02 September 2015

SUNSHINE SEPTEMBER

Ciri-ciri autisme

Aku baru dapat tahu sesungguhnya 1 out of 68 children is affected by autism. Jumlah kanak-kanak yang sebenanrnya menghidap autisme semakin meningkat tapi kesedaran mengenai autism ni masih tak menyeluruh. Autisme ni takde penawar, no medical detection jugak.. Hmm, tapi dengan pendedahan awal dan bersesuaian, individu dengan autism boleh hidup sama macam orang lain. 

Atas rasa tanggungjawab korporat terhadap masyarakat, Suria KLCC bergabung tenaga dengan Alamanda, Putrajaya dan Mesra Mall, Kerteh menyebarkan kesedaran tentang autism melalui Kempen Sunshine September. Kempen ini bertujuan mengumpul dana untuk National Autism Society of Malaysia (NASOM). Sunshine September dah dilancarkan selama 3 tahun oleh Suria KLCC. Sepanjang bulan September ni, pelbagai acara dan aktiviti menarik berkaitan autism akan dijalankan di ketiga-tiga shopping mall ni.

Kempen Sunshine September 2015 akan dilancarkan 4 September 2015 (Jumaat) ni kat Alamanda, Putrajaya. Sesiapa yang berada berdekatan dan ada kelapangan masa, marilah sama-sama hadir tanda sokongan kita terhadap usaha murni Suria KLCC ni. Boleh tengok persembahan dari NASOM Maestro, kumpulan koir pertama kanak-kanak autism. Hebat ni. Yelah, kanak-kanak autism kan selalunya dikatakan tak suka bunyi-bunyi bising, lambat bercakap.. Bila mereka boleh menyanyi depan orang ramai, memang pencapaian yang sangat membanggakan.

Untuk maklumat lanjut program sepanjang Kempen Sunshine September, boleh refer:


Jumpa di sana Jumaat nanti.



3 comments:

  1. betul tu... macam anak saya autisme.. tq kerana hebahkan...

    ReplyDelete
  2. ok. nanti aku share kat kawan aku yg anak dia ada mild autisme

    ReplyDelete
  3. good event.. i pernah pergi pusat anak-anak autism ni.. sekali tengok memang tak nampak autism.. macam kanak-kanak biasa.

    ReplyDelete