDelete
  4. zoo johor dah cantik kan kak? 1st time sue pergi dulu cam tak terurus sangat.. tp tahun lepas pergi dah terjaga.. walaupon kecik tp boleh la wat jalan2..

    ReplyDelete
  5. kita baru tau johor ada zoo dayu..emm teringin nk ke johor..nanti nak bawa aqil p zoo taiping la..lama dah xbawa dia p zoo... ;)

    ReplyDelete
  6. apa? korang semua baru tahu JB ada zoo
    issskkk..nampak sangat takde promotion
    ke low profile sgt zoo johor ni
    yelah, dia pun kecik je
    tp boleh lah buat anak2 teruja

    ReplyDelete