17 October 2014

Get set, go!!

Ibu kau memang betul-betul over kali ni. Mengalahkan anak pertama dia punya teruja. Menghitung hari tunggu anak berusia 6 bulan, tak sabar nak bagi merasa makanan pejal. Punyalah berangan pelbagai menu nak sedia untuk Elma. Dan setiap hari berdoa, pasang azam selagi mampu, selagi tu akan hanya bagi dia makanan yang aku sediakan sendiri. Tiada nestum untuk mu. Kalau boleh, baby bites pun nak buat sendiri tapi macam tak reti je. Yang tu beli je lah kot. 

Aku plan nak start dengan puree epal untuk Elma. Sesuai dengan nama dia, Elma = Apple. Kena sangat lah tu. Then plan nak campur dengan kurma. Pastu nak bagi sweet potato atau labu. Wah, bukan main lagi ibu kau dik, jangan awak tak makan sudah. Kecewa di tepi blender ibu nanti. Eh dik, ibu siap dah beli baby bullet okay. Bekas nak simpan puree je tak beli lagi. Okay, jap lagi ibu order. Nak gi Mothercare entah tak tahu bila.


eh dalam set baby bullet ni dah adalah bekas nak simpan puree cube, siap bertutup. okay, jimat duit ibu

Makan ye dik..please jangan reject. Jangan lunturkan semangat ibu. Teruskan keterujaan awak terhadap makanan yang awak tunjukkan sekarang ni. Bila tengok awak tenung ibu makan punyalah beriya, nak je ibu sumbat ayam tandoori tu. Tapi nasib ibu masih waras. Maka, silalah jangan juih-juih lidah bila ibu suap puree nanti.

Elma genap 6 bulan weekend ni. So sabtu boleh kuarkan steamer, Ahad kita start solid food ye Elma. Ibu tak sabar.

1 comment:

  1. yeaaa...alynn plak yg rasa tak sabar..
    nnati dayu share resepi k..

    ReplyDelete